TTDBID Part 3

For once at least, I really do want to finish writing my novel. I love to write, and I love to tell stories... Only that I always end up empty headed. Out of idea... Ketandusan ilham... And that made me stop writing.

Kenapalah idea tu tak datang waktu aku tengah menulis, then bila dah berhenti, barulah satu² idea datang... Cukup menyakitkan hati, jiwa dan perasaan!

But, I learnt from mistake. Now... I'm collecting ideas inside my lil book and I will add it up until I got full of it and ready to write again.

Cuma tak tau bila!

Pernah dulu aku menulis hampir 300 muka surat, tetapi aku tinggalkan begitu sahaja hanya kerana kehabisan idea. Di samping masa dan kerja yang membantutkan usaha aku untuk meneruskan penceritaan. Sudah hampir habis cerita yang hendak disampaikan tetapi minat aku untuk meneruskannya menjadi semakin pudar kerana tidak lagi ada penghayatan dan mood yang hilang begitu sahaja. Bila hendak meneruskan balik, feel yang sama tak lagi wujud dan karektor² yang aku cipta semuanya memberikan surat perletakkan jawatan. Haha... Semuanya tak nak berlakon lagi dalam cerita aku.

Sekarang, semangat untuk menulis tu dah datang balik. Dan insyaAllah, mungkin aku akan memulakan semula penulisan yang dah lama aku tinggalkan. Cuma sekarang mencari ruang² yang dapat aku luangkan untuk aku menghadap semula pc dan menggunakan jari sakti aku kembali. Terpaksalah aku merombak balik rutin seharian aku; kerja, online, Jaquezee dan leisure aku... Semata² untuk TTDBID.

0 comments: