Tiga titik...

Adakalanya, susah apabila datangnya tiga titik pada baris ayat yang disangkakan sudah berakhir. Tertanya² sekiranya baris² ayat yang terhasil akan diikuti dengan satu titik sahaja yang bakal mengakhiri. Mungkin kepala tidak begitu pening untuk memikirkan apa yang perlu disambung, apa yang perlu ditambah, apa yang harus diubah dan apa yang harus dikekalkan... Bertambah celaru jika padanan ayat tidak lagi sesuai setelah penyambungannya selepas tiga titik itu.

Tiga titik... Pastinya akan berterusan sekiranya jalan cerita yang masih lagi kelam dan kabur, tergantung² tanpa penyudah dan ketiadaan  ilham untuk mengakhirinya. Namun, satu titik itu yang disangkakan sudah pun sampai penghujungnya, tidak mungkin akan bermakna sekiranya keseluruhan dianggap tidak begitu indah susunannya. Penuh dengan idea yang mati dan sudah lapuk, kembali membuka jalan kepada tiga titik untuk terus bersarang...

Pada aku, tiga titik ini adakalanya menyenangkan, kadang-kala ianya merentap akal dan fikiran semata² untuk mendekati satu titik itu.

p/s: Masih lagi dengan tiga titik...

0 comments: