Weight loss program...

Semenjak dua menjak ni, aku memang rasa badan aku semakin lama semakin berat. Bukan semenjak dua menjak sebenarnya, tapi beberapa bulan yang lalu. Mungkin semasa aku mula bekerja di hospital... Semain hari, semakin berat. Mungkin aku stress kot! Ye la, aku kalau semakin stress, semakin banyak aku makan. Hehehehe...

So, bermula hari ni, aku dah memulakan program menurunkan berat badan. Aku nak menghilangkan lebih kurang 30 kilogram lemak yang ada kat badan aku ni. So, mungkin korang dapat melihat keputusannya 2 atau 3 bulan kemudian. Hehehehe...

Aku hari ni selepas kerja, aku terus ke Sogo untuk membeli timbang kati... Ecececece... Macam daging la pulak, aku gi beli weighing scale. Nasib baik kat Sogo tu tengah ada sale. Weighing scale yang aku beli kurang 10 sen untuk menjadi RM30.00. Tanpa berlengah, aku pun terus membelinya dan membawanya pulang ke rumah.

So, excited to start the program, I opened the weighing scale wrapper dan kemudian terus aku membuang semua benda² yang memberatkan badan aku ni. Bila aku tunduk nak tengok berapa berat aku, masyaAllah! Berat giler!!! Inilah berat paling berat sepanjang hidup aku. Huhuhuhu... Tak payah la aku bagitau berapa berat aku tu, cuma apa yang boleh aku cakapkan adalah berat aku tu amat² mengejutkan aku. Tepat² pulak tu, tak lebih dan tak kurang... Waaaa... 30 kilo aku kena kurangkan supaya BMI aku stabil balik!!!

Then aku ambil measurement chest, waist dengan hip aku! Aku rekod dalam buku nota bersama² dengan berat aku yang amat menakutkan! Maka bermulalah journey aku untuk menjadi kurus!

Ijann... Ganbatte! Ijann... Ganbatte! Ijann... Ganbatte! p(^_^)q

0 comments: