Hari tidur...

Ehehehehe... I consider myself that today is my sleeping day. Kenapa? Sebab aku hanya menjalankan aktiviti tidur sahaja pada hari ini. Aku memang sengaja mengambil cuti pada hari ni sebab nak menghabiskan baki sisa cuti yang ada. Maklumlah... Sebab semalam dah berjalan sakan meraikan perkahwinan Lan dan Shahrul, hari ni duduk kat rumah dan membuat tahi mata jer la...

Ingatkan nak ler buat laporan laporan perkahwinan Lan dan Shahrul kat Blog Jaquezee, tapi ramai lak tak bagik gambo memasing. Aku semalam memang tak ambek gambar sebab aku tak bawak kamera. Cuma Yan dan Liya jer yang bawak. Nak harapkan kamera phone aku ni... tak payah la. Tugas mengambil gambar heavy duty nih tak mampu nak dia buat...

Tapi aku tetap akan upload memana gambar kat phone aku nih yang mana sempat aku snap....

Meanwhile, pertiduran aku akan bersambung malam nih. Esok kerja! Hehehehe...

0 comments: