Goth goth! Loli loli!...



Hari ni, katamlah sudah aku menonton anime 25 series "Yamato Nadeshiko Shici Henge" yang aku download. Boleh dikatakan menonton anime yang satu ni memang menyeronokkan. Memang aku terhibur dengan lawak stereostype anime Jepun (aku suka!!!) yang membuatkan perut aku kejang sebab kuat sangat ketawa!

Kisah ni menceritakan mengenai 4 orang sahabat yang tinggal di dalam sebuah rumah agam setelah keluarga masing² menghantar mereka untuk diajar untuk melalui hidup bersusah payah. Kisah bermula apabila tuan rumah yang mereka panggil "Obasan" (iaitu panggilan makcik dalam bahasa Jepun) yang mencabar mereka untuk mengubah anak saudara perempuannya yang akan tinggal bersama mereka menjadi seorang wanita yang berhemah.

Nak dijadikan cerita, 4 orang sahabat ini adalah merupakan 4 orang lelaki yang paling handsome, kiyut dan popular. Masing² menjadi buruan oleh kerana ketampanan dan kekiyutan mereka. Manakala gadis pelik itu pula adalah merupakan seorang gadis yang menyukai perkara² yang seram, gore dan menakutkan...

Jika mereka berempat berjaya menukarkan gadis ini menjadi seorang wanita yang berhemah, Obasan akan memberi mereka semua tinggal di rumah agam itu secara percuma, dan sekiranya mereka gagal, mereka dikehendaki membayar sewa sebanyak dua kali ganda.

Macam² yang telah mereka lakukan untuk menukar gadis itu menjadi wanita yang berhemah, namun usaha mereka hanya sia² bila semua perkara yang mereka lakukan bertukar menjadi peristiwa dasyat dan melucukan...

I recommend this anime to you guys yang nak mencari hiburan lite dan gelak ketawa...

p/s: Hahahaha... Aku melayan anime ni sampai lupa nak makan. Adeh! Lapooooo!

0 comments: