RAN Online...



Aku install game MMORPG (messively multiplayer online role playing game) ni semalam dan try main untuk suka². Game ni diberikan oleh office-mate aku Redha. Dah lama dah dia bagi, cuma baru semalam aku dapat nak test.

Selepas intall dalam PC yang memakan masa hampir sejam (cd installation dan internet update), so aku pun try la. Best gak main game ni. Waktu aku bermain tu, aku belum lagi masuk ke dalam game yang sebenar. Masih lagi di dalam ruang legar server yang sedang melatih pemain² baru macam aku. Apa yang bestnya game ni adalah ianya adalah MMORPG "free to play for life". Tak payah bayar apa² pun untuk main. Tak macam Ragnarok Online yang satu ketika dulu adalah game MMORPG terkenal. Selepas ianya dikenakan pembayaran untuk bermain, popularitinya jatuh menjunam...

Sekarang, level aku dah naik level 5 hanya ketika bermain di ruang legar saja. Waktu di sini, PK (player killing) dibenarkan. Tapi bukanlah PK yang sebenar. Admin telah menyediakan beratus² NPC (non playable character) yang boleh membalas balik serangan kita jika kita menyerang. So, dekat sinilah kita boleh kumpul mata dan experience untuk menaikkan point. Dapat jugak item² yang jatuh selepas kita slay NPC tu. Kengkadang dapat duit, kengkadang dapat makanan...

So, interactivity nya pun bagus jugak. Walaupun connection ke internet rendah, character kita still lagi mampu mengikut arahan dengan cepat. Tak macam Second Life yang interactivity nya mengikut kepantasan sambungan kita ke internet. Laju connection, lajulah character mengikut arahan.

So... Aku nak explore lagik dunia RAN ni dan naikkan mata. Sesapa yang nak join duni RAN ni, boleh la berkunjung ke alamat di bawah:

RAN.myrosso.com

Slamat bermain. Kalau ada rezeki, jumpa la kita kat dunia alternatif tu ye!

0 comments: