The day at MGS4 launch

Aku ambil cuti 2 hari semata² nak menghadirkan diri kat Official Launcing Metal Gear Solid 4. Bukan selalu pun ada event cam ni kat Malaysia ni. So, sebagai salah seorang kipas-susah-mati MGS nih, ni adalah satu pengorbanan (kunun!). Tapi, dikira pelik jugak la event ni sebab PS3 belum lagi officially launch kat sini, dia launch dulu software/game dia. Hehehehe... Tapi tak kisah la. Aku dah ada PS3. Yang aku nak game dia jer.

Bunting betul dan tidak menipukan! Hehehehe...

Bunting "Old Snake" depan TecAsia...

Aku bertolak ke Low Yatt lebih kurang jam 12.30 tengahari menaiki teksi (since kaki aku masih lagi sakit!). Ingatkan nak la gi jejalan dulu, baru la gi sana. Tapi bila melangkahkan kaki je kat tingkat 4 tu, tau² jer depan TecAsia tu dah ada orang beratur panjang. Hehehehe... Tak boleh jadik ni. Aku pun nak kena beratur gak. Amek nombor. Waktu ketika itu adalah dalam 1.30 petang. Hahahahaha... So, aku pun melanding la sama depan TecAsia tu bersama kipas² yang lain.

Orang ramai yang lalu-lalang terasa pelik gak tengok kite orang. Mungkin sebab tengok kitaorang duduk sambil main game kot. Ada yang baca majalah, ada yang dok bersembang. Pelik kot tengok apa yang kitaorang tunggukan. Aku plak bukak PSP aku dan bermain game. Pada waktu ni, tak ramai lagi yang beratur. Termasuk aku, adalah lebih kurang dalam 20++ gitu. Aku tak kira pun. Lebih kurang jer la.


Line yang terhasil ketika aku baru sampai...

Mula duduk dan menyelesakan diri...

Lebih kurang dalam jam 4.00 petang cenggitu, aku masih lagi duduk beratur. Waktu cenggini le mula dah terasa bosan. Nak bangun pun ada gak rasanya. Tapi, aku gagahi jugak menunggu di situ. Waktu cenggini la aku sibuk meng"sms" kengkawan aku; Lan, Shahrul, Mak Ngah, Gurl... Adik aku sama gak. Bagi dia report tentang kejadian yang sedang berlaku.

Tup tup... Mak Ngah bagik mesej kata nak jenguk aku jap since dia dah ada kat Time Square (dating kot!). Aku terus mintak tolong dia belikan aku 7up ngan Chizel. Lapo plak rasanya perut nih. Sib baik la aku dah makan sebelum datang sini.

Lepas saja Mak Ngah beredar dari tempat kejadian, orang yang beratur, makin lama makin ramai. Maklumlah dah habis kerja. Ramai la yang berpusu² nak ke TecAsia nak mendapatkan game ni. Aku pulak dah mengukuhkan kedudukan aku di antara orang terawal datang. So, aku di tempat yang depan la. Seronok pulak rasanya.

Waktu ni jugak lah, staff TecAsia mula memasang booth² untuk kipas² semua mencuba permainan PS3, manakala kat dalam pulak, booth permainan untuk MGS4. Shutter dah mula ditutup di satu entrance berdekatan dengan entrance di mana kipas² sedang beratur. Ni mungkin sebab tak nak kipas² yang beratur tu dapat spoiler daripada demo yang derang sediakan. Bagi aku, bagus gak. Tak thrill la kalau dah tau...

Dah bermacam² posisi aku duduk ketika ni. Bersila, bersimpuh, berselunjur... Semata² nak menghilangkan rasa kebas di kaki. Hehehehehe... Mana tak nyer. Dari pukul 1 ko! Waktu tu plak dah nak dekat pukul 6.00 petang dah. Lama sungguh aku menunggu! Kawan² seforum gak ramai yang dah sampai. Jumpa la bebudak dari Bincang.NET, Play-Beyond.NET... Yang dari Lowyat.NET pun ada. Sempat jugak la aku berkawan dengan kawan baru since derang pun dah lama menunggu cam aku. Boring², bersembang la kitaorang pasal MGS4 nih.

Booth untuk try game terbaru PS3...

Kaki aku! Tengah dok berselunjur. Kaki kebas maa...

Kipas-susah-mati semakin ramai beratur...

Bila jam 9.00 malam tiba, orang yang menunggu makin ramai. Kawasan hadapan TecAsia tu plak dah macam tak bley nak menampung orang yang ramai tu. But, what the hell. Semuanya peminat Snake. Kalau tertinggal event cam ni, rugilah!

Antara yang sedang duduk menunggu...

Booth PS3 yang memainkan game MGS4...

Tibalah saat nya. Tepat jam 10 malam, MC dah mula buat pengumuman mengenai tentang penjualan MGS4. Kaunter akan dibuka tidak lama lagi dan kipas² yang hendak membeli dikehendaki masik secara bertiga² (sebab hanya 3 kaunter saja yang dibuka. So, ramai la yang mula bangun dari tempat duduk masing². Mula securekan position yang dah dicop awal².

MC pulak, sementara petugas² kat dalam ready untuk menerima pelanggan, mula la menginterview 4 orang yang datang paling awal. Derang akan dapat hadiah dari TecAsia berupa figurine MGS4 nih. Untung betul derang. Kira berbaloi gak la derang ni beratur pada pukul 7.00 pagi.

Bila dah habis interview, barulah yang lain dapat masuk dan membeli copy of MGS4 tu. Seronok nyer. Waktu menunggu giliran untuk mendapatkan MGS4, derang bagilah penanda buku sebagai kenangan. Sesiapa yang dapat penanda buku berkaler gold, derang entitle untuk membeli MGS4 Limited Edition dengan harga standard. Aku pun beli gak MGS4 Limited Edition tu, tapi ngan harga dia la since aku tak dapat penanda buku gold. Kira aku lucky gak la sebab dapat membelinya sebab ada 20 sahaja yang ada dalam simpanan derang. Tak rugi aku beratur lelama. Hehehehe...

MC mula bagi penerangan tentang pembelian MGS4...

Huk huk huk huk!!! Dapat penanda buku putih jer. Apsal la tak dapat gold nyer!

Di kaunter. yang dah lepas membayar, senyum ajer dia!

Aku dok dalam line lagik. gambar disedut dari Play-Beyond.NET...

Siap je beli, semua orang bermuka puas hati. Aku pun sama. Tapi acara belum habis lagi. Acara kemudiannya adalah lucky draw. So, tak dapat la balik lagi. Dalam masa menunggu tu, bersembang la aku dengan bebudak forum sambil bergambar.

Tokei Play-Beyond.NET; Ninja...

Bila semua dah membeli, maka bermula la acara lucky draw. Best giler hadia dia. Tibi Bravia, home theater, figure Old Snake ngan MGS4 PS3 bundle. Besh besh! Semua orang yang masih lagi belum balik, semuanya berkumpul kat depan TecAsia sebab nak tau derang dapat ker idak. So, cabutan pun dibuat...

Tapi aku tak dapat. Huhuhuhu... Kuciwa! Tapi tak kisah aaaa... Dapat MGS4 pun dah kire besh!

Acara cabutan bertuah...

Yang lain plak tengah sibuk test MGS4...

Line dah mula kosong. Semua dah dapat MGS4...

Ni la hadiah cabutan bertuah. Best giler. Tapi aku tak dapat!

Penanda buku yang dikumpul oleh Alang...

Acara pemberian lucky draw...

Abis jer acara lucky draw tu, semua orang bersurai. Aku pun balik sama dengan adik aku Alang yang datang menjemput aku kat Low Yatt tu. Since dia pun Metal Gear Head gak. So, balik nanti boleh la dia test drive MGS4 yang dah lama kitaorang tunggu. Yey!!! Penantian dah berakhir. Aku boleh main MGS4 pas nih!!! Hehehehe...

I've secured mine oredi! Ready to rowks!!!

p/s: Aku tido kul 5.00 pagi pagi tadik! Best giler game nih!

0 comments: