Spring cleaning 2

Malam tadi adalah operasi pembersihan untuk aku. Bermula dari membuang barang² yang tak aku perlukan, mengemop lantai sehinggalah mencuci baju (yang bertimbun). Ehehehehe... Bukan apa. Sebab esok paginya ada orang nak datang! Ekekekeke... Lagi pun, dah lama aku membersihkan bilik secara besar²an cam nih. Bertimbun jugak la sampah yang terhasil.

Aku setat mengemas sebaik sahaja aku selesai membasuh baju lebih kurang jam 11.00 malam. Sehinggalah siap pada jam 5.00 pagi tadi. Penat? Jangan cakap la...

Sebelum...

Barang² yang aku longgokkan atas katil sebab nak sisihkan memana yang aku nak buang!

Adeh! Sana sini sampah! Tapi, game tetap gak jalan! Hehehehe...

Bahagian AV yang masih belum berkemas. Amek gambo dulu!

Mak aih! Sampah banyak giler!

Selepas...

Tadaaa... Bahagian atas PC yang dah aku kemas. Penuh dengan cenderamata yang aku dapat.

Bahagian AV yang dah siap berkemas! PS3 tengah running Folding@Home.

Ni plak rak majalan dengan CD. Banyak giler menda yang aku buang! Buat nyemak jer. 

Meja PC yang dah dikemas. Lalalala...

Seluar siap sangkut kat hanger tuh!

Ni plak, bahagian atas rak majalah yang dah aku kemas dengan bebarang aku. Tapi satu jer spoil, pokok buluh aku dah layu! Huhuhuhu...


Gitu ler aktiviti aku malam tadik. Kemas dan mengemas dan terus mengemas. Puas hati gak la. Banyak menda yang memang aku nak buang dah pun aku buat. Kire spotless la bilik aku sekarang nih. Nak titun pun besh! Hehehehe...

p/s: Gurl! Aku dah upload gambo aku ngemas. Hehehehe...

0 comments: