Kadang-kala, tertanya² berapa kalikah hati perlu dikecaikan hanya untuk mencari kasih dan cinta. Berapa kali perlu untuk melalui pengalaman yang amat pedih dan menyakitkan hanya untuk mendapatkan gambaran sebenarkan sebuah kisah gembira pada sebuah pengakhiran. Setiap kali terlintas perasaan yang dirasakan dapat memberikan jawapan kepada persoalan itu, setiap kali itulah ianya dirasakan tidak penting. Dan bila ianya hilang, barulah terasa bahawa jawapan yang dicari mungkin telah terlepas dari genggaman.
Bila ianya terlepas, dirasakan terlalu mudah untuk hati ini berkata², dan kadang-kala pula terasa ianya mudah untuk terguris...
Namun semua itu, mungkin satu cabaran untuk mencari apa sebenarnya kehendak hati dan juga perasaan. Persoalan samada perlukah untuk menerimanya, atau untuk mengikut sahaja ke mana arus itu akan bawa. Dilema yang selalu dirasakan membelenggu dan tidak mudah untuk dileraikan!
Mungkin bulan² yang mendatang akan sekali lagi aku tempuhi sebagaimana aku lalui tidak lama dahulu. Tidak lagi ditemani dengan pelita yang dapat menyuluh dan menerangkan. Tidak ada lagi teman yang akan membingitkan suasana yang sunyi. Dan juga tiada lagi cerita² yang dapat mendodoikan untuk terus lena dan dibuai mimpi. Semuanya bermula semula dari titik asal.

2 comments:
its ok dear...u will find someone better....
luv ya
-abby-
What if I don't want to? What if I refuse?
Post a Comment