Goodbye and thank you... 2008!

WISHING YOU THE VERY BEST IN
  ╔══╦══╦══╦══╗
  ╚═╗║╔╗║╔╗║╔╗║
  ╔═╝║║║║║║║╚╝║
  ║╔═╣║║║║║╠═╗║
  ║╚═╣╚╝║╚╝╠═╝║
  ╚══╩══╩══╩══╝
¤ø„¸¨°º¤ø„¸ ¸„ø¤º°¨¸„ø¤º°¨
¨°º¤ø„¸ HaPpY ¸„ø¤º°¨
¸„ø¤º°¨ NeW yEaR``°º¤ø„¸
¸„ø¤º ``°º¤ø„¸ ¤ø„¸¨°º¤ø„¸¸„

Dari sehari ke sehari nak buat post nih. Huhuhu... Baru ni la berkesempatan. Pejam celik pejam celik, dah hujung tahun 2008 dah. Rasa macam baru jer bulan lepas sambut 2008 dengan kengkawan Jaquezee. Hehu! Tup tau, dah nak 2009.

Sebenanya 2009 adalah tahun yang paling aku tunggu. Namun pemergian 2008 tidak pula perlu aku lupakan begitu saja. Banyak perkara yang terjadi pada 2008 nih, dan ianya akan terus kekal dalam lipatan kenangan aku.

Antaranya, pemergian nenda aku, kedatangan ahli baru dalam keluarga kami, dah juga pertunangan adik aku dengan Siti. Dan juga perkahwinan kawan² Jaquezee aku yang sedikit sebanyak akan membawa kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Kalau hendak dikenangkan, mungkin banyak penat aku nak menulis dan penat jugak untuk membacanya. Jadik, seringkasnya apa yang korang nak tahu apa yang terjadi pada 2008, kliklah balik posting² tahun 2008 aku tuh. Hehehehe...

Akhir kata, selamat tahun baru 2009 kepada pembaca blog semua. Semoga tahun 2009 akan membaca pengertian yang lebih berbanding tahun 2008. Biarkan 2008 menjadi panduan untuk kita lebih cekal menghadapi 2009. Terima kasih 2008... Selamat datang 2009.

Ermmm...

Tak ada apa yang aku nak tulis. Cuma nak meluahkan hasrat hati yang dah lama terpendam. Hehehehe... Bukan apa pun. Sebenarnya, aku dah busan tengok layout blog aku nih. Dah macam ketinggalan zaman lak. Lama dah tak update dengan memenda baru...

Aku hingat, awal tahun nanti, aku nak redesign balik blog aku nih. Nak masukkan balik memenda yang banyak aku dah tinggal daripada aku includekan dalam blog nih. TTDBID misalnya. Banyak lagi yang aku tak masukkan. Banyak gak link-link yang bagi aku menarik tapi aku tak masukkan. Dan yang paling penting, memenda yang aku create hasil dari tulisan aku yang macam dah berhabuk dalam pc aku tuh. Cerpen la, sajak la... Dan yang penting novel yang belum siap-siap lagi aku tulis. Semuanya dok terperok dalam pc aku tuh.

Rugi gak kalo tak publish kat blog nih. Wat pe simpan buat koleksi sendiri. Bagik orang baca pun bagus. Hehehehe... Bagus ke, idak ke... Kalo bagus bagusla, kalo tak bagus, senyap udah la. Kalo nak komen sikit-sikit pun okeh jugak. Boleh gak aku memperbaiki penulisan aku tuh...

Hehehehe... Apa-apa pun, tunggu jer la page aku yang baru bila-bila masa dari sekarang. Itu pun mengikut kerajinan aku. Selagi tak abis aku mengkhatamkan cerita CardCaptor Sakura tu, mungkin tak jalan lagik kot. Bwahhhhh... Tengok la nanti.

Tu je. Ja' ne!

Big boy toy...


My new play thing. Added to my listing... Hehehe... (^_^)v peace!

Malam Krismas...


Semalam, lepas kerja, aku dengan abang aku Izat, saja nak menghabiskan masa berjalan di Low Yatt Plaza. Al-maklumlah, dia jadik orang bujang kejap sebab wife dia still lagik kat kampung habiskan cuti bersalin. Aku pulak memang tak tau nak buat apa kat rumah. Esoknya (hari ni) cuti. Saja mencuci mata dengan bebarang komputer kat sana.

Kononnya, abang aku tu nak mencari kayboard laptop dia yang dah rusak tu. Pusing punya pusing, last-last tak jumpa pun dengan kehendak hati. Ada tu memang la ada, tapi rege memang la mahal diketuk dengan mamat-mamat Pakistan yang dah makin ramai kat Low Yatt tu (nyampah plak aku!). Last-last, kiteorang pusing mencari menda yang aku nak pulak. Apa bendanya? Nanti aku cerita...

Aku ingatkan, kejap ajer la kiteorang kat sana, tapi hambek ko! Nak kat pukul 11 malam baru balik. Apsal lama sangat? Sebab brother yang bikin benda yang aku beli tu belum siap lagi. Jadik, aku dengan abang aku pun pusing-pusing la merata kat kawasan Low Yatt dengan Sungai Wang tu nak tengok keadaan malam Chrismas Eve.

Penuh semua tempat dengan anak-anak muda cina Kristian yang nak menyambut krismas nih. Bertin-tin penyembur buih derang spray dekat orang yang lalu-lalang. Havoc la sana sini. Kat celah-celah bebudak muda tu, ada jugak la bebudak Melayu yang terhegeh-hegeh nak menyambut krismas nih. Macam tak tau hukum plak (padahal ramai gak antara derang yang langsung tak tau hukum pun...). Sesama la derang dok pakat berkumpul sesama untuk countdown dengan bebudak Cina tu sambil spray sana sini. Huh! Mata aku nih sakit plak tengok!

Then, aku dengan abang aku, kembali ke Low Yatt untuk mengambil bebarang yang aku beli tadi. Tapi malangnya, menda tu masih belum siap. Duduk la kami berdua berborak dengan tuan punya kedai tu yang bernama Rizal bersama dengan wife dia sehinggalah siap menda yang aku beli tu. Hehehehe... Tapi, seronok jugak la berborak dengan tuan kedai tu. Selain tuan kedai dan isterinya yang peramah, derang gak ada la memberi tips-tips dan pengetahuan serta pengalaman derang kat aku dengan abang aku... Memang aku puas hati!

Bila siap jer barang yang aku beli tu, aku dengan abang aku pun mula la berangkat pulang. Dia naik motor dia, aku plak naik monorel dan LRT.

Bila samapi area rumah plak, aku jumpa dengan Lan dan Shahrul. Berborak lak dengan derang sampai 12.30 pagi... Adeh! Penatnya berjalan semalam! Hehehehe... Lepas tu apa lagik, menggodek la menda yang aku beli tadik sampai ke pagi. Yeahooo... Esok cuti! Eh! Ari ni la!... Kui kui kui kui...

Blogging remotely...




Since banyak kerja yang perlu aku lakukan sebelum habis tahun ni, semuanya perlu aku siapkan, jadi dah tak banyak masa untuk aku habiskan depan pc mengarang blog. Lagipun balik je dari office, slalunya aku akan terus tertidur hingga keesokkan harinya.

Sebab tu lah banyak post mobile blogging aku. Sempat jugak aku apdet walau masa aku untuk blogging tak berapa nak ada.

Cukuplah setakat 2-3 minit untuk aku menaip posting dekat button handphone yang kecik ni. Tapi tak kisahlah. Janji blog...

Internet downtime!



Shit! Server downtime la pulak. Time aku nak nyambung tengok Cardcaptor Sakura, time tu la dia nak downtime! Hampeh sungguh! Ni nak kali ke kedua dah aku call, tak ada apa-apa outcome pun...

P1 ni nak menghampehkan diri ke apa? Dulu masa launch bukan main bagus lagi. Apa dah jadi sekarang?

Cardcaptor Sakura.



Sunday is here again. Masa untuk merehatkan diri... Sambil membuat kerjarumah. Tapi hari ni suasana agak bosan sket sebab aku tak keluar ke mana-mana kecuali turun makan. Itu pun sekejap je sebab Kak Zie sibuk dengan persiapan katering dia.

Back at home, aku hanya duduk dalam bilik dan melayan Youtube. Malas pulak mak main game. Entah macammana, aku terjumpa pulak koleksi anime Cardcaptor Sakura dalam tu. Jadi melayan la aku anime tu dari episod 1. Sampai sekarang ni baru sampai episod 8.

Macam biasa, aku stream Youtube ni ke PS3. Malas aku nak tengok kat monitor pc yang kecik tu. Lagi pun, bila tengok kat tibi ni, boleh la sambil berbaring-baring. Hehe...

Okay la. Nak nyambung tengok Cardcaptor Sakura balik. Konyonyochiwa...

Birthday girls...



Ari neh, kami Jaquezean telah menyambut harijadi Sue dan Lia di Chop n Steak. Walaupun waktu permulaan untuk ke sana agak 'suram', keadaan bertukar menjadi ceria semula bila kami mula membakar lilin kek...

For birthday girls Sue dan Lia, happy birthday to you. Loves and hugs from us Jaquzeean brothers and sisters.

Patience


Just have a little patience...

I'm still hurting from a love I lost,
I'm feeling your frustration,
That any minute all the pain will stop,
Just hold, me close, inside your arms, tonight,
don't be too hard on my emotions,

'Cause I, need time.
My heart is numb, has no feeling.
So while I'm still healing,
Just try, and have a little patience...

I really want to start over again,
I know you wanna be my salvation,
The one that I could always depend,

I'll try to be strong believe me,
I'm trying to move on,
It's complicated but understand me,

'Cause I, need time,
My heart is numb has no feeling,
So while I'm still healing,
Just try, and have a little patience,
have a little patience,

'Cause the scars run so deep,
It's been hard,
But I have to believe.

Have a little patience,
Have a little patience,

Woah, Cause I, I just need time,
My heart is numb has no feeling,
So while I'm still healing,
just try, and have a little patience,
have a little patience,

My heart is numb, has no feeling,
So while I'm still healing,
just try, and have a little... Patience...

Rutin kebelakangan ni...



Sekarang ni, waktu yang paling aku tunggu-tunggukan adalah waktu pulang selepas kerja. Bukannya apa. Sejak kebelakangan ni, kerja-kerja aku bertimbun untuk dibereskan.

Tiap pagi aku akan keluar awal ke pejabat, dan di pejabat pulak, aku menghadap kerja sehinggalah waktu makan tengahari, dan selepas itu aku akan kembali menyambung kerja yang tertangguh tadi. Tak ada lagi masa nak melawat jabatan IT seperti biasa...

Sampai je ke rumah, bila letak je kepala ke bantal, sah-sah aku akan hanyut sampai ke pagi. Kadang-kadang tak sempat aku nak tengok perkembangan berita...

Mak Ngah ntah-ntah dah merajuk dengan aku sebab slalu sangat aku tak lepak GP bila dia ajak, sebab keterlanjuran aku menidurkan diri tak hingat dunia. Dah dekat dua kali dah. Last-last, bila dia mengajak lepak lagi kat GP, aku tak nak lagi berjanji sebab takut tak dapat ikut. Huhu...

Hai... Ni sekarang aku dlm LRT nak balik ke rumah. Menguap je aku sepanjang perjalanan. Tido lagi la aku malam nanti... Uuuuu...

Rule the world - Take That


I really love this song - Rule The World dari Take That. Entah macam mana, Take That yang dah di disbanded pada 1996 dulu, buat comeback balik, dan derang still lagi menyengat macam zaman dolu kala. Setahu aku, ini la boy band paling aku minat waktu jaman² sekolah aku dulu. Hehehehe...

Rule The World ni jadi lagu tema untuk motion picture "Stardust" tahun 2007 dulu. Patut la bila habis tengok cite tu macam rasa kenal jer suara yang nyanyi lagu tema filem tu. Rupa²nya suara Gary Barlow, salah sorang anggota Take That. Hehehehe...

Apa pun, enjoy the song... Take That rules! :p

Monday...



Man! I really hate Monday. Don't you? Sebenarnya bukannya apa. Dah sedap cuti, nak start balik tu yang tak berapa best. Huhu...

Hai! Banyaknya keje hari Isnin ni...

Half asleep...



Rentetan kejadian aku tak boleh tidur malam tadi menyebabkan aku bersiap awal pagi tadi. Puas dah aku cuba nak lelapkan mata, pusing kiri kanan, pasang kipas tahap full blast... Tapi aku tetap tidur-tidur ayam. Malas hendak layan mata yang tak mahu tidur, lepas je berbunyi alarm yang pertama, terus aku bangun dari katil dan mandi.

Ni mungkin gara-gara aku melayan Home Sabtu yang lepas sehingga pagi sepi'ie dan terbawa-bawa sehingga pagi ni. Hadui... Sah aku akan tersengguk-sengguk dalam office nanti. Apa-apa pun, balik keje nanti, sah aku akan tertidur awal menggantikan tidur aku yang tak sempurna malam tadi...

P/s: Aku tak puas hati betul!

What people do when they can`t sleep? They blog!



It`s early Monday morning, and I can`t even sleep. Terasa malas nak bangun pagi nanti untuk pergi kerja, tapi duduk kat rumah tak buat apa, double the boringness. So, i grabbed my phone and try to post something. Nampak gambar pokok krismas yang aku ambil kelmarin, aku try post sekali.

Sepanjang hari Ahad ni, tak banyak yang aku buat. Selain turun makan, aku hanya berkurung dalam bilik sambil menonton movie. Hampir 5 cerita gak la aku layan. Tapi semuanya end up tv yang tengok aku. Hmmm...

Ingat masa lunch tadi nak gak sembang lama dengan Kak Zie sambil mendengar keluhan dia tentang pekerja dia, dan aku selaku pendengar setia yang hanya akan mengangguk setuju dengannya. Kadang-kadang aku kesihan dengan keluhan yang diluahkan, tapi apakan daya. Dah hampir 2 tahun aku meninggalkan dunia itu. Apa yang mampu aku buat hanyalah meminjamkan telinga dan perasaan aku kepada kakak kesayangan aku itu.

Sebenarnya, aku ada banyak nak beritahu kepadanya. Tapi keadaan dan masa selalu tidak bertepatan. Hendak aku luahkan pada lain masa, tak sampai hati pulak rasanya. Dia pulang penat dan dia perlukan rehat. Tak wajar rasanya aku invade privacy dirinya pada waktu yang amat penting, hanya semata-mata untuk aku unload apa yang sedang bermain dalam fikiran aku. Cukuplah dengan penat dia satu hari di kedai.

Owh! Don`t mind me with the babling. I am just another guy talking rubbish when he can`t sleep...

Just another stop...


Just another stop in the long journey...

Roses...






Aren't they beautiful? Nothing are more perfect than a bouquet of roses...

Malam pernikahan Lan & Shahrul

Ini adalah rentetan majlis pernikahan 2 kawan Jaquezee aku tempohari. Hehehehe...

Lan yang tengah nervous.

Hehehehe... Ni cara dia nak hilangkan nervous tu kot.

Yan tak abis² nak interprem. Kikikiki...

Makan dulu sebelum gi nikah!

Lan yang tengah siap sedia untuk dinikahkah!

Debaran Shahrul dimalam pernikahannya...

Yey! Newly wed!

Owch!

2 couples down... 1 more coming soon and the others would come, soon! I guess... Nothing beat this crap than again, being left out from the list. Felt like all alone again! But, I'm not complaining. That is the cycle of life...

I'm happy seeing my friends settled down and start their own family. Happy to see that they have found the perfect match. But on the other side of that, I felt something that I could not explain. Well maybe sad I guess. Don't know why, but seeing friends that always be there for you, having a drink, talk about life, fooling around and spend time together, but then all of sudden, they are not around anymore, probably buzy changing diaper or buzy thinking about what to cook for dinner tonight... Well I don't know, it made me always remember the good time when we together. They not there anymore. They're somewhere else, with thier new life... And I'm here, same old thing.

Pity isn't it?

Yesterday, I watched a movie. Probably the best movie of the year end. And I watched it alone. But my friends were not there to see it like the old time. And making lots of crappy comments after watching it. Haha... Bring back the good memory though. But sometimes, looking back and think about it, it really my fault actually. Maybe I love my friends too much and thougt that I have them for myself forever. Giving them my all and never think about myself. But I never regret that. They are my good friends of mine, in good or bad times.

Hmmm... Maybe that's why I spent so much time on games and online community, just to get rid of the free time I got. So that I won't think much about them when they not around, and seeing a new one. Maybe what a friend of mine told me a while ago was right. As a Malay proverb says, "patah tumbuh, hilang berganti". No pain, no gain... But, the old one was better.

But I'm happy. Forever happy. :)

What the...


After watching the latest trailer of real action "Dragon Ball", it sure does look crappy! Nothing look like the original anime at all, especially the hairdo. Hoping that the-so-much-hype Dragon Ball movie won't be anything like DOA.

Wallaweh!...

Huhuhu... Lama betul tak buat post. Bukannya apa. Aku sekarang tengah leka main Home kat PlayStation. Balik rumah lepas keje terus log in ke Home. Then mengadap sampai la waktu nak tido...

Tambah open beta dah open sekarang nih. Makin ramai kengkawan online aku yang akan mengonlinekan diri kat Home nanti. Sebelum aku bosan main Home, baik aku layan dulu. Nanti aku buat post lagik! Daaa...

More funny cats!


Hehehehe... Turn up the volume and enjoy the song... and the videos! Cats! They are cute!

Hari tidur...

Ehehehehe... I consider myself that today is my sleeping day. Kenapa? Sebab aku hanya menjalankan aktiviti tidur sahaja pada hari ini. Aku memang sengaja mengambil cuti pada hari ni sebab nak menghabiskan baki sisa cuti yang ada. Maklumlah... Sebab semalam dah berjalan sakan meraikan perkahwinan Lan dan Shahrul, hari ni duduk kat rumah dan membuat tahi mata jer la...

Ingatkan nak ler buat laporan laporan perkahwinan Lan dan Shahrul kat Blog Jaquezee, tapi ramai lak tak bagik gambo memasing. Aku semalam memang tak ambek gambar sebab aku tak bawak kamera. Cuma Yan dan Liya jer yang bawak. Nak harapkan kamera phone aku ni... tak payah la. Tugas mengambil gambar heavy duty nih tak mampu nak dia buat...

Tapi aku tetap akan upload memana gambar kat phone aku nih yang mana sempat aku snap....

Meanwhile, pertiduran aku akan bersambung malam nih. Esok kerja! Hehehehe...