Hari penentuan...

Hari ni merupakan hari mengundi seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. So... sebagai rakyat Malaysai yang bertanggungjawab, aku pun sama keluar mengundi. Walaupun hari ni hari bekerja (Sabtu), aku bercadang untuk keluar awal untuk ke tempat aku membuang undi. Aku ditetapkan untuk membuang undi di Sekolah Menengah Wangsamaju, Seksyen 2, Setapak. Tempat aku mengundi lebih kurang 5 tahun yang lepas sewaktu aku masih lagi tinggal di sana (kes lupa nak tukar alamat).

Hehehehe... Ada cerita lawak sket. Aku tersalah pergi tempat mengundi iaitu di Sekolah Kebangsaan Wangsamaju, Seksyen 1. Lepas sahaja kerani SPR tu menyemak nama aku, dia mengatakan yang tempat aku membuang undi adalah di Seksyen 2, lebih kurang 2 kilometer dari tempat itu. Haduh... Kena la aku berjalan ke sana. Tapi tak kisah la, eksersais sket. Hehehehe...



(Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsamaju, Seksyen 2 dari jauh. Aku zoom 4x.)

Sampai saja aku kat Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsamaju, Seksyen 2, dari jauh aku dah nampak orang ramai yang sedang bersesak² nak gi membuang undi. Aku pun bukan main laju membuka langkah sebab dah tak sabar nak membuang undi. Berkobar² nih. Ehehehehe...



(Gambar sekolah di bahagian tepi yang aku snap waktu tengah berjalan.)



(Sibuk je mamat cina tu tengak aku tengah snap gambo. Nak interframe la tuh!)

Sampai jer aku kat pintu depan sekolah, aku tengak tempat membuang undi tu dah macam pesta dah. Bukan main ramai peraih² undi dua² parti nak memancing undi last minit. Ramai jugak la yang menarik tangan aku nak meraih undi supaya aku memangkah parti mereka. Tapi aku senyum jer, sebaliknya aku teruskan perjalanan aku masuk ke dalam sekolah sebab aku tak mo buang masa.

Hoooo... Lupa lak nak cakap. Kat Seksyen 2 ni, 2 parti mencabar sesama sendiri iaitu Parti Barisan Nasional dengan Parti Keadilan. 2² calon pun cina, so aku pun tak berapa ambik peduli calon² yang bertanding. Some more, aku pun bukan duduk kat sini lagi. Tapi disebabkan aku nak parti aku ni menang, aku gi la jugak (tak yah la tanya sapa yang aku nak pangkah, paham² je la.)



(Semangat nyonya tu datang nak buang undi.)





(Pintu depan Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsamaju, Seksyen 2.)



Bila masuk je kat sekolah, terus aku pergi ke kaunter semakan pengundi. Semak punya semak, memang betul nama aku ada kat situ. Lega, tak payah la aku nak carik² lagi tempat aku nak buang undi. So, lepas kerani tu verify aku punya nama, dia pun memberikan aku sehelai kertas bercetak nombor 8 yang mana itulah tempat aku akan memangkah kertas undi.





Tempat mengundi nombor 8 ni pulak ada kat bahagian belakang. Tingkat 3 pulak tu. Tak buleh ke letak kat tempat yang bawah² sket? Menyusahkan betul! So, terpaksa lah aku memanjat tangga ke tingkat tiga tu. Huarghhhh... Penat gak memanjat.

So, bila dah sampai kat atas tu, aku pun menunggu giliran aku untuk mengundi. Ada 2 orang kat depan aku yang tengah memangkah kertas unti kat tempat memangkah. Bila derang dah siap memangkah maka, sampai la giliran aku. Aku pun bagik la aku punya IC pada kerani penyemak tu. Ada 3 orang semuanya,.Aku tengok, kerani yang pertama membuka buku semakan pengundi, nama aku ada kat muka paling depan sekali. Masa dia verify nama aku kat kerani kedua yang sebelah dia, bukan main kuat dia sebut nama aku ngan nombor IC aku. Cheh! Publisiti murahan betul untuk aku! Kekekeke...

Kerani yang terakhir pula, kerja dia memberikan aku kertas undi. Satu kertas undi je yang dia bagi sebab kawasan Wangsamaju tu untuk Parlimen je. Aku pun ambik kertas undi tu dan terus menuju ke tempat memangkah. Dah siap ada pensil 2B kat situ. Aku pun (dengan tekat apa yang aku nak pangkah) terus aku memangkah dengan berhati² kat kertas tu. Aku lipat, dan terus menuju ke peti undi lutsinar baru yang SPR perkenalkan baru² ni. Siap je aku mengundi, aku terus keluar dari sekolah.

Siaplah tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia. 4 ke 5 tahun lagi aku akan mengundi lagi kat kawasan baru (kot).


0 comments: