Some sort of holiday...

Walaupun aku bercuti selama 4 hari (yang kemudiannya menjadi 5 hari disebabkan aku tidak dapat tiket untuk balik ke KL pada hari Ahad), tapi tak ada apa yang boleh aku lakukan sepanjang percutian aku kat kampung. Ini disebabkan pergerakan aku yang terbatas akibat kaki aku yang tergeliat tempohari. Lambat jugak nak sembuh! Tu pun mujur mak aku yang mengurut kaki aku yang lebam-biru tu. Huhuhuhu...

So, apa yang ada kat sini hanyalah gambar² tak best yang aku snap ketika di sana.



Gambar di atas ni adalah gambar jalan masuk ke rumah aku kat kampung. Kat mana kampung aku tu, tak payah la kot aku bagik tau. Nanti korang gelak... Har har har har!!! (^_^!) So, pada waktu ni, hari dah nak hampir malam dah. Dalam pukul 7.00 malam cenggitu. Aku sempat la snap sebelum hari menjadi gelap.



Gambar yang ni plak adalah gambar halaman depan rumah aku kat kampung. Dah tak berapa nampak sebab malam dah semakin dekat dan aku pulak malas nak berjalan ambik² gambo sebab keadaan kaki yang tak mengizinkan. So, aku snap la dari dalam kereta je.

Masuk jer kat dalam, apa yang menjadi perhatian aku adalah gambar yang di bawah ni. Sebuah sangkar yang agak comel dengan penghuni² yang comel sedang bergentayangan kat dalamnya. Dua ekor tikus belanda atau pun yang lebih senang dipanggil hamster dengan tujuh ekor anak derang yang baru lahir tengah tidur kat dalam sangkar tu dalam keadaan free-style. Alamak comel sungguh!!!









Tapi, walaupun comel, jangan disangka jinak. Hehehehe... Nasib baik ler kecik, boleh main campak². Ekekeke... Tak lah! Hamster² yang tak bernama ni sungguh la garangnya terutama yang betina tu. Banyak kali dah aku digigitnya sebab marahkan aku mengganggu anak² dia yang sedang menetek tu. Yang jantan tak ler garang macam yang betina, cuma dia menggigit bila aku tak bagik makan kat dia jer. Kengkadang tu gigit gak tanpa sebab. Kunun nak perhatian la tuh! Ceh!... Sib baik korang kiyut! Kalo idak, dah lama aku gigit tinger korang bior putus! Har har har har... (^_^!)



Esoknya, aku menghabiskan masa membaca buku Harry Potter dan Azimat Maut aku. Waktu ni, aku dah baca lebih kurang bab yang kesebelas cenggitu. Penat gak la membaca. Nak menyambung pun tak buleh sebab mata aku ni dah rabun kejap. Kena la kuar rumah jap nak mengeksersais mata ni tengok menda² jauh dan hijau jap.

Kat luar rumah nu, ada la mak aku buat taman kecik sket. Dia susun semua bunga² dia depan rumah termasuklah kaktus² yang aku bagi kat mak aku dulu tu (yang sekarang dah besar panjang). Sekali tengok, nampak comel taman tu sebab putik² bunga baru nak tumbuh. Nanti kalo dah berbunga, lagi la cantik!





Dah masuk kat dalam nak menyambung le membaca buku, anak sedara aku sorang ni sibuk soh amek gambo dia. Memacam pose dia buat tapi yang paling best adalah gambo yang macam kat atas nih. Dua gambo kat atas ni adalah salah dua daripada gambo² yang ada. Nak aku boh semua kang ambik masa plak. Yang lain tu, bior ler jadik simpanan peribadi dalam henphone aku ni. Tak pun nanti aku bagik kat bapak dia ngan mak dia. Hehehehe...

Petang tu pulak, ada la insiden yang tak besh jadik. Kampung aku ni jadik perkampungan "Silent Hill" sekejap. Ntah mamat mana yang sembur asap tak bagik notis dulu. Ikut dan jer nak nyembur. Sampai masuk rumah plak tu. Waktu derang nyembur asap nih, aku tengah mandi. Tau², dalam bilik air penuh dengan asap. Terpaksa ler aku mempercepatkan mandi dan tengak apa yang berlaku kat luar nun.





(keadaan dalam rumah yang tak nampak hape² gara² di sembur sampai dalam rumah!)





(tak nampak hape² pun!)



(agak²nye, kalo Silent Hill betul ada, cenggini ke gamok nyer? Eeee... seram plak aku...)



(nampak tak mamat yang menyembur asap tu?)



(mum...)



Sebab tak tahan dengan bau asap tu, aku ngan mak aku terus keluar rumah untuk mencari udara segar. Waktu ni aku berkain jer sebab lepas mandi. Malas dah nak pakai seluar sebab hari pun dah nak malam. Lama gak ler dok luar rumah ni, lebih kurang dalam 45 minit. Nak nunggu semua asap² tu hilang dan jugak menunggu asap² yang kat dalam rumah plak hilang sama. Terbengkalai aku nak menyambung pembacaan Harry Potter aku tu...

Selang beberapa hari pas tu, iaitu hari ni, aku dah bersiap² nak balik KL. Aku balik ngan adik bawah aku sebab dia pun dok KL gak. Sebab aku tak dapat nak beli tiket balik ke KL pada hari Ahad, terpaksalah aku extend cuti empat hari aku menjadi lima. Alang² adik aku nak balik KL, aku ikut ler sama. Aku bayor tol jer... Hehehehe... Ok la tu, daripada tak bayar terus!

Sepanjang perjalanan balik melalui highway utara-selatan, aku sempat la snap pemandangan luar nun. Bukit² dan gunung-ganang yang menjadi lanskap Banjaran Titiwangsa je yang kelihatan sepanjang perjalanan. Sebab dah abis baca buku Harry Potter, aku tak tau nak buat apa, kemudiannya aku tertidur sampai le sampai kat KL...



(jalan keluar menuju ke Ipoh)



(pasaraya Giant yang baru dibukak kat Sunway City, Ipoh)







(buat rumah bawah bukit batu... eeee... tak takut runtuh ke?)


(nampak tak muka aku kat side mirror tu?)

0 comments: