I'll be posting about Cameron Highland Trip on 3 parts, and this post will also be posted in Jaquezeean's Blog.
Note: This is not a final post. New pictures may be added later...
Hari kedua kami di Cameron Highland sungguh menarik. Hari bermula dengan semua ahli bangun lewat akibat kesejukan melampau yang mencucuk tulang hitam. Masing² tidur dalam kedudukan post-natal dan ada juga yang menjadi orang² eskimo sesat.
Aku adalah orang pertama bangun daripada tidur (lebih kurang jam 6.00 pagi) dan bergegas ke bilik mandi. Menjadi satu kesukaran untuk aku meneruskan permandian kerana air yang keluar dari lubang shower sungguh dingin yang kalau dibandingkan dengan air masak yang disimpan di dalam peti sejuk, lebih kurangb sama suhunya. Siap mandi, aku terus bersiap...
Setelah beberapa ketika kemudian, yang lain² pula bangun dari pertiduran. Masing² kusut masai. Inilah kali pertama aku tengok wajah² ahli Jaquezee yang lain bangun tidur. Hehehehe... Kelakar jugak ek! :p
Bila semua sudah bangun, kamu telah diarahkan untuk keluar dari rumah oleh ketua trip iaitu Lan (tak mandi pun semuanya, basuh muka je!). Kami diarahkan untuk berjalan pagi di sekitar kawasan penyelidikan Mardi. Ini kerana waktu awal pagi adalah waktu paling sesuai untuk ke kawasan itu. Waktu pagi juga adalah waktu terbaik untuk menghirup udara segar di kawasan ini.
Yang ada pada waktu ini adalah; Ijann, Lan, Shahrul, Ijat, Ana, Reza dan Ida. Manakala yang lain masih lagi sedang bersiap dan belum bangun. Kami memulakan dahulu perjalanan ke kawasan kebun bunga dan ladang teh. Sambil menunggu mereka, sempat juga kami berposing! Hehe...
(Posing dalam kesejukan pagi... Semua blom mandi kecuali aku! Haha!)
(Tengok menda yang tak wujud!)
(Hahaha... Aku di puncak dunia... Kunun!)
(Semua belum mandi! Kecuali aku!)
Oleh kerana ini adalah peluang yang jarang didapati, dengan secara suka relanya aku pulang semula ke banglow untuk memanggil yang lain; Sue, Mak Ngah, Man dan Yan. Di samping aku nak mengambil tripod yang tertinggal.
Apabila semuanya telah berkumpul, kami memulakan perjalanan menuju kawasan ladang teh di atas bukit. Kami memanjat kawasan berbukit itu sehinggalah ke puncak di mana terdapat sebuah pondok untuk melihat kawasan sekeliling.
Di pondok ini, kami berehat seketika (angin bertiup kencang, sejuk banget!) sambil mengambil gambar beramai² dengan kamera Yan (bantuan tripod digunakan, maaf belum lagi dapat masukkan gambar dari kemera Yan). Selepas bergambar kami pun turun semula ke kawasan penyelidikan Mardi.
(Kabus di puncak...)
Tempat pertama yang kami pergi selepas turun dari ladang teh adalah Taman Ros. malangnya tak banyak bunga² ros yang ada di sini lagi sebab menurut Lan, bunga² di situ kebanyakannya telah dituai. Huhuhu...
(Signboard Taman Ros...)
(Bunga² ros yang sedang mekar...)
Seterusnya Lan membawa kami ke kawasan penanaman buah epal dan anggur pula. Malang lagi buat kami kerana buah² epal dan anggur tidak berapa hendak berbuah. Walaupun kami dapat juga melihat buah² epal yang berbuah dan juga gugusan anggur di atas para tempat tanamannya, namun tidaklah banyak. Hanya terdapat sedkit sahaja. Ada yang masih lagi putik dan ada yang masih lagi kecil. Tapi tak kisahlah, janji kami dapat melihat pokok epal dan anggur yang sedang berbuah.
(Pokok epal yang tak berapa nak berbuah...)
(Jakun sekejap!)
(Nampak tak buah anggur?)
Seterusnya, Lan membawa kami ke tempat yang menjadi tempat yang kami tunggu² iaitu ladang strawberri. Lawatan kami ke tempat ini memang tidak menghampakan. Ladang strawberri yang tak bermusim ni penuh dengan buah² strawberri yang masih muda dan yang masih muda.
Berpuluh² deretan batas yang dipenuhi dengan pokok strawberri. Nampak comel je. Kalau ikutkan hati, nak je petik satu², tapi tak sampai hati, comel sangat! Hehehehe...
(Buah strawberri yang comel...)
(Yum yum!!!)
(Banyaknyer pokok strawberri...)
Kami akhiri lawatan kami di kawasan penyelidikan Mardi ni di kedai menjual strawberri dan dadih. Tapi antara kami tak ada yang membeli kerana tidak membawa wang. Maklumlah, bangun tidur terus diajak keluar rumah dan melawat kawasan Mardi. Hehehehe... Namun ada jugak ahli Jaquezee yang baik hati dan membelikan dadih untuk dikongsi bersama.
(Tengah tunggu nak beli dadih strawberri...)
Perjalanan pulang kami ke banglow boleh dikatakan agak perlahan disebabkan ada di antara kami yang bergambar semasa berada di kebum bunga, ada yang membeli nasi lemak untuk sarapan...
(Jari Ijat yang tengah memegang lebah...)
(Aku yang sedang memegang matahari...)
(Tu konon berteduh dari hujan la tu? Hehehehe...)
Setelah kami semua bersarapan (nasi lemak), kami semua bersiap² untuk memulakan aktiviti yang seterusnya iaitu rombongan Jaquezee ke kawasan² menarik di Cameron Highland. Yey! Semua orang dah mandi! Baru la wangi! Heh heh heh heh!!!
Kami semua mengenakan t-shirt rasmi Jaquezee yang telah direka oleh Lan. Masing² kelihatan bergaya dengan t-shirt Jaquezee ni, al-maklumlah baju baru (tapi nampak boria, hahahaha...!)
(Kami yang chomel!...)
Apabila semuanya sudah bersedia, kami memulakan perjalanan tepat pada pukul 11.00 pagi. Lokai pertama yang kami pergi (dibawa oleh Lan) adalah ladang teh Boh. Perjalanan ke ladang teh Boh boleh dikatakan menarik kerana kami terpaksa melalui jalan yang amat sempit dengan bahagian tepinya adalah cenuram; yang bawahnya adalah merupakan pokok² teh. Tiap kali kami melalui selekoh tajam, Lan yang berada di hadapan akan membunyikan hon, dan kereta yang di belakang pula membalas dengan 2 kali hon. Masing² berebut² untuk membalas hom daripada Lan...
Apabila sampai sahaja ke ladang teh Boh, kami semua memulakan pendakian ke kawasan lawatan muzeum/kilang teh Boh yang agak tinggi. Di sana, kami melihat pameran yang di adakan dan kemudiannya ke kilang teh Boh.
(Ladang teh Boh!)
(Papan tanda ke kilang teh Boh...)
(Antara mesin² yang dipertunjukkan di muzium Boh...)
(Sedang menunggu yang lain habis nyoping...)
Habis lawatan ke kilang Boh, kami singgah di kawasan membeli cenderamata. Ramai gak la antara kami yang membeli teh di situ. Memang terdapat kotak² khas yang boleh dijadikan cenderamata untuk dibawa pulang.
Kami kemudiannya singgah pula di kafe Boh yang berada di anjung. Kami melepaskan penat dan lelah di sini dengan membeli minuman panas (semuanya teh Boh!) dan juga melapik perut dengan sandwich.
(Minum teh di anjung kilang Boh...)
Destinasi seterusnya adalah ke ladang lebah. Kali ni pula, kami menuruni bukit untuk ke kawasan lembah. Di kawasan ini terdapat puluhan kotak² yang menjadi sarang. Dan di kawasan ini juga terdapat bermacam² bunga yang ditanam untuk tujuan tersebut. Walaupun begitu, lebah² ini tidak langsung menyerang, malah untuk bergambar bersama lebah² ini juga tidak menjadi satu kepayahan.
(Signboard ke ladang lebah...)
(Turun ke lembah...)
(Matilah nak naik balik nanti...)
(Besarnya lebah tipu tu...)
(Kotak yang menjadi sarang lebah...)
(Silakanlah... Jangan malu²...)
(Apa lah yang derang tunggu nih!)
(Aku pun nak interframe gaks...)
(Aksi ciuman Bard ngan lebah... Konon!)
(Banyaknyer lebah...)
Destinasi kami yang terakhir pada petang itu adalah ke Kea Farm. Kea Farm adalah kawasan penjualan hasil tanaman di Cameron Highland. Macam² benda dijual; dari strawberri, sayur²an, cenderamata, jagung, makanan ringan (cendawan dan kincam goreng) dan bermacam² lagilah...
Kami pulang semula ke banglow lebih kurang jam 4.00 petang.
Aktiviti petang itu pula adalah santai. Ada yang tidur (aku la tu...), ada yang bermain bola, ada yang mengambil gambar dan sebagainya. Masing² menghabiskan masa petang ini dengan cara sendiri...
(Men bola depan laman bangalow.)
(Ni apa la si Ana ngan si Ida buat nih!)
(Satu lagi pasangan dua sejoli...)
("Dah malam dah... Masuk semua!!!...")
Apabila tiba malam kedua, kami tidak lagi seperti malam semalam. Aktiviti kami pada malam ini adalah ke pasar malam Brincang. Di sini kami akan mencari makan malam kami sendiri di samping mencari bahan² untuk dibawa pulang ke KL.
Kumpulan berdua-belas kami berpecah. Ada yang berdua, ada yang bertiga... Masing² berjalan mencari barang² sendiri, mengikut citarasa sendiri. Ada yang memborong sayur, ada yang memborong strawberri, ada yang memborong bunga... Dan yang penting sekali adalah makanan. Semua membeli makanan mengikut selera sendiri, tetapi rata² kelihatan membeli makanan ringan; cendawan goreng, jagung, kuetiaw goreng... Macam² lah.
Kami pulang dari pasar malam dengan barangan yang penuh di tangan. Sampai berbirat² jari mengangkat barang² yang berat. Bila semuanya sudah disumbat ke dalam kereta, kami kembali semula ke banglow.
Kami menikmati makan malam kami beramai² di hadapan tv. Ada juga yang membuka gelanggang Uno sambil makan. Aku dan Mak Ngah pula melayan cerita "Gurindam Jiwa" yang ditayangkan di TV3, namun Mak Ngah tertewas apabila dia kelihatan tertidur dahulu di ruang tamu. (Penat sangat kot!)
(Antara barang² yang dibeli di pasar malam.)
(Pasar malam Brincang...)
(Sedang menikmati barangan yang dibeli...)
(Gelanggang Uno dah dibuka...)
Sambil menunggu Ijat, Bard, Yan dan Reza habis bermain uno, kami yang lain menumpukan perhatian menonton cerita hantu "In the Dark" di saluran Star Movie. Habis sahaja cerita hantu dan permainan uno, masing² mengangkat kami masuk ke bilik masing² Semua sudah penat dan mengantuk... Dan bagi yang lelaki pula, mereka sudah mula tiun bunyi²an masing² kerana "orkestra" akan bermula sehingga ke pagi...
Bersambung...

Cerita menarik:
Terdapat kawasan menunggu untuk masuk ke kilang Boh ini. Siap ada papan tanda yang mengatakan pelawat perlu menunggu sehingga pekerja membawa pelawat masuk ke dalam. Kami menunggu hampir 10 minit jugalah di situ, namun apabila pekerja di kaunter mengatakan kami boleh terus masuk ke dalam kilang, masing² mengeluarkan perasaan mengeluh . Nasib baiklah masa 10 minit itu kami habiskan dengan mengambil gambar. Dan terima kasih jugalah kepada Lan dan Yan yang bertanya kepada pekerja Boh di kaunter. Kalau tak, sampai esoklah kami menunggu di situ. (Pekerja Boh kat situ pun satu bodoh, tak boleh ke bagitau awal² bila orang start duduk di kawasan menunggu tu!)
(Ladang teh Boh!)
(Papan tanda ke kilang teh Boh...)
(Antara mesin² yang dipertunjukkan di muzium Boh...)
(Sedang menunggu yang lain habis nyoping...)
Habis lawatan ke kilang Boh, kami singgah di kawasan membeli cenderamata. Ramai gak la antara kami yang membeli teh di situ. Memang terdapat kotak² khas yang boleh dijadikan cenderamata untuk dibawa pulang.
Kami kemudiannya singgah pula di kafe Boh yang berada di anjung. Kami melepaskan penat dan lelah di sini dengan membeli minuman panas (semuanya teh Boh!) dan juga melapik perut dengan sandwich.
(Minum teh di anjung kilang Boh...)
Destinasi seterusnya adalah ke ladang lebah. Kali ni pula, kami menuruni bukit untuk ke kawasan lembah. Di kawasan ini terdapat puluhan kotak² yang menjadi sarang. Dan di kawasan ini juga terdapat bermacam² bunga yang ditanam untuk tujuan tersebut. Walaupun begitu, lebah² ini tidak langsung menyerang, malah untuk bergambar bersama lebah² ini juga tidak menjadi satu kepayahan.
(Signboard ke ladang lebah...)
(Turun ke lembah...)
(Matilah nak naik balik nanti...)
(Besarnya lebah tipu tu...)
(Kotak yang menjadi sarang lebah...)
(Silakanlah... Jangan malu²...)
(Apa lah yang derang tunggu nih!)
(Aku pun nak interframe gaks...)
(Aksi ciuman Bard ngan lebah... Konon!)
(Banyaknyer lebah...)
Destinasi kami yang terakhir pada petang itu adalah ke Kea Farm. Kea Farm adalah kawasan penjualan hasil tanaman di Cameron Highland. Macam² benda dijual; dari strawberri, sayur²an, cenderamata, jagung, makanan ringan (cendawan dan kincam goreng) dan bermacam² lagilah...
Kami pulang semula ke banglow lebih kurang jam 4.00 petang.
Aktiviti petang itu pula adalah santai. Ada yang tidur (aku la tu...), ada yang bermain bola, ada yang mengambil gambar dan sebagainya. Masing² menghabiskan masa petang ini dengan cara sendiri...
(Men bola depan laman bangalow.)
(Ni apa la si Ana ngan si Ida buat nih!)
(Satu lagi pasangan dua sejoli...)
("Dah malam dah... Masuk semua!!!...")
Apabila tiba malam kedua, kami tidak lagi seperti malam semalam. Aktiviti kami pada malam ini adalah ke pasar malam Brincang. Di sini kami akan mencari makan malam kami sendiri di samping mencari bahan² untuk dibawa pulang ke KL.
Kumpulan berdua-belas kami berpecah. Ada yang berdua, ada yang bertiga... Masing² berjalan mencari barang² sendiri, mengikut citarasa sendiri. Ada yang memborong sayur, ada yang memborong strawberri, ada yang memborong bunga... Dan yang penting sekali adalah makanan. Semua membeli makanan mengikut selera sendiri, tetapi rata² kelihatan membeli makanan ringan; cendawan goreng, jagung, kuetiaw goreng... Macam² lah.
Kami pulang dari pasar malam dengan barangan yang penuh di tangan. Sampai berbirat² jari mengangkat barang² yang berat. Bila semuanya sudah disumbat ke dalam kereta, kami kembali semula ke banglow.
Kami menikmati makan malam kami beramai² di hadapan tv. Ada juga yang membuka gelanggang Uno sambil makan. Aku dan Mak Ngah pula melayan cerita "Gurindam Jiwa" yang ditayangkan di TV3, namun Mak Ngah tertewas apabila dia kelihatan tertidur dahulu di ruang tamu. (Penat sangat kot!)
(Antara barang² yang dibeli di pasar malam.)
(Pasar malam Brincang...)
(Sedang menikmati barangan yang dibeli...)
(Gelanggang Uno dah dibuka...)
Sambil menunggu Ijat, Bard, Yan dan Reza habis bermain uno, kami yang lain menumpukan perhatian menonton cerita hantu "In the Dark" di saluran Star Movie. Habis sahaja cerita hantu dan permainan uno, masing² mengangkat kami masuk ke bilik masing² Semua sudah penat dan mengantuk... Dan bagi yang lelaki pula, mereka sudah mula tiun bunyi²an masing² kerana "orkestra" akan bermula sehingga ke pagi...
Bersambung...
0 comments:
Post a Comment