Titiwangsa...

Sebaik sahaja aku habis dari movie gathering di Time Square, aku terus bergegas ke Titiwangsa. Sepatutnya aku dah berada kat situ jam 5.30 petang. Tapi disebabkan wayang habis agak lambat dan kami yang mengadakan movie gathering tu ke food court untuk makan, maka aku bergerak ke Titiwangsa lebih kuran jam 6.30 petang. Sampai sahaja ke Titiwangsa lebih kurang dalam jam 7.15 malm.

Hari dah nak gelap dah waktu tu. Tapi sebab aku dah berjanji dengan adik aku, aku pergi jugak walaupun terlambat. Nasib baiklah abang aku ada untuk fetch dia di stesen bas di Perhentian Pekeliling.

Aku ke Titiwangsa sebab abang aku ada training bola tampar di situ. Dia bawak adik aku sekali sebab dekat rumah dia tak ada orang. Adik aku akan tidur di rumah aku pada hari ni. Esok dia akan balik ke Jerantut...

Eye of Malaysia pada waktu senja.




Gambar² pasukan bola tampar abang aku yang sedang training.

Aku tunggu sekejap di gelanggang bola tampar tu untuk melihat abang aku training. Tengok jer derang training, aku yang terasa kepenatan derang. Hehehehe... Terasa gak nak main cam derang, tapi memandangkan badan aku yang dah membuak² nih, rasa²nya aku tak dapat laaa nak catch-up stamina derang. Huhuhuhu...

Aku ngan adik bongso aku mula bergerak ke Menara Orkid dalam jam 8.15 malam. Tapi dalam perjalanan balik, nampak pulak ada laser show kat tasik. Aku pun apa lagik. Dah ada peluang macam ni, teruskan aje la menonton show tu. Sambil² tu sempat gak ambik gambar dekat dengan Eye of Malaysia. Nak naik tak dapat la rasanya sebab dah lewat... Adik aku pun tak der mood nak naik menda alah tu.

Aku dekat depan Eye of Malaysia.

Ni pulak adik aku bergambar depan Eye of Malaysia.

Interframe lagik sekali lagi.

Huhuhuhu... Tak dapat naik!


Ambik gambo sekali lagik!

Dalam kami tengah berjalan² kat are tu, abang aku telefon adik aku bertanyakan di mana kami berada. Dia dah habis latihan katanya. Hahahaha... Boleh la menumpang abang aku balik Menara Orkid. Tak payah nak berjalan. :p Dah puas berjalan, aku ngan adik aku terus pergi berjumpa dengan abang aku dan kemudiannya pulang ke rumah.

0 comments: