Seminggu berlalu...

Pejam celik, pejam celik, dah seminggu berlalu. Hari tu, pada seminggu yang lepas, aku dengan bebudak Jaquezee semua sedang berada di Cameron Highland... Tapi hari ni, semua berada di KL dengan kepala kembali berserabut memikirkan hal kerja, hal duit, hal peribadi... Tiada lagi keseronokan seperti minggu lepas...

Pagi tadi, aku terima sms dari Lan. Bunyiknya begini, "Minggu lepas, waktu yang sama sekarang ni, kita semua on the way ke Cameron Highland". Adula... Kenapalah perlu diingatkan saat² manis semasa berada di Cameron tu. Dah membuatkan aku terasa nak pergi semula ke sana... Tengak keadaan di KL yang serba serbi hectic, buat aku terasa berada di Cameron Highland 50 kali lebih baik. Dah aku rindu nak ke sana balik...

Aku tau bukan aku saja... Yang lain pun terasa benda yang sama. Dan ini dapat dibuktikan apabila aku menerima sms daripada Mak Ngah yang mengatakan bahawa pada hari ni tak sama macam minggu lepas yang dia terpaksa melayan karenah bos dan kawan setugas... Hehehehe... Aku paham maksudnya...

Kan best kalau sekarang ni aku masih di Cameron! Huhuhuhu...

0 comments: