Tak sabarnyaaaa...


Huhuhuhu... I can feel the heat right now. Aku tak sabar rasanya nak menghadirkan diri ke pelancaran "Metal Gear Solid 4 : Guns of the Patriots" kat Low Yatt nanti. Some of my friends are going too!

Selalunya, aku dapat tengok orang² Jepun beratur panjang untuk mendapatkan game² terbaru yang dilancarkan. Ramai² pakat menunggu kedai dibuka dengan ber"camping" kat luar kedai semata² untuk menjadi orang pertama memilikinya... Well, aku boleh rasa pengalaman semua tu pada 11 Jun ni apabila TecAsia mengambil inisiatif untuk melancarkan game ni lebih awal di Malaysia daripada negara asalnya, Jepun.

Penjualan game ni akan bermula pada 11 Jun, pada pukul 7.30 malam untuk mereka yang telah mendapatkan kad² pre-order mereka (I'm getting one soon once they release it!). Jadi sesiapa yang tak ada kad pre-order ni, tak buleh la nak beratur (dan melayakkan diri mendapat cabutan bertuah) untuk mendapatkan game ni lebih awal. Dan kemudian jualan akan diteruskan sehinggalah tarikh sebenar game ini dijual iaitu pada 12 Jun (midnight sale).

So, pada 11 Jun tu nanti, sesapa yang simpan kad pre-order tu, dapat la melayakkan diri untuk mendapatkan antara hadiah² berikut...






Bila sampai harinya nanti, aku akan report kat sini. Hehehehe... Tak sabar!

0 comments: