Cameron Highland Trip - Day One


I'll be posting about Cameron Highland Trip on 3 parts, and this post will also be posted in Jaquezeean's Blog.

Note: This is not a final post. New pictures may be added later...


Hari Jumaat yang lalu, kesemua 12 orang (9 ahli Jaquezee dan 3 ahli jemputan) yang mengikuti trip ke Cameron Highland telah berkumpul di Green Park dengan beg dan bekalan masing². Masing² tengah excited nak memulakan perjalanan ke Cameron Highland (especially aku sebab inilah first time ke sana).

Antara mereka yang pergi adalah:

- Ijann
- Ijat
- Lan
- Shahrul
- Bard
- Sue
- Man
- Yan
- Mak Ngah
- Ida
- Ana
- Reza

Sambil menunggu yang lain² sampai terutamanya yang jauh (Lan, Yan dan Man), kami yang lain mula mengambil sarapan pagi untuk mengalas perut. Maklumlah perjalanan jauh. Comes prepare la.


(Sedang menunggu ahli² lain datang)

Bila Man, Yan dan Lan sampai, kami pun mulalah membuat sedikit kerja pengemasan untuk memuatkan barang² BBQ biar senang apabila sampai ke sana nanti. Kami mula pack ayam BBQ kami ke dalam kotak polisterin yang diisi dengan ais supaya ayam tidak busuk. Termasuk la jugak dengan nugget, kentang goreng, sosej dan sebagainya.


(Separuh daripada barang² yang kami bawa)


(Ijat sedang menyusun barang makanan di dalam kotak polysterin)

Bila semuanya sudah siap, maka kami mulakan pula mengemas barang² ke dalam kereta yang telah ditetapkan masing². Oleh kerana kami semua ada 12 orang, maka hanya 3 kereta sahaja yang kami gunakan. 4 orang setiap kereta, manakala pembahagian kereta adalah seperti berikut:

Kereta Lan:
- Lan
- Shahrul
- Ana
- Reza

Kereta Sue:
- Ijat
- Sue
- Mak Ngah
- Ida

Kereta Man:
- Man
- Yan
- Ijann
- Bard




Selepas semuanya beres, kami pun memulakan perjalanan ke Cameron Highland dengan hati yang girang (ala² sedang berlari ke arah cahaya matahari yang sedang tenggelam...). Lebih kurang dalam jam 9.00 pagi.

Berikut adalah off topik sekejap setelah direquest oleh Yan (huhu!):

Semasa Yan sedang makan bihun goreng di dalam bekas tapaunya, dia terjumpa kulit telur di dalam telur matanya). Berikut adalah gambar kulit telur tersebut!


(Nampak tak kulit telur tu?)

Perjalanan kami yang mengambil masa lebih kurang 3 jam ke Cameron Highland, terpaksa melalui dahulu negeri Perak, sebelum kami mengambil simpang di Tapah untuk meneruskan perjalanan ke Cameron Highland.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami berhenti dahulu untuk mengisi minyak, membeli air dan rokok dan kemudiannya meneruskan kembali perjalanan ke tempat tujuan.


(Jari aku menunjukkan kereta Lan)



Pendakian kereta ke Cameron Highland memang sedikit mencabar tubuh badan. Dengan keadaan jalan yang bengkang bengkok bak "ular kena pukul" :p, masing² mengadu sakit kepala dan pening². Nasib baik tak ada di antara kami yang berhenti untuk muntah (nasib baik prepare awal²).

Sepanjang perjalanan ke atas, dapatlah kami melihat pemandangan kampung orang² asli yang berada di pinggir² jalanraya yang kami lalui. Walaupun keadaan mereka kelihatan daif dan miskin, namun sangkaan kami semuanya meleset apabila melihat kebanyakan rumah mereka ada yang dilengkapi dengan Astro dan kemudahan lain. Kira mereka ni nampak moden sikitlah. Tak macam yang kita sangkakan selama ni.

Kami berhenti seketika apabila sampai di pertangahan puncak Cameron Highland. Lan yang merupakan kepala bagi trip ini, telah membawa kami melawat seketika kedai teh yang berlatar belakangkan ladang teh (sebagai prelude kepada apa yang akan kami lalui sepanjang trip ini nanti). Punyalah excited kami semua, sehinggakan kami semua sibuk mengambil gambar kenang²an di situ, padahal trip baru saja nak bermula, (sungguh tamak haloba semuanya!)




(Meneruskan kembali perjalanan.)

Kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland iaitu di Tanah Rata. Di sinilah kami akan sattle down untuk 2 malam berikutnya. Tempat yang dimaksudkan adalah sebuah banglow (English Cottage) di kawasan penyelidikan Mardi (yang juga merupakan kawasan rumah rehat di Tanah Rata).

Tapi, sebelum kami dapat menduduki rumah itu, kami pergi dahulu ke kawasan tempat makan bernama "Orchid Food Corner" tidak jauh dari kawasan English Cottage tersebut untuk makan tengahari. Apa yang menariknya di sini adalah, semua ahli² Jaquezee kelihatan begitu lapar sekali pada waktu ini. Semua ahli² (kecuali Bard) kelihatan mengambil makanan tengahari dengan berebut² seperti sudah tidak makan nasi selama seminggu. Ini dapat dibuktikan apabila setiap ahli yang makan hanya meninggalkan pinggan yang kosong dan licin...



(Pasangan dua sejoli)



Setelah semuanya kenyang, kami bergerak ke kawasan penjualan barang² cenderamata yang tidak jauh dari situ. Tapi tak ada sesiapa yang kelihatan berminat untuk membeli kerana dirasakan waktu terlalu awal untuk membeli segala cenderamata dari situ.

Apabila tiba masanya kami menduduki banglow yang kami sewa, masing² ghairah untuk melihat seisi kawasan dalam banglow tersebut. Masing² meluahkan rasa puas hati dengan banglow tersebut. Memang sebuah rumah yang cantik dan mewah.



(Dah sampai ke English Cottage)


(Bard bergaya di depan English Cottage)


(Ijann plak yang bergaya)



(All good!)

Apabila semuanya dah sattle, kami berehat sebentar di ruang tamu beramai². Ada yang terbaring, ada yang telentang, ada yang duduk mencangkung... Sambil melihat semula "Raja Lawak" semi-final. Masing² berderai hilai tawa menontong lawak² kat tv tu.


Suasana keadaan luar yang hening dan sunyi, ditambah pula dengan keadaan yang dingin menyebabkan masing² hanyut. Ada yang terlena, dan ada jugak yang keluar sebentar untuk melihat keadaan luar yang nyaman. Memang tidak dapat nak dinafikan bahawa keadaan di luar memang cantik dengan taman² pelbagai bunga berwarna-warni menghiasi sekeliling banglow. Ada juga kolam, air terjun dan air pancut di hadapan banglow.

Dan aku selaku reporter trip dan juga unofficial photographer, tak terlepas nak mengambil gambar keadaan sekeliling banglow itu. Antara gambar² yang dapat diambil adalah seperti yang berikut ini:




Aktiviti pertama yang kami buat adalah persediaan untuk BBQ pada malamnya. Lan, Man, Bard, Reza dan Ijat telah ditugaskan untuk menghidupkan bara arang. Manakala Shahrul, Mak Ngah, Sue, Yan, Ida dan Ana pula ditugaskan untuk menggoreng kentang, coleslow, nugget, air dan sebagainya sinonim dengan kerja² perempuan.

Apabila arang sudah menjadi bara, lelaki yang ditugaskan untuk memanggang ayam, ikan dan hotdog pun memulakan tugas mereka. Makan masa jugalah kerja² ni. Bermula dari jam 6.30 petang sehinggalah jam 8.30 malam.










Apabila semuanya tersedia, seorang demi seorang mula meninggalkan ruang dapur dan menuju bilik masing² untuk membersihkan diri. Sebaik sahaja semua siap membersihkan diri, maka acara makan pun bermula. In-conjunction dengan harijadi aku yang lepas, majlis makan² ini juga diadakan untuk celebrate harijadi aku yang ke-30 (Pueh ati korang? Ekekekeke...) Sebiji kek tiramisu yang aku beli dari "Secret Recipe", aku boh decoration "JQZ" diatasnya sebab aku nak celebrate sama dengan kengkawan Jaquezee yang lain.

Di waktu makan² diadakan, kami semua menonton beramai² pertandingan "Raja Lawak" akhir yang memang telah menjadi salah satu aktiviti yang dirancangkan. Siaran langsung yang ditayangkan di Astro menemukan Nabil sebagai pemenangnya; seperti mana yang telah kami jangkakan sebelum ini...

Makan dan makan dan makan lagi kemudiannya...



(Man membaca doa sebelum majlis bermula)





Berakhir sahaja Raja Lawak, maka berakhirlah aktiviti kami pada waktu ini. Masing² membersihkan meja dan lebihan makanan tadi. Ada yang telah tertidur kemudiannya, dan ada juga yang meneruskan aktiviti permainan kad terup.


Hari ini berakhir seperti yang telah dirancang. Masing² hendak menghabiskan hari ini dengan berehat sebelum bermula dengan aktiviti esok. Nak tau aktiviti apa yang kami lakukan, tunggu aje la esok bila aku postkan part 2 "Cameron Highland Trip - Day Two".

Bersambung...

0 comments: