Aktiviti awal pagi minggu...

Tiba sudah hari Ahad. Hari yang aku tunggu². Hari ni, aku terjaga agak awal. Mungkin sebab aku tidur dalam keadaan yang tidak selesa malam tadi. Mana tak nyer. Aku tidur kat kepala katil sambil mengadap tv yang ntah berapa lama terbukak. PS3 plak dalam mode screen saver. Huhuhuhu... Aku bangun and then terus aku tutup tv dan PS3 (connection dah putus sebab terlalu lama idle...)

Tengok jam dah pukul 6.15 pagi. Terus aku capai pakaian aku yang belum berbasuh dan terus aku humban dalam mesin. Al-maklumlah, kuasa dihujung jari la katakan. Then aku masuk bilik air, gosok gigi dan basuh muka. Masuk bilik pas tu terus on pc, get connected sebab nak baca sokkabo online ari ni...

Dah bosan membaca sokkabo ngan headline yang tak berapa menarik, aku bukak la bookmark aku yang ada beberapa link yang slalu aku lawati. Terutama 2 blog yang aku langgan feednya. Senang kalau² ada post terbaru.

Ada satu post terbaru dari Ben. Memang dah lama dah dia tak update blog dia tu. Kengkadang wonder gak la apa yang terjadik. Bizi ke... Tak der idea ke... Tau² dia post yang mengatakan dia tengah membawa diri. Dia nak mengurangkan beban yang bersarang kat kepala dia. Hemmmm... Biasalah! Menjadi manusia yang makin meningkat dewasa ni memang cenggitu. Penuh dengan masalah dan dugaan. Walaupun aku tak kenal ko, tapi dengan membaca blog ko tu, sedikit sebanyak aku turut merasakan kesedihan yang sedang ko lalui. Semoga semuanya akan baik seperti sediakala...

Lepas tu, masuk plak blog sorang lagi ni. Pun orang yang aku tak kenal, hanya kenal melalui pembacaan post yang dia buat melalui blog dia. Sedang aku browse post² lama dia, barulah aku tahu yang dia ni orang kampung aku jugak. Adalah post² lama dia mengenai pekan di kampung aku dan juga beberapa tempat yang agak familiar pada aku.

Then, aku tulis blog ni. Aku tulis ikut apa yang terlintas di kepala aku sambil kepala aku ni asyik menoleh ke arah tv. Bukan tengok berita ke apa, tengah tengok progress pen"download"an PS3 di Playstation Network...

Later I post some more! Hehehehe...

0 comments: