Huhu... I couldn't make it!

Well! To be honest, aku memang tak gemar nak menghadiri majlis keramaian, kenduri kahwin atau pun mana² majlis yang ramai orang... tanpa sebab musabab yang munasabah untuk aku hadir. Tapi tidaklah sampai untuk tidak menghadiri majlis penting yang kena mengena dengan aku... Lagi pun aku sebenarnya rimas dengan kehadiran orang ramai yang menyesakkan, hanya kerana satu sebab: aku terasa amat kecil berbanding dengan mereka (not in sense of size, tapi kehidupan...) Mungkin aku masih tak dapat lagi nak menyesuaikan diri dengan inferiority complex yang masih lagi saki-bakinya masih melekat pada fikiran aku... Dan mungkin jugak aku dah bosan dengan pertanyaan² yang sama pada setiap kali (Well! You know what I mean!)

Huhu... Speaking of that, hari ini, family aku ada mengadakan majlis kenduri doa selamat untuk menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga aku, dan juga tahlil untuk arwah nenda aku yang dah pergi. Not that I purposely didn't go, but I couldn't make it! Masa tak mengizinkan. Sedih gak hati, but nak buat macam mana. Aku kerja pada hari tu. Nak mintak cuti pun belum tentu dapat (since lots of my co-worker already applied their leave sooner!) Carik jugak la tiket bas lepas kerja, dalam hujan... kalau² ada, tapi yang paling awal pun jam 6.30 petang. The feast was at 5.00 pm. So, dah tentulah aku miss kalau ambil tiket waktu tu. So, I had to let go...

Sedih la... Tapi nak buat cemana?...

Tak per la. Ingatan aku tetap berada di kampung bersama² keluarga semasa kenduri tu berlangsung. Walaupun tubuh badan aku tak berada di sana... Bukan rezeki aku untuk kenduri kali ini. Kenduri besar yang akan diadakan dalam tahun ni iaitu perkahwinan Alang sudah pastinya tidak akan aku lepaskan, walaupun aku memang tidak begitu gemar untuk menghadiri majlis perkahwinan. Itu adalah hakikatnya. So, I'm looking foreword to take part in the big event. InsyaAllah!

1 comments:

azim and his melancholic dream said...

best woo rendang + pulut kuning hari tu.hehe