Destination: Subang and Damansara

Sebagaimana yang dah aku plan semalam, aku akan ke Subang Jaya. Untuk apa? Biasalah kerja. Ingatkan nak pergi sehari lebih awal, tapi orang di Subang Jaya terlebih dahulu memberitahu supaya datang pada hari ni. Tapi tak kisah lah... Asalkan ada.

So, hari ni aku keluar office lebih awal. Sebab aku kena singgah ke Damansara kemudiannya. Aku boleh bayangkan keadaan kelam kabut aku untuk mengejar masa. Takut tak sempat je...



Tepat jam 9.30 pagi, aku keluar dari office terus menuju ke perhentian bas berhadapan dengan Ampang Point. Orang tak la ramai macam biasa. Sebab waktu orang mula ke tempat kerja dah lepas. Kalau tak, berlonggok² orang² kat perhentian bas tu. Boleh la aku port kat bench sementara menunggu bas sampai. Cuaca pagi ni belum panas sangat, suam² kuku je.



Bas sampai dan terus menuju ke KLCC. Aku kena transit kat sini dulu dan kemudian menaiki LRT menuju ke Hentian Bas Klang, sebelum aku boleh meneruskan perjalanan ke Subang. Sampai je kat KLCC, turun ke bawah untuk ke stesen.



Lorong yang menyambungkan KLCC dengan stesen LRT pun agak lengang dari orang ramai. Gambar yang aku amik kat atas tu blur sket sebab aku amek waktu tengah jalan. Malas aku nak berenti sebab aku tengah kejar masa. Kang kalo aku benti kang, orang tengok plak gambo apa yang aku amek. Bukan spesel apa pun... Hehehehe...



LRT yang aku naik menuju ke Kelana Jaya. Tapi aku tak la sampai ke Kelana Jaya sana nun, aku kena turun kat stesen Pasar Seni sebab Hentian Bas Klang kat area tu je. LRT sampai jer, terus aku snap, tapi... malangnya tak nampak sangat LRT yang sampai tu. Maleh aku nak amek gambo baru sebab orang tengah ramai. Kang kalo aku amek gambo baru kang, tak pasal² tertinggal LRT karang. Hehehehe... (^_^!)



Ni ler gambo Hentian Bas Klang. Banyak bas yang berhenti kat situ. Bas aku yang nak ke Subang ialah U63. Tapi blom sampai lagi. Kena tunggu jap. Waktu menunggu tu, aku macam biasa, beli air, rokok dengan buah potong. Menda ni la yang menjadi kebiasaan aku waktu menunggu bas.



Bas sampai je, aku terus carik port biasa aku. Kerusi belah belakang belah kanan. Aku pilih tempat ni sebab waktu macam ni, matahari ada belah kiri. So, kalo aku duduk belah kiri, sure panas nyer!. Lagi pun aku dok belah kanan, nampak sket pemandangan kat luar nun. Bukan la dok belah kiri tak nampak, tapi aku lebih selesa dok belah kanan.

Waktu hari² biasa aku ke Subang, selalunya aku akan tidur sampai la bas yang aku naik tu tiba ke destinasi. Tapi, sebab ari ni nak buat report pasal perjalanan ni, aku membukakan mata dengan penuh bersusah payah sambil mengambil gambar kat luar nun. Bas yang tengah bergoyang kiri kanan, macam buai plak. Macam mana aku tahan dari tidur, akhirnya aku tertewas gak. Terlena gak aku, tapi macam ayam la. Sekejap² tersedar sebab bas benti mengejut.



(Gambar Menara Axis yang sempat aku snap sebelum tertidur...)



Aku terus mengekangkan mata dari terus tidur sebab takut aku hanyut dan terus ketinggalan tepat benti aku. Dari jauh, aku dah nampak Sunway Pyramid. Kepala singa tu dah nampak dari jauh. Aku zoom kamera 4x sebab kalau dengan zoom biasa, kepala singa tu tak nampak sangat sebab jauh.

Akhirnya, sampai gak aku ke destinasi yang nak aku tuju. Terus aku simpan kamera phone aku dan terus menuju ke office yang perlu aku pergi. Ambil masa jugak aku kat office tu sebab jam kat telefon aku tu dah menunjukkan pukul 11.45 pagi. Mana tak lamanya, nak masuk office tu pun macam nak buat IC. Kena daftar nama untuk kad pelawat, kena tunggu lif yang cuma ada 3 je daripada 6. 3 lagi rosak. Aiyak!!! Orang ramai pulak nak naik tu. Kena la tunggu giliran...

Dah sampai kat pejabat tu pulak, kena tunggu person in charge pulak. Dia ada discussion dengan bos dia. Tunggu la aku kat tempat tetamu tu nak dekat 25 minit sebelum aku dapat berjumpa dengan orangnya dan meneruskan kerja aku yang sepatutnya.

Lepas siap, aku terus keluar dan terus menuju ke stesen bas.



(Keluar je dari office tu, sempat gak aku snap gambar shopping complex Summit.)



(Office yang aku naik tadi!)



(Over all gambar shopping complex dengan bangunan office yang aku singgah. Gambar ni aku ambil masa kat jejantas nak ke hentian bas.)



Waktu ni, cuaca dah panas giler. Bukan setakat panas cengitu² je, tapi panas yang amat sangat! Tengok la kening aku yang ala² Ziana Zain wannabe tengah marah. Hahahaha...



Bas sampai, aku terus naik. Waktu ni, aku sempat snap gambar singa Sunway Pyramid. Masa datang tadi tak sempat nak snap sebab aku dok belah kanan, singa ni plak belah kiri. So, masa balik aje la aku sempat nak snap. Hehehehe... Tapi yang pasti, aku snap dari tempat yang sama aku dok masa aku sampai. Kerusi paling belakang belah kanan. Hehehehe... My fav place in the bus!



(Pen"snap"an kedua kepala singa...)



(Yang ni plak decoration "Gong Xi Fa Chai" kat gerbang Sunway Pyramid. Lawo kan?)



Jam pada waktu ni dah 1.45 petang. Aiyo! Sudah lambat laaaa... Kali ni, aku turun kat KL Sentral, sebab aku nak ke Damansara plak. Bas nak ke Damansara hanya ada kat KL Sentral. Gambar kat KL Sentral aku tak ambil sebab aku tidur sepanjang perjalanan ke KL Sentral. Bila sampai ke KL Sentral, kepala aku pening jap. Biasa la, kalo tido dalam bas yang macam naik roller coaster tu, sapa la yang tak pening kepala.

Aku ambil bas nombor U82 untuk ke Damansara. Masa yang diambil untuk ke sana pun boleh tahan jugak. Hampir² 30 minit ke 45 minit bergantung kepada lalu lintas.

So, sampai je ke Damansara, aku turun dan kemudiannya naik ke Jejambat Persahabatan. Tak tau la aku kenapa derang panggil Jejambat Persahabatan, tak nampak pun tanda² persahabatan kat jejambat tu. Mungkin sebab jejambat tu teramat panjang menghubungkan kedua² bahu jalan tu yang menyebabkan dia dipanggil sebegitu. Yang unik nyer pasal jambatan ni, dia langsung tak der tangga. So sesiapa yang nak naik jejambat ni, kena la dalam keadaan macam orang nak panjat gunung... Hehehehe...



(Terus je turun jejambat tu, nampak la bangunan ni...)



Sampai je ke Damansara, aku pun melakukan kerja² aku. Sebelum tu, aku gi makan dulu sebab perut aku dah menyanyi keroncong. Mana tak nyer, sampai je kat Damansara dah nak pukul 3.00 petang dah...

Pas makan, aku turun ke bilik bawah tanah, sebab tempat yang aku nak buat kerja tu ada kat level nih. Sempat aku snap gambo alley kat atas tu sebab bagi aku, alley ni agak menakutkan. Dari hujung ke hujung, nampak sayup je!... Tu baru waktu petang tu, belum lagi waktu malam. Alahai... Bilik mayat pun kat level nih... Ya ampun!!!



Siap je kerja aku, aku terus keluar nak balik office di Ampang. Jam pun dah pukul 3.30 petang. Sempat ke idak ntah sampai Ampang...

Kat luar, aku nampak bangunan VADS ni. Tempat kerja Bard. Jugak tempat kerja si Adie ngan Lia dulu. Walaupun tempat sebelah menyebelah je, aku tak pernah plak terserempak dengan si Bard tu...



So, sekali lagi kena menyeberang Jejambat Persahabatan. Kali ni aku snap gambar lalu lintas yang ada kat bawah aku pada masa tu. Nampak lancar je kan? Haaaa... Tunggu aje la pukul 5.00 petang, kalo tak jam, ko aje le yang makan jam kat situ! Hahahaha...


And, this is me after finishing my outdoor work for the day. Muka penat kan? Hahahaha... Tapi seronok! Gambo ni aku snap waktu kat Jejambat Persahabatan tu tak ada orang, sambil berlatar belakangkan tempat aku kerja tadi.

Jam waktu ni dah nak dekat 3.45 petang. Masih ada masa untuk pulang ke Ampang. Gedebak-gedebuk, aku sampai kat Ampang kurang 5 minit nak pukul 5.00 petang. Ngam² soi gitu! Hehehehe... Waktu ni, aku sambung kerja aku sikit and then, aku pun punch out dan kemudian pulang ke rumah...

Sekian, Ijann melaporkan...

p/s: PENAT GILERRRRRRRRR!!!

0 comments: