Rumah yang didirikan terasa begitu sepi. Tanpa berita yang seringkali dikumpul dan cuba untuk diuraikan. Terasa berada di rumah orang yang begitu meriah mengisi kekosongan sudut² yang semakin penuh dengan sawang dan habuk...
Terlalu banyak yang hendak dikatakan. Terlalu sedikit masa yang diluangkan semata² untuk menenangkan diri daripada petaka yang seringkali mengganggu. Bukan untuk berdiam diri, tetapi kerana mahu memujuk diri sendiri. Membiarkan masa² yang berlalu agar terlupa pada petaka yang bersarang di dalam minda dan tersemat di hati. Biar dilupakan semua agar tidak terbawa².
Terasa jari jemari sakti ini terlalu mudah untuk menari², tetapi tidak mendapat rentak yang diingini. Diperlahankan gerak tarinya agar rentak yang hendak disampaikan penuh dengan gemalai yang sememangnya sukar untuk difahami. Tetapi, sesungguhnya tari itu tidak lagi serancak dahulu...
Patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku, patah kuku bertongkat... ?
Sawang
Posted by Ijann Hj. Marzuki at Sunday, December 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment