Kata


Rasa macam dah habis ayat-ayat untuk aku guna dalam penulisan aku. Dah kering idea untuk meneruskan penceritaan yang tergantung tengah jalan...

Bila aku pegang pensil untuk menulis, yang tertulis adalah lukisan orang lidi yang tengah berlari. Bila memegang keyboard kat pc lak, bukannya Words yang aku buka, tapi YM yang jadik pilihan... Kertas pulak, dikepal-kepal untuk dijadikan bola keranjang sampah...

Tak tau la sampai bila mental block ni nak berakhir... Itu batu, atas juga ada duduk...

Upgrade!

Miahahaha... Hari ni, aku telah berjaya mengupgrade hard disk aku dengan menambah 320Gb storan, serta menambah memori menjadi 3Gb. Baru puas hati aku. Tiada lagi aplikasi² besar yang liat nak dibuka. Dan tiada lagi masalah dengan fail² lama yang sayang aku nak buang...

Tapi satu jer la yang tak besh! Aku kena 5S kan balik semua fail² aku dalam hard disk lama supaya senang nak dicari. Lagi pun, aku kena kemas balik semua fail² yang aku nak dan tak nak. Yang tak nak aku buang, yang aku nak aku simpan kat hard disk besyor! Miahahahaha...

Hahahaha... Its spring cleaning time!

Mak Ngah


Ini Mak Ngah. Aku tak tau la nape bebudak panggil dia macam tu. Ada dia cerita sejarah dia dapat nama Mak Ngah, tapi aku dah lupa. Mak Ngah keje kat McD. Tu pasal la nama dia kengkadang bertukar menjadi McNgah. Hehe..

Kebencian melampau 2...

Aku dah tak tahan dengan ketiadaan air memanjang kat Menara Orkid nih. Nak jer aku terajang management yang macam baghal tu... Tiap kali telefon, lain² alasan dia bagik! Dari hari Sabtu sampai la ke hari ni, air dah jadik macam biskut, kejap ada kejap tak ada... Sampai menyusahkan aku dan penduduk lain!


Sekali lagi aku tidur dalam kebencian, harap² la kebencian aku ni akan hilang selamanya apabila aku bangun tidur esok hari!


(>.<)m

Shahrul


Ini Shahrul. Dia ni tunang kepada Lan. Kiteorang bebudak Jaquezee pernah panggil dia "Budak sekolah" tapi sekarang dia dah abes belajar. Sekarang kiteorang panggil "Tunangan orang"... Hehe... Bulan depan derang dah nak kawen!

Jacky Lan


Budak ni nama Lan. Kitaorang gelarkan dia Jacky Lan sebab muka dia macam Jacky Chan. Dia ni lebih kurang kepala Jaquezee la.. Hehe.. Apola aku mrepek ni! Dia ni single sampai bulan depan jer. Bulan depan dia dah bergelar suami orang. Tunang dia nama Shahrul (kat atas post nih!).

Hasil jurugambar amatur!




Hehehehe... Okay lar! Cantik gak le gambar yang dia amek! Apa pun, selamat maju jaya kepada empunya badan yang menangkap gambar!

Kebencian melampau!

Huhuhuhuuuu... Bencinya aku tak der air kat rumah!!! Bencinya... bencinya, BENCINYA!!!

The eyes & the face...

Majlis "Appreciation & Networking Hi-Tea 2008" a.k.a. Majlis Hari Raya KVH 2008

Smalam selamatlah sudah function yang kitaorang kat hospital anjurkan untuk corporate client. Lebih nak dekat 2 bulan plan, dari menjadi sehingga tak, dari yang dah diapprove sehinggalah dibatalkan, akhirnya berakhirlah sudah majlis yang hendak diadalan... Malas nak cerita apa yang berlaku pada masa majlis, aku cut terus ke hujung majlis jer (hehe... bukan nyer korang nak tau pun!)...

Bergambar dengan GM DSH dan KPJ Kajang.

Keluarga CC APSH.

Gembira sebab majlis dah berakhir!

Gambar poyo sebelum balik! Hehu!

Gambar dalam lif pun nak amek! Hehehehe...

Nanti kalo aku rajin, aku upkan lagi gegambar. Tapi macam malas jer! Hehehehe... Cukup la mana yang ada! :p

Adoiyai... Kena lagik!

Huhuhuhu... Kena lagik aku dengan Guly. Setelah berhati² dengan tindakannya dalam YM dulu² kerana mengenakan aku, kali ni aku terkena lagik! Hehehehe... Tonyet tol Guli nih! Aku masih blom dapat mematahkan serangan saikologi dia! Chis, chis dan chis lagik!

Guly: hye tonyet
Ijann: apo eeee?
Ijann: hehehehe...
Guly: jan
Ijann: iyo
Guly: aku nak mintak tolong
Ijann: apa?
Guly: aku sebanarnya ada masalah la...
Guly: aku tak tau nak cakap kat siapa sebenarnya
Ijann: hehehehe... ni masalah betul ke masalah olok2, ko slalu kenakan aku! Hehehehehe...
Ijann: Kalo masalah betul apa nyer?
Guly: hmm tak pe lah
Guly: sorry ganggu
Ijann: ek eleh!...
Ijann: apa dia cakap la!
Guly: dah 3-4 hari ada awek mana ntah cakap aku ni comel.. camner yerk
Guly: 7-8 org gak la
Ijann: owh ye ke?
Ijann: ko blasah jer awek² tu...
Ijann: soh plak derang cakap aku ni comel!
Guly: dah
Guly: aku dah kasi gamba ko
Guly: tapi dia kata ko gendut
Guly: camner
Ijann: ish ishk ish ish...
Ijann: kalo aku blasah ko plak boleh tak?
Guly: bukan aku cakap
Guly: awek2 tu cakap
Guly: takleh
Guly: sebab awek2 tu semua sayang aku
Guly: dia diaorang
Ijann: ko nampak tak jari kat keyboard ni?
Ijann: jari tengah kanan aku ni yang jari hantu tu ada terkeluar sikit la...
Ijann: heheheheh
Ijann: bak kata ko dulu la kan... look at my middle finger
Ijann: :))
Guly: :))
Ijann: terkena lagik aku! chait!

p/s: Sebagaimana quote aku kat header tu cakap, sometimes it nessessary to show your middle finger. Sekarang masa yang sesuai ke? Hehehehe... Guly, aku binci ingkau! Miahahaha...

The scream!

Raja botol & aksi bergambar!


Permainan "Raja Botol" yang menggamatkan suasana Gath Hari Raya MDC tempohari. Dalam video tu 3 pemain top sedang beraksi!


Yang ni plak, video kandid yang diambil ketika semua yang datang yang giler bergambar menyangkakan kamera Yun mengambil gambar still, tetapi gambar bergerak rupanya. Cuba tengok aksi sorang² yang nak bergambar! Hehehehe...

Update:
Bongok plak Youtube nih. Tak mo kluar plak video kat sini. Jap bley jap tak!... Tak per la! Kalo korang insist nak tengok video tu, gi channel aku kat Youtube kat sini:

- Raja botol.
- Aksi bergambar!

Slamat menonton!

Majlis "Open House" Aidilfitri Melayu.com



Once again, Melayu.com membuat gathering sempena Hari Raya Aidilfitri 2008 (memang gath dibuat pada hari raya pon!). Setelah lama tidak diadakan (2003 adalah yang terakhir sewaktu arwah Esah), Gath MDC diadakan setelah ramai yang meminta untuk dibuat semula. Jadi, persediaan awal bermula dengan perbincangan selepas bebuka puasa tempohari dan kemudiannya menyuarat kecil²an di Sogo yang melibatkan beberapa orang ahli.

Sebelum majlis bermula. Buat kerja dulu!

Spy yang tengah sibuk menggunting kertas...

MatBoo, BK ngan Mardau tengah tune suara...

So, pada hari kejadian, seramai lebih kurang 41 orang telah datang menghadirkan diri serta menggamatkan suasana (terutamanya Kanee dan Tomat). Acara bermula lebih kurang jam 2 petang di Rumah Pena dengan pendaftaran ahli serta pemberian cenderamata. Cenderamata ini telah ditaja oleh Aki dan Yun yang merupakan kipas lipat serta stiker MDC, terima kasih banyak² buat mereka berdua. Hehehe...

Antara mereka yang hadir adalah...

1. kukubesi + mariah safiah
2. que + mia juwita
3. betterman
4. amoi
5. bk
6. mardau
7. langsuir80
8. matboo
9. duktur jiwa
10. kanee
11. fiuse
12. attok
13. ijann
14. jimi
15. fatinlissa
16. anak melayu
17. babykudut
18. nuralisya
19. aki
20. hensem
21. spy incg
22. padat
23. pojie
24. yati
25. malique
26. cam51
27. laikatong
28. abe
29. cik A
30. sukriali
31. yun
32. yuninut
33. real kapok
34. mrsyampa
35. ct syampa
36. saniy
37. donna
38. ezrin
39. fansurina
40. pompuan pdah
41. kop

Mardau tengah memberi penerangan tentang cemana nak datang Rumah Pena.

Aku yang dok bertugas sebagai pemberi cenderamata, tag dan sticker...

Yun yang over excited dapat datang Gath kali ni...

Doktor Jiwa yang sedang mendaptarkan Lisya, Mak Ucu dan Pidah.

Bett pun seronok gak!

Pada jam 3 petang, majlis dimulakan dengan emcee iaitu Batterman menjemput Saniy untuk bacaan doa dan diikuti dengan acara makan². Antara makanan yang disediakan adalah lemang, rendang, nasi impit, soto, kuih-muih, buah²an dan air sirap. Suasana paling santai paling dapat dilihat ketika acara makan di mana semua yang datang duduk bersila dan bersimpuh di lantai sambil makan dan mengumpat. Ada jugak yang duduk diluar sambil berasap. Hilai ketawa terus kedengaran bila semua yang hadir membuka nostalgia lama dan bercerita mengenai topik di Melayu.com...

Semua tekun mendengar apa yang Bett cakap kat depan.

Yang ngumpat pun ada...

Bett sebagai emcee pada majlis ni. Solo jer... Slalu emcee majlis berduet...

Apalah yang Pidah sembangkan dengan Pojie tuh?

Makan time...

Penyambut tetamu berhemah...

Macam makan kenduri laks! Tapi best! First time in MDC Gath history makan atas lantai!

Yang dok tepi jendela pun ada!

Apa la yang Jimi pandang tu?... Tak cukup makanan ke dalam pinggan?

Makan di mana² sahaja!

Sian Kapok! Kena buli! Hahahaha...

Kanee, Tomat ngan Lisya tengah mentelaah album gambar lama aktiviti MDC... sambl mengumpat!

"Termenung ku sendiri... Memendam rindu tidak menentu... - Aisyah"

Setelah semua kenyang, acara diteruskan dengan persembahan daripada MatBoo, Mardau dan BK yang menyanyikan beberapa lagu raya dan diikuti pula dengan monolog daripada Attok. Monolog ini telah Attok tujukan kepada arwah Esah, salah seorang rakan Melayu.com yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Suasana sunyi seketika apabila monolog yang Attok bacakan berkisar tentang sejarah dan sumbangan Esah kepada Melayu.com...

Bett tengah temuramah MatBoo ngan BK.

Persembahan oleh Mardau, MatBoo dan BK. Amoi sebagai peminat setia, duduk tempat first class untuk menonton persembahan mereka

Suasana ceria ketika persembahan...

Hensome ngan Syukri yang terhibur.

Bett tengah mengumumkan persembahan monolog daripada Attok.

Attok sedang bermonolog mengenai arwah Esah...

Acara seterusnya adalah permainan yang dianjurkan oleh Attok. Semua yang hadir telah mengambil bahagian dalam acara permainan "Botol" yang menggamatkan suasana. Semua yang hadir dikehendaki duduk di dalam bulatan dan kemudiannya mengira bermula dengan 1 dan setiap nombor 7, gandaan 7 serta nombor yang ada nombor 7 didalamnya dikehendaki menyebut botol. Apa yang kelakar, mereka yang sepatutnya menyebut botol gagal menyebut yang menyebabkan mereka disingkirkan daripada permainan...

Attok tengah memberi penerangan tentang cara permainan...

Semua tengah dengar rules...

Few yang masih terselamat!

Top 3

Jimi yang tersingkir!

Top 2

Dan pemenangnya adalah Syukri! Hehehehe...

Acara berhenti sebentar untuk rehat dan sembahyang Asar kemudiannya. Dalam pada masa ni, adalah yang sempat sambung makan, ada yang dok bersembang dan mengumpat, bergambar dan sebagainya.

Yun yang tengah mentekedarah!

Mariah dan ayahdanya Guli!

Kumpulan potpet! :))

Beramas mesra dengan Jimi.

Acara seterusnya dan merupakan acara terakhir pada majlis Gath ini adalah acara tradisi Melayu.com iaitu bertukar² hadiah dimana setiap yang hadir dikehendaki membeli hadiah berharga RM5 setiap sorang untuk ditukarkan kepada hadirin yang lain. Apabila pertukaran dibuat sorang demi seorang, mereka dikehendaki membuka dan menunjukkan hadiah yang mereka dapati pada ketika itu juga. Ada dapat hadiah yang best, ada cam hampeh... Tapi itulah kemeriahan dan nostalgia yang dapat diingat sampai bila².

Selipar yang dok berselerak kat luar Rumah Pena!

Acara tamat selepas sessi bergambar beramai² diadakan...

Apa yang dapat disimpulkan, gath pada hari ini adalah gath yang paling sempoi dan santai pernah diadakan. Kena dengan tema yang diberi iaitu "open house" dan Melayu.com. Kalau tahun depan dibuat tempat yang sama, mesti meriah.

p/s: Aku hanya dapat mengambil gambar sehingga acara bermain game sahaja kerana memori kamera dah full. Untuk updates pada gambar² seterusnya, tunggu gambar daripada yang lain diupload.