Spring cleaning!

Hari Sabtu hari tu, kitaorang kena mengemas dan membersihkan opis. Semua gara² sistem 5S yang diimplementkan kat hospital. Nak tak nak, kena la ikut. Meja yang penuh dengan barang² peribadi seperti poster, patung² plushies, gambar², bunga dan sebagainya, kini hanya tinggal barangan asas sahaja. Di atas meja hanya tinggal telefon, rak, fail dan alatulis sahaja. Manakala di kaki pulak, yang dulu penuh dengan kasut dan selipar, kini semuanya kosong. Huhuhuhu... Dull giler tempat!

Tempat aku yang macam orang baru kerja. Heh heh heh!!!

Masing² tengah bizi mengemas meja memasing.

Adli tengah pilih antara menda² kerja dan sampah.

Azman yang tengah shred memenda dia yang dah menjadi sampah.

Banyak kan sampah? Hehehehe...

Kak June yang tengah mengemas tempat kerja dia.

Tempat Kak Shima yang paling serabut di office. Inilah yang dikatakan "Junk megnet".

Tapi, rasa²nya, tempat ni tak la selamanya macam ni aku rasa. Mungkin lepas 5S edit, tempat masing² akan dipenuhi kembali dengan barangan² peribadi. Hehehehe... Mana tak nya, kalo meja kosong macam budak baru masuk kerja, sungguhlaaaa busan! Hahahai!!!!

0 comments: