Demam "Metal Gear Solid 4 : Guns of the Patriots"

Abang Snake dah tuo! Hehehehe!!!

Demam Metal Gear Solid 4 : Guns of the Patriots dah mula melanda Malaysia. KLCC dan Dataran Merdeka dah mula dipenuhi dengan banner raksasa dan juga bunting untuk mempromosi game terakhir Metal Gear ni. Bagi mereka yang mengikuti siri Metal Gear ciptaan Hideo Kojima ni, bahang pelancaran game ni yang akan mula dijual di pasaran pada 12 Jun 2008 dah mula dirasai. Aku tak terkecuali. Adik aku juga... (^_^)

Aku kenali game Metal Gear ni bermula dari konsol Playstation ke Playstation 2 dan kemudiannya ke PSP. Walaupun ada juga game² Metal Gear ni yang direlease pada konsol² terawal, tapi rasa²nya kehebatan Metal Gear ni lebih terserlah di konsol Sony dalam brand Playstation ni. Dan kehebatan Metal Gear ni diteruskan di konsol next generation Playstation 3.



Metal Gear Solid 4 : Guns of the Patriots ni dikatakan game terakhir untuk franchaisenya. Walaupun macam tu, ada gak ura² yang mengatakan ini adalah game Metal Gear terakhir ciptaan Hideo Kojima, dan franchaise game ni akan terus dikeluarkan walaupun tanpa sentuhan Hideo Kojima. tapi, apalah Metal Gear tanpa Hideo Kojima dibelakangnya.

Untuk aku pula, aku dah awal² mempre-order game ni di tempat biasa aku membeli game² PS3 aku iaitu di Gamers Solution di City Bazaar. Maklumlah, game ni game paling ditunggu² ramai, kalau tak pre-order awal², takut habis la pulak. Jadik, untuk menyelamatkan keadaan, aku pre-order awal².

Jadik bagi mereka yang memang kipas-susah-mati Abang Snake ni, cepat² la pre-order game ni sebelum ianya habis. Yang tak der PS3 tu pulak, cepat² la beli PS3 supaya tak ketinggalan mengikuti dan memainkan game ni. Tak rugi kalau korang dapatkan yang original. Hehehehe...



p/s: Gambar semua disedut dari topik MGS4 di Bincang.net

0 comments: