Selamat Harijadi Bonda!

Pepagi lagi aku bangun untuk ke pejabat... Dalam perjalanan nak ke lrt, tetiba aku nyer telefon berbunyik. Hehehehe... Alarm yang dah aku set tidak lama dulu mengatakan hari ni harijadi mak aku. Tanpa lengah terus aku mendail nombor telefon kampung aku kat Perak. Kalau aku tak buat sebegitu, dah tentu aku akan lupa kemudiannya. Sementara berjalan, aku mendengar bunyi dailan yang sedia untuk diangkat...

Syahira mengangkat telefon dan kemudiannya memberikan kepada mak. Seronok dapat mendengar suaranya. Aku mula bertanya khabar dan kemudian mengucapkan "Selamat Hari Jadi" kepadanya. Nada seronok jelas kedengaran di hujung telefon. Sesungguhnya, aku yang berada di sini turut juga merasakan keseronokan apabila mengetahui bahawa ibunya masih lagi sihat dan walafiat...

Kepada mak, Ijann mengucapkan Selamat Hari Jadi... Ijann selalu mendoakan supaya mak akan sentiasa sihat dan panjang umur. Ijann dan adik beradik akan sentiasa menyayangi mak tak kira apa yang berlaku. Sekali lagi "Selamat Hari Jadi"...

0 comments: