P1 W1MAX Grand Launch...

Setelah 19 hari selepas press conference mengenai P1 W1MAX tempohari, maka hari ni akan rasmilah sudah P1 W1MAX sebagai operator pertama yang menyediakan perkhidmatan wimax untuk digunakan oleh orang ramai. Akses wimax ini adalah yang pertama di Malaysia dan di Asia secara amnya. Mungkin juga yang pertama di dunia yang offer penggunaan wimax secara mass market. Aku tak ketinggalan untuk mengikuti acara pelancaran P1 W1MAX ni di Hotel Mandarin Oriental pada jam 2.30 petang tadi.

Aku mula bertolak dari rumah pada jam 12.30 tengahari dengan menaiki LRT ke KLCC. Apabila sampai di KLCC, aku hanya berjalan sahaja ke Hotel Mandarin Oriental yang tidak berapa jauh dari situ. Tepat jam 1.30 petang, aku berjumpa dengan Along di hadapan Hotel Mandarin Oriental dan kami berdua bergerak masuk ke dalam.

Acara pelancaran P1 W1MAX ni diadakan di Grand Ballroom di tingkat satu. Sampai sahaja kami ke sana, sudah ramai media dan tetamu jemputan yang sampai. Kami berlegar² dahulu di hadapan dewan. Masih terlalu awal. Kami mendaftar dahulu di meja pendaftaran untuk mendapatkan tempat. Pada mulanya, pendaftar tak berjumpa nama kami berdua, tapi lepas kami memberitahu bahawa kami adalah subscriber yang pertama dan kedua, barulah pendaftar berjumpa nama kami dan membari ucapan tahniah kerana berjaya menjadi pelanggan yang pertama dan kedua. Kemudian, pendaftar itu mengecop tangan kiri kami sebagai tiket untuk masuk ke acara pelancaran ini.

Sebelum masuk ke dewan, aku dengan Along berjumpa sekejap dengan Simon dan kemudian kami mengambil gambar bersama di tempat yang dikhaskan. Macam Academy Award pulak rasanya. Hehehehe... Dan gambar yang kami ambil dicetak serta merta. Simon sempat ambil autograph aku ngan Along. Chet! Hehehehe...


Semua tetamu yang sedang menunggu untuk masuk ke Grand Ballroom...

Sebelum masuk, kena la daftar dulu... Hehu!

Grand Ballroom yang sedia menunggu ketibaan semua untuk majlis pelancaran P1 W1MAX...

Sebelum acara bermula, semua yang hadir boleh mengambil gambar di hadapan dewan. Dicuci ketika itu jugak!

Along depan dewan! Suka la tuuuu...

Aku pun suka jugak!!!... Hehu!!!!

Ni adalah cop yang diberi ketika mendaftar awal tadi. Dapat cop, dapatlah masuk!!!

2 booth babe yang berlegar di kawasan pameran P1 W1MAX. Sempat tangkap.

Sempat bergambar skali ngan booth babe!

Dia pun nak jugak!!! Hehehe!!!

Kemudian kami pun masuk ke dalam dewan. Kami telah ditempatkan di meja "Wangsa Melawati" di mana semua pelanggan 1st 10 diletakkan (semua meja di dalam dewan ini diletakkan dengan nama tempat macam Titiwangsa, Damansara dsb. Unik gak!) Dan apabila YB Dato’ Shaziman Abu Mansor, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi sampai, acara pun bermula.

Dimulakan dengan ucapan daripada Micheal Lai, CEO Packet One Sdn. Bhd., ianya diikuti pula dengan ucapan daripada YB Dato’ Shaziman Abu Mansor. Acara kemudian diikuti pula dengan persembahan pendek daripada "Lady Lazer" yang didatangkan khas daripada Australia. Habis sahaja persembahan tersebut, YB Dato’ Shaziman Abu Mansor pun merasmikan P1 W1MAX. Meletup kejap bunga api kat screen utama yang menandakan bahawa P1 W1MAX sudah boleh didapati oleh orang ramai! Hehu!!!


Screen utama di dalam dewan. Sungguh besar!!!

Wartawan yang sedang mengambil tempat. Keadaan waktu ni, masih lagi gelap. Tapi cantik!!!

Interframe lagik!

Aku pun sama!

Antara pinggan mangkuk dan cawan gelas atas meja. Saja je ambik!

Ketibaan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, YB Dato’ Shaziman Abu Mansor.

MC memulakan acara...

CEO Packet One Sdn. Bhd. Micheal Lai memberi ucapan!

YB Dato’ Shaziman Abu Mansor, memberikan ucapan pulak!

YB Dato’ Shaziman Abu Mansor di screen utama...

Persembahan pendek sebelum acara pelancaran P1 W1MAX.

YB Dato’ Shaziman Abu Mansor dan Micheal Lai melancarkan P1 W1MAX. Hehu! Adik kiyut tu, ntah sapa nama dia...

Bunga api sewaktu pelancaran...

Selepas sahaja acara pelancaran oleh YB Dato’ Shaziman Abu Mansor, satu live telecast dari JB dan Subang Heitech telah diadakan di mana di JB, seorang petugas bersama² dengan kanak² memberikan laporan dari sana. Manakala di Subang Heitech pulak, DJ² Hitz dan seorang pelakon terkenal Harith Iskandar pula memberikan laporan daripada Subang Heitech. Harith siap congratulate kitaorang sebab jadi pelanggan pertama lagik! Hehu!

Habis sahaja live telecast dari JB dan Subang Heitech, acara diteruskan dengan rolling VT mengenai testimoni pengguna² pertama P1 W1MAX di screen. Hehehehe... Gambar aku yang derang shoot waktu di bilik aku tempohari ditayangkan di sini sekali lagi. Sama jugak dengan Along. Kui kui kui kui... Glamer sekejap aku rasa.

Seterusnya adalah acara pemberian award dan plak kepada 10 pelanggan pertama P1 W1MAX. Yang specialnya tentang award ni adalah, aku, Along dan 8 lagi pengguna pertama tersenarai di dalam "Malaysia Guinness Book of Record" sebagai pengguna pertama yang menggunakan wimax di Malaysia (dan Asia amnya). Secara tak langsung, aku dan Along melakar sejarah kami sendiri. Bukan senang nak tersenarai dalam Malaysia Guinness Book of Records. Dan P1 jugak melakar sejarah di dalam Malaysia Guinness Book of Records sebagai operator wimax pertama di Malaysia (dan Asia). Bangga sungguh!


Lintas langsung dari JB dengan Subang Heitech...

Demo video tentang testimoni pengguna. Kat screen tu, aku la! Hehe...

Along naik pentas, cis cis dan cis... Hehu!!!

Inilah award yang aku dapat waktu naik pentas... Lawo tak?

Tamat sahaja pemberian award ni, YB Dato’ Shaziman Abu Mansor pun mula meninggalkan dewan dan dewan gelap seketika untuk acara seterusnya. 3 buah persembahan diadakan iaitu "Quick Change" dari Spain, "Tarian dan peragaan baju P1 W1MAX" dan akhir sekali persembahan "Lady Lazer" dari Australia.

Sambil menikmati persembahan, kami juga dihidangkan dengan hi-tea. Dapat la melapik perut yang lapo nih! Hehehehe... Maklum la, tak makan tengahari tadik! So, bila habis semua persembahan, MC pun mengumunkan bahawa acara pun melabuhkan tirainya. Dan semua tetamu yang datang mula bersurai.


Persembahan "Quick Change" special dari Spain.

Persembahan tarian dan peragaan baju P1 W1MAX...

Ni pulak, persembahan Lady Lazer" special dari Australia...

Semua tetamu mula bersurai!

Sekali lagi gambar award yang aku dapat!

Beg yang diberi kepada tetamu yang datang. Besh!!!

Gambar yang aku dan Along ambil pada awal tadi.

Aku dengan Along di pelancaran rasmi P1 W1MAX.

p/s: Melakar sejarah peribadi!

0 comments: