Sebahagian daripada hari aku...



Pagi di Bandar Baru Sentul adakalanya sunyi. Belum lagi kedengaran bunyi kereta lalu lalang, atau bunyi hiruk pikuk ibu² yang hendak pergi ke pasar, mahupun gelak ketawa kawanan budak² sekolah yang sibuk hendak pergi sekolah, ada juga yang sibuk berbincang tentang di mana tempat mereka hendak memonteng kelas hari ni.

Aku bangun agak awal hari ni, lebih kurang pukul 5.45 pagi. Mungkin sebab dah terbiasa, tapi seawal begini adalah kerana ketidak selesaan aku tidur di atas tilam yang tidak lagi empuk macam dulu. Aku macam biasa, terus mandi dan bersiap² nak pergi kerja. Tapi, bila tengak semula jam yang tergantung dekat dinding, masih lagi awal.

Aku duduk di beranda sambil menikmati pandangan matahari yang sedang nak terbit. Sempat juga aku snap 2-3 shot (klik gambar di atas untuk melihat gambar yang lebih jelas) suasana pagi di Bandar Baru Sentul. Tak sangka juga, waktu macam ni pun nampak cantik... Selalunya, bila duduk di beranda pada waktu petang ataupun malam, semuanya nampak semak je.

Bila sampai waktunya, aku terus meninggalkan rumah menuju ke stesen LRT untuk ke Ampang...




Lebih kurang jam 11.30 pagi, aku keluar dari pejabat untuk buat company visit. Waktu yang cukup menceriakan buat aku daripada terperuk terus²an di pejabat. Aku melangkah keluar dan terus menuju ke perhentian bas di Ampang Point untuk menuju ke KLCC. Di KLCC pula aku mengambil LRT untuk ke Bangsar...

Sampai je ke destinasi, terus aku melakukan tugas seperti mana yang telah aku rancang semasa di pejabat. Apabila siap, aku terus melangkah keluar dari syarikat tersebut dan menunggu lif untuk turun ke tingkat paling bawah. Semasa menunggu lif yang lama untuk sampai, sempat juga aku melihat² ke tingkap besar. Nampak lah sekalian alam Bangsar dari tingkat 14, di bangunan di Dataran Maybank tu. Terus aku keluarkan handphone dan snap.

Cukuplah satu je. Dan kemudian aku terus menuju ke lif untuk turun...



Aku terus membuat kerja sambil melalui jalan² di Kuala Lumpur. Satu persatu bangunan aku panjat.

Bila aku tengok jam di handphone (aku tak suka pakai jam tangan), waktu dah menunjukkan waktu tengahari. Padanlah perut aku ni sama² berdondang sayang dengan kaki aku yang letih ni. Break time! Aku terus menuju ke stesen LRT Masjid Jamek untuk ke Sentul. Cadang nak makan kat kedai Kak Zie dengan kengkawan Jaquezee.

Sambil aku menunggu LRT sampai, aku hantar sms kepada Shahrul. Cuma dia sorang saja yang boleh bersama² dengan aku untuk makan tengahari. Ahli² Jaquezee yang lain dah pasti tak akan dapat makan bersama akibat bertugas. Bila sms dah dihantar, aku melihat ke luar stesen melalui railing di sepanjang stesen. Snap... snap... snap... Aku ambil gambar lagik. Mangsa aku kali ni adalah Sungai Gombak. Memang tak der kerja kan ambil gambar cam tu?



LRT pun sampai beberapa minit kemudian. Berhimpit² jugak la di dalam LRT tu. Maklum la, waktu break lunch. Semua orang terkejar² nak dapatkan makanan. Penuh tangan dengan pelbagai bekal yang dibeli, mungkin untuk kawan² yang malas hendak keluar pejabat dan hanya memesan mana² kawan yang keluar. Nasib baik apabila sampai di stesen PWTC, ramai orang yang keluar. Dapat jugak la aku duduk kejap. At least dapat gak hilangkan penat kaki yang tak hilang² ni.





LRT yang aku naik melalui Dataran Merdeka. Konon² nak la tangkap gambar bangunan kat situ dari dalam LRT, tapi semuanya hampeh. Apa yang aku dapat hanyalah separuh daripada gambar bangunan tu. Selebihnya pokok dan lampu jalan... Huhuhu... Tapi tak kisah lah, nampak artistik sket! Uwahahahahaha...

Tak puas hati, aku ambil lagi gambar. Tapi aku dapat gambar pokok jugak. Tapi saiz pokok yang ada dalam shot tu kecil sikit berbanding pokok di dalam gambar sebelumnya.





LRT yang aku naiki semakin kurang orangnya. Cuma tinggal berapa kerat je lagi yang tinggal untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju. Tempat duduk di sebelah dan di hadapan aku dah tak ada orang. Kebanyakannya turun di stesen Titiwangsa kot.



Akhirnya, selepas hampir 10 minit berada di dalam LRT, aku pun sampai ke Sentul. Snap lagi gambar signboard Sentul yang ada di stesen tu. Orang ramai yang turut keluar dari LRT kejap² memandang apa yang sedang aku lakukan. Tapi, pedulikan! Lantahlah apa yang mereka nak fikirkan. Dah siap gambar aku snap, aku terus turun tangga untuk kr Green Park.



Dalam perjalanan nak ke Green Park, aku terserempak dengan aci rambut panjang ni. Untuk orang² Sentul, mungkin dah biasa dengan kehadiran aci ni. Ye la, mana tak nya. Aci ni lain dari yang lain. Kalau aci yang lain berambut panjang mengurai, aci ni lebih hebat daripada tu. Rambutnya mungkin 2 atau 3 kali ganda panjangnya daripada rambut aci biasa. Sehinggakan, rambut itu perlu dilipat seperti papan. Kenapa dilipat? Sebab rambut aci ni pun dah keras macam papan. Seperti tidak berjaga. Mungkin orang yang jarang melihat aci ni akan merasa geli geleman kerana rambutnya itu, tapi untuk yang dah biasa, hanya satu je yang bermain² di fikiran mereka, bagaimana aci ni mampu membawa rambut keras panjang di kepalanya.

Aci ni rasa² bukan penganut agama Hindu agaknya. Sebab penampilannya dengan baju yang sama berwarna oren itu, seakan² sami Buddha... Mungkin dia ada pasang niat tak mahu cukur rambut dia kot, yang menyebabkan dia terpaksa menyimpan rambutnya sehingga panjang dan dilarang untuk memotongnya... Siapa tahu?



Aku biarkan saja aci itu berjalan ke destinasinya. Malas hendak fikir.

Aku meneruskan perjalanan ke Green park sehinggalah apartment Menara Orkid tempat aku tinggal kelihatan dari kejauhan. Sempat lagi aku snap gambar menara dari jauh sambil berjalan. Nasib baiklah gambar tak blur. Tapi, gambar apartment tu bukanlah blok apartment yang aku tinggal. Itu hanyalah gambar blok apartment hadapan, manakala blok apartment aku adalah bahagian belakang. Ah! Biarlah, asalkan ada...



Akhirnya aku sampai juga ke Green Park (GP) setelah beberapa minit berjalan. Dari jauh sudah kelihatan gerai Kak Zie. Tapi tak nampak pun dia di mana? Cuma susuk mamat gempal ni je yang ada. Aku panggil Syafik je. Waktu ni, dia sedang melayan seorang pelanggan yang hendak membeli makanan.



Shahrul dah sampai di GP dan sedang menunggu aku. Sambil turun daripada titi kecil yang meyambungkan kaki lima dan gerai Kak Zie, sekali lagi aku snap gambar bahagian dalam gerai Kak Zie di Green Park. Semuanya kelihatan seperti biasa. Hanya kelihatan Kak Ernie, Kak Bibah dan seorang lagi pekerja baru Kak Zie yang sedang membuat kerja di belakang. Susuk Kak Zie masih lagi belum kelihatan...



Inilah Shahrul yang aku katakan. Seorang gadis genit yang baru sahaja habis belajar di Unitar dan sedang mencari pekerjaan. Seperti yang telah aku nyatakan tadi, hanya dia seorang sahaja yang boleh aku ajak makan pada waktu tengahari, kerana dia saja yang available. Yang lain masih lagi kerja. Teman lelaki Shahrul pun kemungkinan tak dapat makan bersama...

Di waktu ini, aku bertanya kepada Syafik mengenai Kak Zie. Jawabnya Kak Zie ke pasar dan masih belum balik. Hmmm... Tak apalah begitu, kejap² lagi baliklah dia kot. Aku dan Shahrul, selepas berbual pendek, pergi ke hadapan gerai untuk mengambil makanan.



Dan inilah makanan tengahari aku pada hari ini. Ikan kembung masak asam pedas dan juga bergedel. Apa yang Shahrul ambil, aku pun dah lupa. Tak teringat nak snap gambar lauk dia.

Ini adalah merupakan sedikit rentetan daripada apa yang aku lakukan setiap hari. Mungkin lepas ni aku boleh buat artikel pasal satu hari aku dalam blog ni. Aku pun dah tak ada idea apa yang nak aku tulis, jadi, aku rasa aku berhenti di sini saja la... Dah penat!

0 comments: