Site lama yang tak jadik nak pupus!


Hehehehe... Satu lagik menda yang aku jumpa masa aku menggodek url² lama. Aku hingatkan, site ni dah lama pupus, rupa² masih hidup lagik. Nostalgia giler!

Site ni aku develop tahun 2001 yang tak sempat nak aku siapkan. Aku tinggalkan separuh jalan. Mungkin sebab aku susah nak online kot ketika tu. Maklumlah. Asik ulang alik CC jer. Sejam dah RM2, nak menyiapkan mungkin gak berjam². Yang aku ingat, aku dah lost interest ngan site ni dan aku abandon jer macam tu...

Waktu ni, aku masih lagi gila dengan komuniti Melayu.com dan aku menyertai semua aktivitinya... Semua yang terkandung dalam site tu adalah berkisar tentang perjalanan hidup aku waktu bersama dengan Melayu.com. Terkenang balik suasana meriah ketika tu. Nostalgia betul... Bagik korang yang nak gi site tu, boleh la gi kat alamat nih:

My Xone

Hehehehe...

0 comments: