Ke majlis pernikahan


Waktu dan saat ini, aku sedang berada di dalam kereta untuk bergerak ke Pajam, menghadiri majlis pernikahan Lan dan Shahrul. Sambil memegang sirih junjung... Struggle aku nak pegang menda ni sebab mendanya bergerak-gerak atas dulang ni. Huhu...

More updates coming soon...

Kad jemputan...

Lurve purple!

Notice board cenonet tempat aku pinkan kad jemputan Lan dan Shahrul. Yang kat atas tu, kad jemputan Man ngan Yan dulu... Masih aku simpan! Buat kenangan...

Bahagian dalam kad...

Bahagian luar kad...

Aku dah lama dah nak post menda ni, tapi asik lupa jer. Ni aku nak tunjukkan kad jemputan yang diberikan kepada aku oleh Lan dan Shahrul. Cantikkan kaler dia? Siap aku pinkan kat noticeboard kat bilik aku... Buat peringatan untuk diri sendiri! Apa pun, this coming 30th, adalah hari penting dan besar untuk pasangan kawan baik aku tu... Tak sabar rasanya!...

PlayStation Home.




Aku baru jer dapat invitation daripada PlayStation Asia untuk join Home. Bersama² dengan e-mail invitation tu, derang sekalikan voucher code untuk aku redeem PlayStation Home melalui PlayStation Store. So, dengan bangganya aku pun mendownload dan menginstall Home ke dalam PS3 aku...

Apa bendanya Home ni? Home ni sebenarnya satu aplikasi PS3 yang dibangunkan oleh Sony untuk mengumpulkan semua gamers² seantero dunia ni untuk bersosial di alam maya. Think it as MySpace, Friendster or even Facebook, only that it comes in full 3d world. Lebih kurang macam 2nd Life la! 3d online community. Cool eh? Sebenarnya ramai dah yang menunggu ketibaan Home ni semenjak pengumumannya di E3 tak berapa lama dulu. Masuk tahun ni, mungkin dah nak dekat 3 tahun (kot), tapi Home belum lagi direleasekan.

Tapi, a new hope surfaced not so long time ago when Sony Computer Entertainment announced that a close beta test will be commenced by inviting selected few people who were lucky enough to test the Home world before its public release. So, aku yang cuba² nasib telah pun terpilih untuk menguji Home Beta nih. Wohoo!!!

So, sebenarnya aku baru jer download Home beta kejap tadik lepas aku redeem voucher yang dikepilkan bersama dengan invitation aku tuh. Belum habis lagik aku explore sebab adik aku kembali menyambung peminjalan PS3 aku tu untuk menghabiskan game Metal Gear Solid 4. Tapi tak per, aku akan sambung balik pengujian Home kemudian...

Wohoo!!!

Tak banyak...

Terasa macam bulan ni paling sikit aku buat post. Bukannya malas, tapi sebab terasa macam tak der bahan aku nak buboh. Last² yang aku boh hanyalah gambar dan jugak video. Nak aku buat mobile blogging pun, tak ada apa pun yang terasa menarik...

Cuma apa yang bakal menjadi menarik bagi aku hanyalah pada ketika hujung bulan ni nanti. Jumaat, Sabtu dan Ahad... Ketika tu lah aku rasa banyak perkara yang menarik akan berlaku. Yelah... In conjunction dengan perkahwinan Lan dan Shahrul, akiviti yang dah dirancang macam dah terlampau sarat. Bermula dengan hari Jumaat itu... Kemudian pada hari Sabtu selepas kerja, lalu ke hari Ahad, hari fokus utama aku dengan bebudak Jaquezee. Maklumlah, hari yang bakal berlaku nanti, bukannya berlaku setiap bulan, mungkin hanya sekali ini sahaja...

Mungkin tsk banyak yang akan aku post sehingga menjelang hari itu nanti...

McDonalds... Yummy!




Hmmm... Bila tengok jer iklan McD Jepun nih, rasa macam nak makan McD jer doplopatjam... Huhuhuhu...

Azraei Naufal Mazrulnizat

Tidur yang lena...

Kecomelan maksimum...

Di pangkuan...

Nenek² yang bahagia...

Masih lena di pangkuan...

Baby identification...

Si ibu yang keletihan...

Masih mengekalkan kecomelan tahap maksima...


Nama : Azraei Naufal bin Mazrulnizat
Tarikh lahir : 18 November 2008
Masa lahir : 11.58 malam
Berat : 3.07 kilogram

Welcome to the world...



Slamat datang ke dunia wahai Azraei Naufal... Semoga kehadiran mu di dalam keluarga ini akan semakin menceriakan suasana...

Menanti debaran...

Debaran yang sedang Along dan isterinya tunggu, dah pun mendapat tempiasnya kepada aku. Aku pun sama berdebar untuk menunggu kehadiran ahli keluarga baru yang dijangka akan dilahirkan pada hari ini. Bila tak pasti. Tapi yang pasti memang hari ini...

Kakak Ipar aku telah di"induce" untuk mempercepatkan kelahiran. Ini kerana keadaan kakak ipar aku yang sedang mengalami keadaan darah tinggi sewaktu ini, jadi doktor telah menasihatinya untuk mempercepatkan kelahiran yang dijadualkan pada hari ini 18.11.2008. Sepatutnya due pada 19 haribulan...

Berita yang aku dengar, kakak ipar aku sewaktu ini sedang sakit² untuk bersalin setelah dimasukkan air oleh doktor (mungkin juga diberi suntikan). Aku berdoa agar semuanya berjalan lancar dan kakak ipar aku akan selamat melahirkan ahli baru keluarga kami. InsyaAllah...

Semoga semuanya selamat!

DreamScene...

Desktop aku sekarang tidak lagi kaku seperti dahulu. Tak ada lagi wallpaper yang perlu ditukar setiap kali sebab dah bosan dengan gambar yang sama. Wallpaper yang aku guna sekarang adalah dengan menggunakan video menggantikan gambar jpeg yang slalu aku letak...

Aku menggunakan program DreamScene yang diberi percuma sewaktu mengupdate Vista kat pc aku. Excited jap bila menggunakan DreamScape nih. Nasib baik la aku baru jer install displaycard baru. Kalo tak, jenuh la! Hehehehe... So, sekarang ni, desktop aku menggunakan video dedaun yang sedang melambai². Sedap mata memandang, macam tengok kat luar tingkap jer!


Kat atas tu, bukan la video yang aku amek! Tapi, desktop aku lebih kurang macam yang kat atas tu la! Hehehehe... Sesapa yang pakai Vistal Ultimate tu (sebab versi Vista yang ni jer yang menyokong DreamScene), cecepat la update Vista korang, then pakai features nih! Cool beb!

Lalala Love Song!

Hahahaha... Aku buboh lagu baru kat bawah nun. Salah satu lagu kegemaran yang slalu aku dengar kat empon aku tiap kali aku gi kerja pepagi dan jugak balik pepetang. Miahahaha... Dengar la! :)

Enjoy!

3000


Aku lupa lak nak post menda nih. Baru ari nih aku teringat! Blog aku nih dah 3000 orang datang berkunjung! Tak caya tengok screenshot kat atas yang aku amek waktu counter capai angka 3000 dulu. Terima kasih aku ucapkan kepada sesapa yang sudi menjengah blog aku ni dan membaca bebelan aku yang ntahapehape... Trimas sekali lagi!

Slamat berblogging!

Windows 7

Wuhuhuhuhu...

Aku baru nak berjinak² dengan Vista setelah aku upgrade dari XP. Bermacam² menda yang aku discover semenjak dua menjak ni lepas aku godek² Vista kat pc nih (terutamanya feature "Dreamscape" tu. Hehehehe... Sonok dapat tengok desktop aku bergerak² dengan background video). Tup², aku baca berita Windows 7 (juga akan disebut 7) dah schedule untuk release dalam tahun depan. Adoiyai!... Hehehe... Aku biasa la, ada yang baru nanti, install la. Nak tau apa yang istimewanya Windows yang baru tu...

So, kenapa dinamakan Windows 7? Apa yang aku baca, sebelum ni, Windows dinamakan mengikut versi atau tarikh keluaran Windows tu macam Windows 3.11, Windows 95, Windows 98, Windows 2000... So, untuk menamakan windows terbaru ni mengikut tarikh keluaran dikatakan tak lagi releven sebab Windows tidak dikeluarkan setiap tahun atau setiap masa, maka nama seperti Windows 2009 sudah tentu nama yang tak praktikal. Manakala nama mengikut "aspirasi" seperti ME, XP dan Vista pula dikatakan tidak mencerminkan apa yang cuba Microsoft capai. Jadik, kesepakatan untuk menamakan Windows terbaru ini sebagai "Windows 7" adalah berdasarkan bilangan keluaran Windows oleh Microsoft. Oleh kerana keluaran terbaru ini merupakan keluaran Microsoft yang ke 7, maka nama "Windows 7" pun dilahirkan!

Tak banyak yang diketahui mengenai Windows 7 ni selain "simplicity" yang dicanang²kan oleh Microsoft. So apa yang baru? Jom tengok...


Antara perubahan kosmetik yang amat ketara adalah taskbar. Taskbar Windows 7 sudah berubah sama sekali daripada taskbar yang kita ketahui. Tak ada lagi diskripsi text pada button pada taskbar, yang ada cumalah ikon besar yang apabila dilalukan tetikus diatasnya akan menunjukkan beberapa set thumbnail.


Apabila tetikus di tekan sebelah kanan, user interface yang baru yang dipanggil "Jump List" akan kelihatan.


"Jump list" ni juga terdapat di "Start menu".

Sebenarnya "Jump list" ni adalah ciri utama kepada pengguna untuk memudahkan mereka mencapai apa sahaja program yang selalu mereka gunakan. Semakin kerap sesuatu penggunaan program, semakin tinggilah kedudukan program ni dalam "Jump list".


Satu lagi ciri yang menonjol dalam Windows 7 adalah "Windows management". Secara puratanya, pengguna Windows selalunya menggunakan 1 atau 2 window pada satu² masa, tetapi 7 dapat organize window dengan cepat dan mudah. Dengan cara drag window ke kedudukan paling atas, 7 akan automatik menyusun kedudukan window² ini, yang paling atas akan dimaksimakan manakala drag window ke kiri atau ke kanan akan menyebabkan window bersaiz 50% daripada keseluruhan skrin. Dengan cara ini, 2 buah window diletakkan pada kedua² belah skrin untuk memudahkan interaksi antara keduanya.

Satu lagi feature dalam Windows 7 ini adalah feature "peeking/intai" pada window. Feature ini digunakan untuk membaca apa² yang ada pada window yang tidak aktif secara mouse-over ikon pada thumbnail di taskbar. Dengan cara ini, semua windows yang ada pada desktop akan bertukar menjadi outline kecuali window yang dimouse-overkan pada thumbnail.


Desktop juga dapat diintai dengan cara ini


Mengintai desktop di Windows 7 adalah amat signifikan. Ini kerana kebanyakan gadget kini live di desktop. Gadget pada Windows 7 kini diletakkan pada desktop, tidak lagi dibahagian tepi sebagaimana Vista. Ini kerana penggunaan notebook telah semakin meluas dan penggunaan ruang di desktop semakin bertambah. Jadi, penggunaan sidebar tidak lagi menjadi sesuatu yang diperlukan.


Sistem tray jugak dah banyak berubah. Secara default, tray ikon yang baru akan disembunyikan ataupun diinvisiblekan. Ia akan ditunjukkan sekiranya pengguna mengaktifkannya. So, lepas ni tak adalah lagi notis² yang menyakitkan hati.


Satu lagi ciri yang signifikan pada Windows 7 ni ialah Explorernya. Windows 7 memperkenalkan konsep baru dinamakan "Library". Secara teknikalnya, Library ni berfungsi seperti WinFS tetapi lebih ringan. Ianya menyediakan view kepada bahagian sistem fail abritari dengan cara mengoptimisekan organisasi kepada kepelbagaian jenis fail (aku pun penin!). Kira senang kata, nak carik dan manage fail makin senang la!


Gitu ler Windows 7 yang baru! Kita tengok jer la nanti!

PlanetBESARKecik a.k.a. LittleBIGPlanet



New addition to my game! LittleBIGPlanet. Memang dah lama aku tunggu game nih. Score yang aku baca dari laman web² terkemuka kat internet semuanya memuji tentang kecantikan dan inovatif gameplay bagi game nih... So, aku baru jer mandapatkan copy aku dan kejap lagik aku akan explore game nih!

Yahoo!!!

Selamat Harijadi Bonda!

Pepagi lagi aku bangun untuk ke pejabat... Dalam perjalanan nak ke lrt, tetiba aku nyer telefon berbunyik. Hehehehe... Alarm yang dah aku set tidak lama dulu mengatakan hari ni harijadi mak aku. Tanpa lengah terus aku mendail nombor telefon kampung aku kat Perak. Kalau aku tak buat sebegitu, dah tentu aku akan lupa kemudiannya. Sementara berjalan, aku mendengar bunyi dailan yang sedia untuk diangkat...

Syahira mengangkat telefon dan kemudiannya memberikan kepada mak. Seronok dapat mendengar suaranya. Aku mula bertanya khabar dan kemudian mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kepadanya. Nada seronok jelas kedengaran di hujung telefon. Sesungguhnya, aku yang berada di sini turut juga merasakan keseronokan apabila mengetahui bahawa ibunya masih lagi sihat dan walafiat...

Kepada mak, Ijann mengucapkan Selamat Hari Jadi... Ijann selalu mendoakan supaya mak akan sentiasa sihat dan panjang umur. Ijann dan adik beradik akan sentiasa menyayangi mak tak kira apa yang berlaku. Sekali lagi "Selamat Hari Jadi"...

2nd life...

Inilah aku yang tengah berehat² kat 2nd life... Hehehe...