Lisa Loeb!

Lisa Loeb? Tau ke sapa tu? Sebenarnya, Lisa Loeb ni penyanyi indi yang nak kata popular tu, ntah la. Kat sini, memang la tak beberapa popular, tapi kalau kat US tu, rasanya terkenal jugak la. Lisa Loeb ni boleh jadi terkenal sebab 2 perkara. Pertama; sebab dia ni adalah penyanyi pertama yang dapat no. 1 dalam carta Billboard 100 sebelum menandatangani mana² syarikat rakaman/label. Yang kedua adalah disebabkan dia ni adalah penyanyi pertama yang mempopularkan pemakaian cermin mata (ala² tahun 60an).

Umur dia sekarang dah pun masuk 40 tahun. Tapi still lagi nampak kiyut! Lahir pada 11 Mac 1968 (harijadi aku 11 Mac), hehehehe.... Sama tarikh dengan birthday aku. But satu jer yang tak best, dia ni orang Yahudi. But hey! Aku bukan rasist! Tapi, aku tak nak cakap apa² pasal menda tu. Apa yang penting, aku suka bakat dia dalam nyanyian dan lagu dia memang best.

Bermula dengan hit single dia yang mempopularkan dia, Stay... Kemudian dia mengeluarkan album pula Tail, diikuti dengan Firecraker, Cake and Pie, Hello Lisa (Cake and Pie rerelease), Catch the Moon, The Way It Really Is dan yang terbaru Camp Lisa...

Tiap kali aku mendengar lagu Stay, sure aku akan terkenang waktu aku bersekolah di asrama dulu. Lagu Stay lah yang menjadi kegilaan ramai bebudak sekolah dan ianya terus menjadi nostalgia pada diri aku. Sampai sekarang, Lisa Loeb masih lagi menjadi penyanyi kegemaran aku. (^_^)


p/s: Lihat bakat, bukan pada latar belakang dia!

0 comments: