Bukannya aku jual mahal untuk tidak berjumpa. Bukannya aku rasa bangga dengan benda yang telah Allah s.w.t berikan pada aku, dan jauh sekali untuk mengatakan aku mempunyai kelebihan yang perlu aku tunjuk²kan sehinggakan aku rasa takbur untuk menabik dada. Jauh sama sekali. Aku hanya seorang manusia yang penuh dengan ketidak-sempurnaan dan kecacatan.
Aku mengelak kerana aku tidak mahu memberi harapan. Aku tidak mahu menghampakan dan tidak pula mahu untuk mengecilkan hati sesiapa. Kenapa tidak sahaja perlu mengenali dahulu antara satu sama lain, kenali pe'el buruk dan juga kelebihan yang mampu diterima atau tidak. Bukan terus terjun kepada apa kehendak hati...
Maafkan aku! Aku bukan sombong, tapi aku tak mahu terluka sekali lagi! Aku sudah masak dengan perilaku dunia, dan aku sudah dewasa untuk menentukan apa yang aku mahu dan apa yang perlu aku tolak. Hanya mahu difahami!

0 comments:
Post a Comment