Ken Lee!

Korang sure penah dengar nama William Hung kan? Penyanyi yang suara dia tak sedap giler tapi dapat jadik terkenal sebab suara ngan kepelikan orangnya. Tapi korang penah tak dengar nama Valentina Hasan? Hehehehe... Dia ni kira macam William Hung jugak la versi perempuan. Berasal dari Bulgaria. Cuba untuk masuk Music Idol di sana dan menyanyikan lagi Mariah Carey. Lagu tersebut adalah "Without you" tetapi menjadi tajuk "Can't live" oleh Valentina Hasan. Kalau betul dia sebut "Can't live" tak per la jugak, tapi dia sebut "Ken Lee"

Aku pecah perut bila tengok dia menyanyi lagu tu. Dengan broken English yang tak hingat. Tapi satu la aku respect sebab dia berani menyanyikan lagu tu tanpa segan silu. Sekarang, dia dah menjadi famous di sana seperti William Hung. Dan versi lagu Valentina Hasan iaitu Ken Lee telah menjadi ikutan komuniti Youtube. Tak percaya, korang search "Ken Lee" dan tengok berapa ramai Youtubers yang menyanyikan lagu Without You versi Ken Lee ni.

So, tengok la 2 video klip di bawah. Mesti korag nak gelak pecah perut nyer! Hehehehe... Enjoy


Audition


Show

0 comments: