53

Boleh tahan jugak post aku bulan nih. Termasuk dengan post yang ni, bulan ni aje dah 53 post yang aku buat. Hehehehe... Banyak pulak idea aku nak post menda² kat blog nih.

Esok dah bermula bulan baru pada tahun 2008. Februari. Nanti kita tengok pulak, berapa banyak post yang boleh aku buat untuk bulan Februari nanti...

(^_-)d

Destination: Subang and Damansara

Sebagaimana yang dah aku plan semalam, aku akan ke Subang Jaya. Untuk apa? Biasalah kerja. Ingatkan nak pergi sehari lebih awal, tapi orang di Subang Jaya terlebih dahulu memberitahu supaya datang pada hari ni. Tapi tak kisah lah... Asalkan ada.

So, hari ni aku keluar office lebih awal. Sebab aku kena singgah ke Damansara kemudiannya. Aku boleh bayangkan keadaan kelam kabut aku untuk mengejar masa. Takut tak sempat je...



Tepat jam 9.30 pagi, aku keluar dari office terus menuju ke perhentian bas berhadapan dengan Ampang Point. Orang tak la ramai macam biasa. Sebab waktu orang mula ke tempat kerja dah lepas. Kalau tak, berlonggok² orang² kat perhentian bas tu. Boleh la aku port kat bench sementara menunggu bas sampai. Cuaca pagi ni belum panas sangat, suam² kuku je.



Bas sampai dan terus menuju ke KLCC. Aku kena transit kat sini dulu dan kemudian menaiki LRT menuju ke Hentian Bas Klang, sebelum aku boleh meneruskan perjalanan ke Subang. Sampai je kat KLCC, turun ke bawah untuk ke stesen.



Lorong yang menyambungkan KLCC dengan stesen LRT pun agak lengang dari orang ramai. Gambar yang aku amik kat atas tu blur sket sebab aku amek waktu tengah jalan. Malas aku nak berenti sebab aku tengah kejar masa. Kang kalo aku benti kang, orang tengok plak gambo apa yang aku amek. Bukan spesel apa pun... Hehehehe...



LRT yang aku naik menuju ke Kelana Jaya. Tapi aku tak la sampai ke Kelana Jaya sana nun, aku kena turun kat stesen Pasar Seni sebab Hentian Bas Klang kat area tu je. LRT sampai jer, terus aku snap, tapi... malangnya tak nampak sangat LRT yang sampai tu. Maleh aku nak amek gambo baru sebab orang tengah ramai. Kang kalo aku amek gambo baru kang, tak pasal² tertinggal LRT karang. Hehehehe... (^_^!)



Ni ler gambo Hentian Bas Klang. Banyak bas yang berhenti kat situ. Bas aku yang nak ke Subang ialah U63. Tapi blom sampai lagi. Kena tunggu jap. Waktu menunggu tu, aku macam biasa, beli air, rokok dengan buah potong. Menda ni la yang menjadi kebiasaan aku waktu menunggu bas.



Bas sampai je, aku terus carik port biasa aku. Kerusi belah belakang belah kanan. Aku pilih tempat ni sebab waktu macam ni, matahari ada belah kiri. So, kalo aku duduk belah kiri, sure panas nyer!. Lagi pun aku dok belah kanan, nampak sket pemandangan kat luar nun. Bukan la dok belah kiri tak nampak, tapi aku lebih selesa dok belah kanan.

Waktu hari² biasa aku ke Subang, selalunya aku akan tidur sampai la bas yang aku naik tu tiba ke destinasi. Tapi, sebab ari ni nak buat report pasal perjalanan ni, aku membukakan mata dengan penuh bersusah payah sambil mengambil gambar kat luar nun. Bas yang tengah bergoyang kiri kanan, macam buai plak. Macam mana aku tahan dari tidur, akhirnya aku tertewas gak. Terlena gak aku, tapi macam ayam la. Sekejap² tersedar sebab bas benti mengejut.



(Gambar Menara Axis yang sempat aku snap sebelum tertidur...)



Aku terus mengekangkan mata dari terus tidur sebab takut aku hanyut dan terus ketinggalan tepat benti aku. Dari jauh, aku dah nampak Sunway Pyramid. Kepala singa tu dah nampak dari jauh. Aku zoom kamera 4x sebab kalau dengan zoom biasa, kepala singa tu tak nampak sangat sebab jauh.

Akhirnya, sampai gak aku ke destinasi yang nak aku tuju. Terus aku simpan kamera phone aku dan terus menuju ke office yang perlu aku pergi. Ambil masa jugak aku kat office tu sebab jam kat telefon aku tu dah menunjukkan pukul 11.45 pagi. Mana tak lamanya, nak masuk office tu pun macam nak buat IC. Kena daftar nama untuk kad pelawat, kena tunggu lif yang cuma ada 3 je daripada 6. 3 lagi rosak. Aiyak!!! Orang ramai pulak nak naik tu. Kena la tunggu giliran...

Dah sampai kat pejabat tu pulak, kena tunggu person in charge pulak. Dia ada discussion dengan bos dia. Tunggu la aku kat tempat tetamu tu nak dekat 25 minit sebelum aku dapat berjumpa dengan orangnya dan meneruskan kerja aku yang sepatutnya.

Lepas siap, aku terus keluar dan terus menuju ke stesen bas.



(Keluar je dari office tu, sempat gak aku snap gambar shopping complex Summit.)



(Office yang aku naik tadi!)



(Over all gambar shopping complex dengan bangunan office yang aku singgah. Gambar ni aku ambil masa kat jejantas nak ke hentian bas.)



Waktu ni, cuaca dah panas giler. Bukan setakat panas cengitu² je, tapi panas yang amat sangat! Tengok la kening aku yang ala² Ziana Zain wannabe tengah marah. Hahahaha...



Bas sampai, aku terus naik. Waktu ni, aku sempat snap gambar singa Sunway Pyramid. Masa datang tadi tak sempat nak snap sebab aku dok belah kanan, singa ni plak belah kiri. So, masa balik aje la aku sempat nak snap. Hehehehe... Tapi yang pasti, aku snap dari tempat yang sama aku dok masa aku sampai. Kerusi paling belakang belah kanan. Hehehehe... My fav place in the bus!



(Pen"snap"an kedua kepala singa...)



(Yang ni plak decoration "Gong Xi Fa Chai" kat gerbang Sunway Pyramid. Lawo kan?)



Jam pada waktu ni dah 1.45 petang. Aiyo! Sudah lambat laaaa... Kali ni, aku turun kat KL Sentral, sebab aku nak ke Damansara plak. Bas nak ke Damansara hanya ada kat KL Sentral. Gambar kat KL Sentral aku tak ambil sebab aku tidur sepanjang perjalanan ke KL Sentral. Bila sampai ke KL Sentral, kepala aku pening jap. Biasa la, kalo tido dalam bas yang macam naik roller coaster tu, sapa la yang tak pening kepala.

Aku ambil bas nombor U82 untuk ke Damansara. Masa yang diambil untuk ke sana pun boleh tahan jugak. Hampir² 30 minit ke 45 minit bergantung kepada lalu lintas.

So, sampai je ke Damansara, aku turun dan kemudiannya naik ke Jejambat Persahabatan. Tak tau la aku kenapa derang panggil Jejambat Persahabatan, tak nampak pun tanda² persahabatan kat jejambat tu. Mungkin sebab jejambat tu teramat panjang menghubungkan kedua² bahu jalan tu yang menyebabkan dia dipanggil sebegitu. Yang unik nyer pasal jambatan ni, dia langsung tak der tangga. So sesiapa yang nak naik jejambat ni, kena la dalam keadaan macam orang nak panjat gunung... Hehehehe...



(Terus je turun jejambat tu, nampak la bangunan ni...)



Sampai je ke Damansara, aku pun melakukan kerja² aku. Sebelum tu, aku gi makan dulu sebab perut aku dah menyanyi keroncong. Mana tak nyer, sampai je kat Damansara dah nak pukul 3.00 petang dah...

Pas makan, aku turun ke bilik bawah tanah, sebab tempat yang aku nak buat kerja tu ada kat level nih. Sempat aku snap gambo alley kat atas tu sebab bagi aku, alley ni agak menakutkan. Dari hujung ke hujung, nampak sayup je!... Tu baru waktu petang tu, belum lagi waktu malam. Alahai... Bilik mayat pun kat level nih... Ya ampun!!!



Siap je kerja aku, aku terus keluar nak balik office di Ampang. Jam pun dah pukul 3.30 petang. Sempat ke idak ntah sampai Ampang...

Kat luar, aku nampak bangunan VADS ni. Tempat kerja Bard. Jugak tempat kerja si Adie ngan Lia dulu. Walaupun tempat sebelah menyebelah je, aku tak pernah plak terserempak dengan si Bard tu...



So, sekali lagi kena menyeberang Jejambat Persahabatan. Kali ni aku snap gambar lalu lintas yang ada kat bawah aku pada masa tu. Nampak lancar je kan? Haaaa... Tunggu aje la pukul 5.00 petang, kalo tak jam, ko aje le yang makan jam kat situ! Hahahaha...


And, this is me after finishing my outdoor work for the day. Muka penat kan? Hahahaha... Tapi seronok! Gambo ni aku snap waktu kat Jejambat Persahabatan tu tak ada orang, sambil berlatar belakangkan tempat aku kerja tadi.

Jam waktu ni dah nak dekat 3.45 petang. Masih ada masa untuk pulang ke Ampang. Gedebak-gedebuk, aku sampai kat Ampang kurang 5 minit nak pukul 5.00 petang. Ngam² soi gitu! Hehehehe... Waktu ni, aku sambung kerja aku sikit and then, aku pun punch out dan kemudian pulang ke rumah...

Sekian, Ijann melaporkan...

p/s: PENAT GILERRRRRRRRR!!!

Ampang ke Subang...

Hari ni, perjalanan aku mungkin agak jauh dari hari² biasa. Tapi, tak jugak sebab dalam sebulan aku mungkin akan ke sana dua atau tiga kali. Nak kata aku seronok pergi sana, tak jugak... Mungkin sebab aku enjoy dengan perjalanan nak ke sana.

Mana tempat yang aku cakapkan nih? Tempat tu, adalah Subang Jaya. Hehehehe... Perjalanan aku dari Ampang ke Subang Jaya memang jauh. Dan aku hanya naik bas saja ke sana. Tapi apa yang menyeronokkan adalah perjalanan dengan bas itu. Selain dari tidur, aku selalunya melihat pemandangan kat luar bas...

Okay, nanti aku akan reportkan perjalanan itu! Tengok la petang nanti...

TTDBID Part 7

Final Fantasy, Metal Gear Solid... 2 of my favourites game than any other games that I played. Setiap kali aku bermain game ini, terutamanya Final Fantasy, tiap kali itulah imaginasi aku akan berkembang dari skala 1 ke skala 50. Mungkin otak aku ni terlalu aktif untuk menokok tambah fantasi baru kepada fantasi yang sedia.

Tiap kali aku bermain games, pasti ada saatnya untuk aku mengasah bakat aku untuk menghasilkan cerita baru. Cerita yang mampu untuk aku tulis dan kembangkan. Banyak pula idea² yang datang mencurah² untuk dijadikan bahan penulisan. Tak kiralah apa saja games yang aku mainkan... Kerana itulah games menjadi salah satu hobi aku yang paling aku suka...

Aku akan tulis satu line setiap hari nanti. Menambah kepada beribu² mahupun jutaan line yang bakal dicompilekan...

Hujan...






Hujan...

Kenapa hujan slalu buat hati menjadi sedih?

Yay!!! Dah sampai!!!



Akhirnya, penantian aku sudah pun berakhir. Tilam baru aku sudah pun sampai kat rumah kejap tadi. Beshnyer... Malam ni boleh tido dengan aman dan tenteram...

Lightning



Isn't she georgeous? Hehehehe... I guess, I won't find someone like her in the real world. Only appear only in fantasy and dreams...

Lonely Finds Me...




Arghhh... Penatnya!!!

Penatnya aku berjalan mencarik kedai jual tilam! Akhirnya... selepas aku nak dekat 2 jam aku berpusing² dan berlegar², dapat jugak aku tilam spring yang bakal menggantikan tilam lama yang dah arwah tu...

Aku soh derang anta kat umah aku esok pas keje... Huhuhuhu... Malam ni, operasi pembersihannnnn!!!



Keadaan katil aku yang bolen tanpa tilam!!! Hahahaha... (^_^!)

Night life?

Hari dah semakin petang bila aku balik dari tempat kerja. Then terima panggilan daripada Lia mengajak aku dan kengkawan untuk ke Sunway Lagoon untuk menyaksikan Xtream Games. Tiket free katanya. Memula keberatan nak pergi sebab apa yang ada dalam kepala hanyalah nak membersihkan bilik daripada serangga perosak tu.



Tepat jam 6.00 petang, Sue pulak call aku mengajak keluar menonton filem. But then aku cakap kat dia yang Lia ada dapat tiket free untuk Xtream Games. Dia okay jer. Tak kisah ikut atau tak. Cuma sekarang kena tunggu Lia balik dari kerja aje la sebab nak collect tiket tu. Tapi, sampai la jam 6.30 petang, Lia tak balik² lagi. Baju semua dah siap pakai. Tunggu nak gi je.



Aku lepas tu terus turun ke GP sebab Sue cakap dia dah sampai. Terus aku turun dari rumah untuk ke GP. Sue dah siap pesan air lagi. Aku pulak malas nak order sebab aku still lagi kenyang air. Nanti tak pasal² pulak aku membese nak terkucil. Bayang Lia still lagik tak nampak. Tapi aku tak kisah, paham sebab tempat keje dia jauh.



Sempat gak la aku snap gambar hidung aku sebab bosan menunggu Lia balik. Then Ijat pulak join. Sebelum tu, dia memang dah ada kat GP, cuma dia melayan cerita "Shooter" yang Kak Zie pasang kat kedai.



Setelah sekian lama, Lia pun muncul dan bagi tiket.  Ada tiga semuanya. Lia tak dapat pergi sekali sebab dia tunggu Adi... Then, bila tengok jam, waktu yang sepatutnya kitaorang pergi dah banyak wasted menunggu Lia. Dah duduk² tu, kita bertiga semuanya konfius samada nak teruskan pergi Sanway Lagoon tu untuk acara Xtream Games atau buat perkara lain. Sebab waktu tu dah nak dekat pukul 8.00 malam dah. Kitaorang tak sure pula nak pergi atau tak sebab acara tu sampai pukul 10.00 malam je. Kalau pergi pun, perjalanan jauh pulak...

Last², kitaorang cadang mengkenselkan tiket yang Lia bagi (Sorry Lia!), sebaliknya pergi tengok wayang. Bila kata sepakat dah dicapai, kita orang bertiga pun mula bergerak ke Pavillion, tempat kitaorang akan pergi nanti. Bagus jugak ke sana, sebab aku blom pernah menjejakkan kaki ke situ.







Sampai je kat sana, terus aku snap gambar² exterior dan interior Pavillion tu. Tak der keje nak buat! Maklumla, first time pergi sana. Peghak sket! Cantik gak tempat dia. Besar pun besar. Kitaorang sampai sana nak dekat 8.30 malam. Terus menuju ke GSC Pavillion untuk beli tiket...

Memula cadang nak gi tgk cerita "Meet The Spartan", tapi show yang ada pukul 12.15 tengah malam. Jadi, kirim salam awal² la. Akhirnya, kitaoran pilih cerita "Gabrielle" yang kunun best. Tiket buleh tahan. RM12. Bapak mahal!!!

Pas beli tiket, kitaorang tak tau nak gi mana. Cerita "Gabrielle" tu pukul 9.55 malam, sedangkan waktu pada masa tu ialah 9.05 malam.




Saranan aku untuk pergi makan telah diterima dengan sebulat suara dan diterima pakai dengan cemerlangnya. Tapi tak tau nak makan apa kat tempat yang bapak besar macam tempat ni. Nasib baik la aku jumpa direktori kat floor yang kitaorang berasa tu. Cari punya cari, ternampaklah restoran KFC kat tingkat satu. So, apa lagi, KFC time la.



(Kaki aku yang berjaya dijejakkan kat Pavillion buat kali pertamanya...)



(Sue yang tengah busan tak tau nak buat apa, gi window shopping...)



Aku macam biasa, kalau gi KFC, sure aku akan order "Rice kombo" dengan "Cheezy wedges". Harga pun aku leh ingat... RM13.02. Hehehehe... Sebab aku dari dulu pilih yang ni aje. Malas nak pilih yang lain. Ijat pulak order "Snack plate", Sue... ermmm... Aku pun tak tau dia pilih apa. Menu baru kat KFC. Lebih kurang "Foldover" kalo gi makan kat McD.



(Ijat yang gembira badak bila dapat dia punya whipped potato ngan coleslow)



(Yay!!! Dapat Kayu drum... Hahahaha...)



(Sue yang terkedu lepas minum air oren dia... Apa daaa...)



(Ni cara Ijat makan whipped potato ngan coleslow. Campur sekali kemudian boh sos tomato. Makan lak ngan tangan. Huhu... Tak penah dibuat orang!)



(Sue tengah baca pamplet Pavillion yang Ijat ambil masa kat direktori. Mende tah yang kusyuk sangat dia baca.)



(Ni la menda yang Sue order... Nampak macam sedap!)



(Muka Sue yang gembira nak setat makan...)



(Cheezy wedges kegemaran aku. Wuhuhuhuhu... Sedap nyerrr...!)



(This is what left after a few minutes...)



(And yet, Sue still having her meal.)



(Three of us with peace sign (^_^)v after having our KFC moment!)



(Apsal aku jelir lidah , aku pun dah tak ingat)



(Ni apa pesen ntah si Ijat nih. Cara dia menyejukkan diri kot! Tapi tempat tu memang dah sejuk apa...)



(Sue yang ingin mengkarate aku sebab aku try ambik gambar dia yang still lagi tengah makan... Bila nak abis daaa...)



(Hehehehe... Gemoknya aku sekarang nih!!!)



(Ijat dengan pose machonya la konon!)

Lepas kitaorang semua kenyang ngan KFC, kitaorang mula gerak nak ke GSC Pavillion sebab jam pun dah menunjukkan pukul 9.40. Ada sepuluh minit lagi sebelum "Gabrielle" mula. sambil berjalan² tu, aku still lagi snap gambar² kat interior Pavillon tu. Memang cantik habis. Sebab raya cina dah dekat, so theme Pavillion kali ni adalah merah di sana-sini.





(Kedai kegemaran aku pun ada kat sini...)





(Ijat dengan Sue yang tengah berjalan nak ke GSC Pavillion...)





(Nun jauh di bawah sana, bersepak kefe² ngan pub...)



Sambil nak tunggu nombor paawagam kitaorang menyala, aku ngan Ijat sempat la menghisap rokok sebatang, Ni la keistimewaan Povillion ni, tempat dia terbuka dan sesiapa saja boleh hisap rokok kalau dia nak. Tapi, tu yang bahagian Pavillion yang open air la. Bahagian yang  ada air-cond sure la tak buleh. Nak mampos?



Time kitaorang pun sampai, kitaorang bertiga pun mula la bergerak ke panggung 9 yang berada kat tingkat atas. Besar jugak GSC Pavillion nih, berapa tingkat pun aku tak ingat dah. Time ni, aku snap la gambo kat atas tuh waktu tengah naik eskalator. Pastu kena tutup handphone dah, tak leh bukak masa dalam pawagam...

Untuk dua jam yang seterusnya, kami bertiga pun menontonlah "Gabrielle" sampai la cerita tu habis. Nak kata cerita tu best, aku sendiri tak tau nak ketegorikan apa. Cerita pasal angel², tapi stu sayap pun tak nampak sampai la habis. Penuh dengan keganasan yang melampau. Heroin dalam filem ni pun tak la lawa sangat, Jongang adalah! Dan cerita tu tak la sehebat seperti yang ada di dalam trailernya. Untuk filem ni, daripada lima bintang, aku hanya dapat berikan dua sahaja.

Masa untuk pulang... Bayar duit tiket parking yang berharga RM6, mahal nak mampos! Kakakakaka...





(Keta Sue yang menjadi sasaran!)















Before I call it a day and go home at 12.30 am, aku sempat la snap gambar KLCC dan sekitarnya. Tak la sharp mana pun sebab aku snap waktu kereta bergerak...

One more day end for me!