Aktiviti tak memberangsangkan!

Lama plak rasanya tak buat post semenjak dua menjak blog Jaquezee baru dah up. Kha kha kha kha... Aktiviti updating yang berterusan sedang berlaku di sana. Walau apa² pon, blog aku sendiri ni jugak yang best. Boleh tulis amenda yang aku suker!

Ekceli, tak der pe pun yang besh berlaku since semalam dan hari ni. Semalam, pas balik keje, aku dok umah dan meneruskan pengupdatean blog Jaquezee. Tengah syok² buat menda alah tu, Ijat plak anto sms tanya aku kat mana. Macam biasa dia mengajak RnR kat GP. Maleh aku nak turun, aku soh dia naik ke rumah aku. Sampai² je Ijat kat umah, terus dia main game. Memula ngan GTA4, pastu DMC4 palk. Dia sakit ati sebab tak dapat lepas² nak kalahkan bos yang pertama tu...

Pastu lak, Mak Ngah plak anto sms. Tanya aku kat mana. Aku jawab menda yang sama gak. Cuma dia cakap MegaMac dah siap, turun kalo nak. Tapi aku tetap dengan kemalasan teramat banget, aku ajak dia naik umah aku. Hehehehe... Rajin tul dia. Siap anto depan umah lagik. Ajak masuk tak mo! Takut dia cakap. Hehehehe... Ijat plak meneruskan permainan DMC4 dia sampai la pukul 2 pagi. Aku plak meneruskan penghapdetan sampai la Ijat balik umah dia...

Dan ari ni plak, keje amat membosankan. Sebab ari ni ari Sabtu dan pada hari paling hujung bulan, aku ngan Kak Shima memang free tak der keje. Lagi pun bebudak semua pakai pc, so kerja tergendala la... Balik je keje, aku terus turun LRT Bandaraya sebab nak kuwakan duit kat Maybank sebab nak beli MTC (monthly travel card). Kalo tak beli awal², rugi la aku. Lambat kang, abis plak. Then pas keluarkan duit, terus ke KFC menapau value meal untuk dibawa pulang.

Kat umah plak, aku macam biasa, menghapdet balik blog Jaquezee. Alter balik memenda yang tak memuaskan ati aku. Sambil tu, mengunyah ler ayam KFC sampai ke tulang sum². ☺ Pastu, tak tau buat apa, aku tido petang... Sampai la sekarang!

Hahahaha... Aktiviti yang tak memberangsangkan langsung! Ni kalo tido balik pun best gak nih. Kakakaka...

0 comments: