Berbalas pantun...

Pantun evergreen yang slalu membelit usus perut aku! Berbalas pantun (Ulu Bertam) dari album Din Beramboi majalah Ujang/Apo yang terkenal dulu tu. Bukan Din Beramboi yang poyo sekarang ni! Tak koser aku!


Jual:
"Rama² terbang melayang
terbang melayang di waktu senja
kenapa orang bunuh orang
sungguh jahat orang itu..."

Balas:
"Gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi baik dikenang jua
dua tiga kucing berlari..."

Jual:
"Anak kambing jalan seorang diri
membeli baju di rumah Norkumala
kalau tuan membeli padi
kenapa ingin menampal tayar?"

Balas:
"Dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
ku pinang² tak dapat²
Cik Tat yang kuingin *%#*@% apa benda nak cakap tak reti!"

Jual:
"Anak tenggiri di tengah kolam
anak kolam di tengah tenggiri
kalau ingin membeli ikan tenggiri
janganlah membeli di dalam kolam"

Balas:
"Dua tiga monyet terbang
mana nak sama tupai terbang
kalau kita orang yang baik
tentu kita banyak uang"

Jual:
"Dua tiga kedidi berlari
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik ditanak sudah"

Balas:
"Kalau tuan membeli helikopter
membeli helikopter di gunung daik
persatuan negara memajukan negara
ke mana kita membeli bendera"

Jual:
"Menjual helikopter di tengah bandar
bandar indah maju membangun
negara Malaysia negara yang maju
Perodua Kancil engkau dah beli?"

Balas:
"Dari mana mahu ke mana
dari Johor mahu ke Kedah
kalau tuan pergi ke Kedah
jangan lupa beli laksa Kedah"

Jual:
"Anak kedidi memakan padi
padi dimakan di tengah hari
kenapa budaya lepak menjadi²
tolong jawab Cik Tat di sana..."

Balas:
"Burung serindit di atas pokok
burung merbuk di bawah pokok
itu pokok ada burung serindit
burung gagak hidup dalam pokok
kalau tuan panjat pokok
budaya lepak bawah pokok"

Jual:
"Sana burung di sini pun burung
atas burung bawah burung
tepi burung kanan pun burung
depan dan belakang di mananya burung?"

Balas:
"Anak sotong dalam laut
anak laut dalam sotong
itu sotong berenang dalam laut
tidak boleh jumpa dalam taman burung"

Hahahaha... (^o^) Giler ah! Jahanam budaya berpantun kiter. Tapi, kelako! Hahai!!!

0 comments: