Updates!

Setelah kerja² mendekorasi yang dijalankan Sabtu dan Ahad yang lalu berakhir, maka inilah penambahan yang dibuat. Terdapat penambahan owning pada tingkap, post box, kad raya, kambing dan ayam itik, dan juga kawasan penyediaan lemang dan ketupat.


Gambar di atas adalah merupakan sketch awal tentang perancangan mendekorasi pintu hadapan pejabat Credit Control. Penambahan yang kemudiaanya tidak dimasukkan ke dalam sketch kerana idea yang datang adalah spontan daripada ahli² Credit Control.

Kad ucapan raya yang dibuat menggunakan bahan terpakai seperti kotak dan kertas.

Gambar ayam dan itik ini juga merupakan bahan terpakai, sama seperti kad ucapan raya.

Lampu kelip² yang dilekatkan di pintu masuk Credit Control. Tetapi malangnya, lampu ini tak mampu untuk terus melekat dan kemudiannya jatuh dan merosakkan lampu. Ianya dilekatkan di tempat lain kemudiannya.

Owning pada "tingkap".

Post box daripada polisterin lama. Ianya digunakan untuk menempatkan kad ucapan raya.

Lampu kelip² yang diletak pada ranting pokok.

"Kambing" yang berskala 1:1 yang aku buat, bersama dengan ayam dan itik.

Lemang dan ketupat.

Papan kenyataan mengenai tema dan bahan penggunaan dekorasi.

Meriam buluh daripada kotak lama.

Sebahagian daripada dekorasi di hadapan pejabat Credit Control.

Kerja² pendekorasian kami sesungguhnya mendapat saingan yang amat sengit dengan jabatan IT yang tak kurang hebatnya dengan dekorasi rumah kampung mini mereka. Masing² nak menunjukkan kehebatan, tapi kami di Credit Control tak mo menyerah kalah! Hehehehe...

Ini adalah rumah kampung mini jabatan IT.

0 comments: