Nu!


My newest addition to my electronic devices. Now I can wirelessly connect my gadgets. Hehehehe... Sukanya hati ku ini!!!

5S

Miahahahaha... Hari ni, adalah merupakan hari pengauditan Sistem 5S kat hospital aku. Internal audit jer, sebelum audit yang dijalankan orang luar. Tapi kire best gak la ari ni sebab unit aku mendapat pujian daripada auditor² yang datang mengaudit 5S kiteorang. Hehehehe... Walaupun tak dapat banyak bintang, 2 jer, tapi kira okay jugak la! Susah penat kiraorang buat 5S tu hujung minggu, aku pulak mengorbankan seminggu aku minggu lepas untuk polish memenda yang dah bebudak Credit Control dah buat.

Hasilnya, hehehehe... Marvelous! Dapat pujian lagik ko! Kitaorang akan mentenkan sistem ni kalo boleh sampai bebila la! Tak terhad sehingga habis audit luar bulan Ogos depan... Hehehehe. Aku lupa nak amek gambo sebab teruja sangat dengan keputusan yang auditor tadi bagik! Esok aku akan amek gambar dan terangkan apa benda sistem 5S ni. Orait! Challo!

Kiyut!



Hehehehe... Seronok aku tengok anak kawan aku si Guly (panggilan dia) ni. Mariah Safiah nama dia. Kiyut giler! Ni first time aku dapat berjumpa dengan anak si Guly ni. Before this, ada jugak dia datang Sentul bawak anak dia. Tapi aku tak berkesempatan untuk berjumpa. So, hari ni barulah dapat. Hehehehe... Kiyut sungguh!

Sempat aku snap 2-3 keping gambar guna telefon aku untuk aku boh dalam blog ni. Sebelum ni asyik tengok gambar yang Guly bawak jer, tak pun dalam website si Guly tu. Dalam gambar memang la nampak kiyut, tapi bila dah jumpa... lagi kiyut. Macam nak geget jer pipi si Safiah tuh! Kui kui kui kui

Pocky!

Lupa plak aku nak post menda alah nih semalam. Semalam aku terjumpa menda alah ni kat pasaraya KLCC. Pocky! Biskut bersalut coklat yang popular kat Jepun. Satu syarikat dengan biskut Pretz yang aku post ari tuh. Iklan Pocky ni pun boleh tahan kelakar dia (tapi tak sekelakar Pretz). Korang boleh surf Youtube dan carik video pasal Pocky nih. Banyak iklan dia yang kelakar. Langsung tak de kena mengena dengan prodak yang derang jual. Hehehehe...



Pocky yang aku beli semalam!


Lalalala... This is the power of advertisement. Sekali tengok, bila dah melekat terus carik! Hehehehehe...

Spring cleaning 2

Malam tadi adalah operasi pembersihan untuk aku. Bermula dari membuang barang² yang tak aku perlukan, mengemop lantai sehinggalah mencuci baju (yang bertimbun). Ehehehehe... Bukan apa. Sebab esok paginya ada orang nak datang! Ekekekeke... Lagi pun, dah lama aku membersihkan bilik secara besar²an cam nih. Bertimbun jugak la sampah yang terhasil.

Aku setat mengemas sebaik sahaja aku selesai membasuh baju lebih kurang jam 11.00 malam. Sehinggalah siap pada jam 5.00 pagi tadi. Penat? Jangan cakap la...

Sebelum...

Barang² yang aku longgokkan atas katil sebab nak sisihkan memana yang aku nak buang!

Adeh! Sana sini sampah! Tapi, game tetap gak jalan! Hehehehe...

Bahagian AV yang masih belum berkemas. Amek gambo dulu!

Mak aih! Sampah banyak giler!

Selepas...

Tadaaa... Bahagian atas PC yang dah aku kemas. Penuh dengan cenderamata yang aku dapat.

Bahagian AV yang dah siap berkemas! PS3 tengah running Folding@Home.

Ni plak rak majalan dengan CD. Banyak giler menda yang aku buang! Buat nyemak jer. 

Meja PC yang dah dikemas. Lalalala...

Seluar siap sangkut kat hanger tuh!

Ni plak, bahagian atas rak majalah yang dah aku kemas dengan bebarang aku. Tapi satu jer spoil, pokok buluh aku dah layu! Huhuhuhu...


Gitu ler aktiviti aku malam tadik. Kemas dan mengemas dan terus mengemas. Puas hati gak la. Banyak menda yang memang aku nak buang dah pun aku buat. Kire spotless la bilik aku sekarang nih. Nak titun pun besh! Hehehehe...

p/s: Gurl! Aku dah upload gambo aku ngemas. Hehehehe...

Hahahaha Hehehehe...

Sebenarnya, kalau diikutkan hati, aku malas nak post banyak² video dalam blog nih. Tapi, disebabkan aku terjumpa satu video iklan Jepun tentang makanan ringan iaitu Pretz ni, aku mengekek² ketawa kat dalam bilik. I just got to share this video with you guys! Especially iklan yang terakhir tu. Sungguh menggelikan hati!

Enjoy! Kih kih kih kih!!!

Sekarang di dalam Bahasa Melayu!

Yayyyy!!!!...

Bloggers sekarang di dalam Bahasa Melayu. Tak perlu lagi bagi mereka yang kurang faham Bahasa Inggeris untuk meraba² mencari features di dalam site blogging ni! Hehehehe... Satu lagi perkembangan yang baik!

Updates and Fixes for July 18th
July 18, 2008

Here’s a quick summary of recent fixes and changes we’ve made to Blogger:

Blogger is now available in Malay! Blogger has a large base of users in Malaysia and we are excited to now bring them Blogger in their native language. Comment moderation can now be automatically enabled after a fixed number of days. Spam interstitials now let readers click through to blogs. Blog feeds optionally include your email address.


Marilah terus berblogging!

Smile!

When it comes to a good service, people wouldn't think much to pay more. And good service is what I've been looking for so long in term of internet services. Gosh! I wouldn't talk much about my previous ISP which was suck and digging my money to the last piece! But now... I can put a smile with my new ISP.

It so darn fast, and yet the best part is, it's affordable! Now everybody can suft in a blink of an eye! Hahahaha...

I tell you later when the time is right! That's what I've been doing this time. So, report as usual, come later lah!

Flash Mob!

There are certainly many Flash Mob in the world. But in the video I attached, it sure my favourite one. Gathered, did and left! Just see how many people speak their mind out about what had happened! Classic!


What is Flash Mob?
A flash mob is a large group of people who assemble suddenly in a public place, perform an unusual action for a brief time, then quickly disperse

Just search on YouTube, and see how Flash Mob is done!

Credit Control Family Day.

Sabtu yang lepas adalah merupakan Hari Keluarga Credit Control. Hari ni memang merupakan hari yang ditunggu² oleh semua ahli Credit Control sebab memang dah lama kami merancang untuk mengadakan percutian sebegini, tetapi asyik tertangguh jer. Tapi, kali ni selepas persediaan yang serious dijalankan, maka tertunailah sudah Hari Keluarga Credit Control ini.

Hari Keluarga ini bermula pada hari Sabtu selepas waktu kerja. Aku seperti biasa datang kerja macam biasa. Begitu juga dengan Lisya, Kak Shima, Zack dan Adli. Manakala yang lain pulak, akan terus bertolak ke Sri Pena selepas kerja² yang perlu mereka lakukan siap. Tapi, waktu² kami yang tinggal di pejabat sungguh tidak khusuk kerana kepala memang dah fikir tentang percutian ini.

Habisnya waktu kerja, aku, Lisya dan Kak Shima mula menukar baju. Aku hanya menukar baju di pejabat sahaja. Kak Shima dan Lisya pulak kat tandas. Siap sahaja aku menukar pakaian, aku segera bergerak ke restoran Rasyid untuk berjumpa dengan Ainol dan Azri. Aku bertiga akan bergerak ke Sri Pena, Port Dickson bersama. Kami tidak bergerak secara bersama kerana masing² ada hal sendiri.

Setelah, minum sekejap kat Rasyid, kami pun mulalah bergerak ke Sri Pena. Dalam perjalanan, masing² bercerita... Aku pulak banyak menghabiskana masa memandang ke luar sambil telinga mendengar semua cerita² Ainol dan Azri. Tahu² saja dah sampai di Port Dickson. Kami bertiga berhenti sebentar di Teluk Kemang untuk mengisi perut. Masing² tak makan tengahari. Waktu tu pulak lebih kurang jam 4.00 petang.

Azri ngan Ainol tengah check kali terakhir barangan barbeque.

Azri tengah drive.

Habis sahaja makan, kami terus bergerak ke Sri Pena yang tidak berapa jauh dari tempat kami makan. Masing² mengeluarkan barang² dari boot manakala Azri pulak pergi check-in. Waktu mengangkat barang ke bilik masing², kat kolam renang tidak jauh dari bilik kami, dah nampak beberapa orang ahli Credit Control dah pun terjun ke dalam kolam dan berenang di dalamnya. Alamak! Ni yang tak best nih!... Cepat² aku tukar baju dan kemudiannya menjoinkan diri di dalam kolam renang itu! Lebih kurang jam 6.30 petang, baru la naik dari situ.

Dah berenang dah... Tak leh tahan ni!

Bilik aku kat Sri Pena.

Pintu depan apartment.

Aku naik ke bilik dan kemudiannya membilas badan dan menukar pakaian. Waktu untuk barbeque. Sepanjang hari keluarga ni, aku adalah jurugambar rasmi, jadi berbekalkan kamera yang aku pinjam dari Along, aku shoot jer semua menda yang aku rasa baik untuk aku shoot. Hehehehehe...

Dalam jam 7.00 petang, masing² dah pun menukar pakaian dan mula turun ke bahagian belakang Sri Pena untuk berbarbeque. Ini adalah barbeque paling best pernah aku join sebab macam² makanan yang melambak². Tak macam barbeque pada Hari Keluarga Jabatan Akaun tak lama dulu. Masing² dapat makan semua yang dibakar dan masih ada banyak lagi yang tinggal untuk kami lantak kemudiannya.

Aku lari sebentar keluar dari Sri Pena sebab nak mengambil gambar matahari terbenam. Tetapi nasib aku tak baik sebab matahari dah pun terbenam. Apa yang aku dapat hanyalah pemandangan waktu petang sahaja. Huhuhuhuhu...

Barbeque dah bermula.

Senja di Teluk Kemang.

Bergambar masa barbeque. Aku pun ada!

Lepas aku shoot 2-3 gambar pemandangan luar, aku masuk balik ke Sri Pena, malam dah pun menjelma. Dan dah ramai ahli² keluarga Credit Control yang turun untuk menjamu selera.

Acara malam tu dimulakan dengan Azri selaku pelaksana projek memberikan ucapan. Kemudiaanya diikuti oleh En. Fendi, ketua unit Credit Control dan kemudiaannya diikuti dengan bacaan doa daripada Shahrul. Dan acara makan diikuti kemudiannya.

Beberapa minit selepas itu, Azri mengumumkan acara permainan. Terdapat 2 acara permainan diadakan pada malam ini iaitu "mini treasure hunt" dan juga "siapa paling banyak jawapan betul". Acara mini treasure hunt memerlukan 6 orang untuk mencari beberapa barang daripada mereka yang ada di situ. Yang paling cepat dapat merupakan pemenang. Lisya merupakan pemenang untuk acara ini.

Manakala permainan kedua pula merupakan permainan untuk suami isteri. Suami dikehendaki meneka soalan mengenai isteri mereka, manakala isteri pula dikehendaki verify jawapan suami mereka. Jawapan yang banyak betul dikira pemenang. Untuk acara ini, Zubir dan isteri merupakan pemenang.

Acara memotong kek pula diadakan kemudiannya. Acara memotong kek ini adalah signifikan kepada menyambut harijadi setiap ahli Credit Control yang tidak sempat untuk disambut sepanjang tahun. Habis sahaja acara memotong kek, bermakna habislah sudah acara untuk malam itu, aktiviti bebas pula berjalan kemudiannya.

Sebelum aktiviti bebas dijalankan, ahli² Credit Control dikehendaki mengemas kembali seperti biasa barang² disitu; mencuci pinggan dan talam, membersihkan lantai dan tong barbeque dan lain² lagi.

Siap sahaja kerja² pembersihan, aku, Lisya, Hazrul, Zack dan Mas keluar ke pantai untuk berjalan². Mengambil angin malam di dalam keadaan pantai yang gelap gelita... Dan kemudiannya pulang ke bilik untuk tidur... Zzzz...

Lisya tengah cari barang.

Lari cepat Lisya!

Acara memotong kek.

Cuci lah cuci!

Pagi keesokkannya, aku menerima panggilan daripada Kak Liza. Dia mengajak aku ke laut. Disebabkan yang lain masih lagi belum bangun, dia mengajak aku untuk menemankannya ke sana. Maklumlah, sebelum anak²nya bangun, inilah waktu yang paling sesuai untuk terjun ke laut. Matahari pun belum meninggi. Tak la sunburn nanti.

Aku hanya mengambil gambar, tidak turut serta untuk mandi. Malas! Mungkin sebab aku tak nak rasa belengas kot. Kemudian, Kak Shima dan beberapa orang lagi mula menghurungi laut. Mungkin masing² malas untuk mandi apabila matahari naik kot. takut hitam. Makin ramai yang turun, makin banyak gambar yang aku snap.

Aku, Kak Shima dengan Kak Liza di tepi pantai di pagi sepiei.

Anak Redha yang kiyut!

Lepas sahaja naik dari laut, Azri mengumumkan waktu sarapan. Baguslah! Aku pun dah lapar giler waktu tu. Nasi lemak, sandwich dan kuih muih untuk sarapan. Huh!!! Layan siot makan nasik lemak dengan teh o panas waktu² ginih.

Lepas makan, Azri mengumumkan pulak acara game. Semua ahli Credit Control pun bergerak menuju ke gelanggang permainan di hadapan Sri Pena. Beberapa acara telah disusun khas untuk kanak² dan juga orang dewasa.

Antara permainan untuk kanak² adalah meniup belon dan golf. Manakala permainan untuk orang dewasa pula adalah langkah paling besar, menyusun perkataan "credit control" paling cepat dan juga pas² belon air.

Habis sahaja game, sekali lagi acara bebas diadakan sebelum kami check-out untuk pulang ke rumah masing². Apa lagi, waktu ni adalah waktu kembali terjun ke kolam air untuk berenang! Hehehehehe...

Brakefast pagi.

Game beramai² di gelanggang.

Hehehehe... Sapa paling menonjol dalam gambar ni?

Aku yang tengah main game!

Ahli² Unit Credit Control.

Anak Redha yang kiyut 2!

Apabila semua sudah siap berkemas, kami berkumpul semula dibahagian lobby untuk acara penutup. Azri dan En. Fendi memberikan ucapan penutup dan kemudiannya acara memberi² hadiah dan hamper kepada semua ahli Credit Control. Kami kemudian bersurai untuk pulang ke rumah masing².

Acara bagik hadiah.

p/s: Habis jugak acara Hari Keluarga Credit Control ni. Lepas ni, ada ura² mengatakan untuk mengadakan di Bukit Merah pulak.

Headache!


Apa yang korang nampak kat gambar di atas, adalah pemandangan biasa bagi aku. Double vision akibat mata aku yang makin hari dah makin tak nampak (rabun Che' Mat oiii!). Dan hari ni, satu lagi tambahan rasa kepada pemandangan aku yang memang dah double ni. Sakit kepala. Huhuhuhu... Macam dah nak meletop jer kepala aku nih. Huhuhuhu...

Multiplatform!

FFXIII New Trailer


Huhuhuhu... Sedey aku sebab FFXIII akan direleasekan multiplatform. Bukan sahaja di PS3 tetapi di XBox 360. Tapi tak kisah la. Asalkan FFXIII dapat aku main. Dan juga ianya cantik sebagaimana cantiknya di dalam trailer di atas. Huhuhuhu... Enjoy the new trailer!

Delivery.

Salah satu 3D short film kegemaran aku. Aku sukakan jalan ceritanya dan jugak characternya yang mysterious... Satu mesej untuk seluruh dunia!!! Enjoy!

Penat!

Huhuhuhu... Lama dah tak buat post since adik aku bertunang hari tuh. Aku bizi giler. Emmmm... Actually, bukan la bizi sangat pun, cuma membizikan diri jer. Sebenarnya aku tengah frust dengan aku nyer ISP yang memberikan khidmat kedaung dia tuh yang teramat² cerempet hujung bulu idong! Masa nak suruh bayar bukan main lagi laju macam ribut, tapi bagik perkhidmatan selo macam siput. Dengan siput pun lagi laju!!!

Cukup bukan Oktober ni nanti, bila dah abis contract, aku akan lajukan hayunan kaki ke syarikat ISP yang lain! Huhuhuhu...

p/s: Nanti aku sambung. Ada banyak cerita nak buat nih! Hehehehe...

Selamat bertunang buat Alang!

Hari yang ditunggu² oleh keluarga aku dah pun tiba. Hari ini (Ahad 6.7.2008) adalah merupakan hari rasmi pertunangan Alang dengan Siti. Jadi, ini adalah merupakan hari istimewa buat keluarga kami.

Aku bangun lewat hari ni. Lebih kurang jam 9.00 pagi selepas 2 kali dikejutkan oleh Mak. Biasalah, hari Ahad memang hari aku bangun lewat. Jadi selepas, bersiap², kami sekeluarga pun mula bertolak dari Ipoh ke Parit 7, Sungai Sumun, Perak di mana rumah Siti tunangan si Alang berada. Pakcik Bakar dan Makcik Melah, juga seorang jiran kami Makcik Zah turut mengikuti rombongan ini (terima kasih daun keladi).

Antara barangan hantaran dari pihak kami.

Aku sponsor yang ni. Ahaks!

Tepat jam 10 pagi mula bertolak ke Parit 7. Aku naik kereta bersama Alang dan Adik. Mak, Abah, Pakcik Bakar dan Makcik Melah pula satu van. Manakala Along, Gee, Syahirah dan Makcik Zah pula menaiki satu kereta. Perjalanan kami agak jauh, lebih kurang 100 kilometer lebih untuk sampai ke sana. Kami akan berhenti rehat sementara di rumah makcik aku, Makcik Tun (adik kepada Abah) dan Pakcik Takim untuk bersiap² sebelum kami ke rumah Siti dan keluarga. Mereka juga akan turut serta dalam rombongan ini.

Van Abah dari jauh.

Kereta Along waktu berhenti di traffik light.

Ni plak,van Abah waktu berhenti di traffik light. Hehehe...

Sampai saja di sana, kami berehat sebentar untuk makan, sembahyang dan membetulkan hantaran yang dibawa. Manakala Alang pula bersiap untuk memakai pakaian yang lebih kemas. Maklumlah, orang yang diraikan! :p

Along ngan Adik.

Sedang rehat dari perjalanan yang jauh di rumah Makcik Tun.

Alang sebelum bersiap.

Dah ensom dah!

Setelah semuanya teratur dan sedia. Kami pun mula bergerak ke rumah Siti. Sampai di sana kami membawa keluar semua hantaran dari kereta dan mula bergerak masuk ke rumah Siti. Sudah tersedia ramai orang yang terdiri dari kaum kerabatnya menunggu ketibaan kami. Penuh setiap genap ruang di rumah itu dengan sudara mara untuk menyaksikan acara rasmi pertunangan antara Alang dan Siti.

Acara dimulakan dengan pihak lelaki memberi ucapan dan memberitahu tujuan kedatangan rombongan ke rumah itu. Ini diikuti pula dengan ucapan dari pihak perempuan. Hantaran yang kami bawa diberikan kepada pihak perempuan sebagai tanda penerimaan pertunangan. Acara menyarung cincin pula diadakan oleh Mak kepada Siti sebagai bukti bahawa Siti telah ditunangkan dengan Alang. Bila semuanya selesai, satu tahlil ringkas diadakan dan kami semua dijamu makan sejurus selepas itu.

Keluar dari rumah Makcik Tun untuk bergerak ke Parit 7. Pokok tu interframe la pulak!

Sanak saudara dah ramai berkumpul di rumah Siti.

Aku dapat snap dari beranda jer. Sebab dah terlampau ramai dekat dalam.

Pakcik Takim memulakan acara.

Siti dicium oleh Mak selepas menyarung cincin pertunangan.

Alang yang dok diam di luar dan tengah berdebar².

Along yang kepanasan! Hahahaha...

Maka, rasmilah Siti dipertunangkan dengan Alang. Sedikit sebanyak jelas diwajah Alang kegembiraan selepas bertunang dengan Siti, hanya menunggu masa sahaja untuk diijabkabulkan.

Sessi bergambar diadakan kemudiannya. Gambar² di antara Alang dengan Siti, keluarga kami dan keluarga Siti dan bermacam² gambar lagi diambil sebagai kenang²an.

Satu perkara yang best dan memeranjatkan aku! Dalam banyak² hantaran balasan tu, terselit gak untuk aku satu! Hehehehe... Siap ada label lagi yang bertulis "Angah". Al-maklum la, langkah bendul! Kui kui kui kui!!!!

Alang, Siti, Mak Siti dan Mak.

Antara barang hantaran balasan.

Uik! Aku punya pun ada? Hehehehe...

Semuanya dah selesai!

Habis sahaja acara resmi itu, kami bertolak semula ke rumah Makcik Tun dan Pakcik Takim untuk berehat dan melihat barang² hantaran balasan daripada pihak keluarga Siti. Sejurus kemudian, kami bertolak semula ke Ipoh dan sampai pada waktu malamnya.

p/s: Selamat bertunang angah ucapkan kepada Alang dan Siti.