3 jenis versi FFVII:ACC


Huk alo! Ada 3 versi la pulak Squeenix nak release Advent Children Complete ni! Macam Microsoft releasekan Vista plak! Ni yang berapa best nih!

Seperti yang dicanangkan, Final Fantasy VII : Advent Children Complete akan di releasekan dengan 3 versi iaitu:

First Edition:
Mempunyai Bluray FFVII:ACC bersama dengan FFXIII demo, FFVXIII trailer dan FFAXIII trailer.

PlayStation 3 First Edition Bundle:
Dibundlekan skali dengan PlayStation 3 dan semua yang dalam First Edition.

Regular Edition:
Hanya FFVII:ACC

Sah² orang akan carik yang First Edition punya version. Tak ketinggalan la dengan aku! Yang dua versi lagi tu, macam tak jalan jer. Paling kuat pun orang akan carik yang Regular Edition kalau First Edition punya dah abes. Yang berbundle dengan PS3 tu lak, orang kayo² jer bleh beli!... Janji ada stok untuk First Edition udah!

Updates:
Ches! Squeenix ni macam nak mempermainkan orang jer. Dulu cakap dia nak releasekan Demo FFXIII kat dalam FFVII:ACC. Sekarang cakap dah lain. Releasekan kat Jepun jer. Squeenix ni macam nak carik nahas jer. Dah la dulu derang buat announcement FFXIII dikluarkan kat XBox 360 yang mencetuskan ketidak-puas-hatian gamers² PS3. Ni plak jadik cam ni plak. Hangin la lagik gamers² seantero dunia. Mau lingkup Squeenix kalo derang terus buat cenggitu!

Huhu!

0 comments: