Pahang...

Apa yang ada di dalam kepala sekarang adalah; Pahang, Pahang, Pahang dan Pahang. Apa yang menarik tentang Pahang? Hmmm... Aku pun tak tau. Apa yang aku tau, aku belum pernah lagi berkunjung ke sana, apatah lagi untuk menjejakkan kaki. Walaupun terasa keinginan yang teramat sangat untuk ke sana, tetapi kerjaya dan masa yang membantutkan langkah aku.

Apa yang aku tahu, Pahang telah berjaya mencuri perhatian aku kali ini. Entah kenapa setiap kali aku terfikirkannya, hati aku berasa amat gembira. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata² kerana kegembiraan itu masih lagi ditahap yang masih lagi belum dapat disahihkan. Dan jika ianya terbukti benar, mungkin kegembiraan ini dapat menghangatkan suasana aku walaupun untuk seketika.

Di hati, ternyanyi² lagu yang menggambarkan Pahang

Melenggang hai melenggang
Hai tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang


Walaupun aku tak berapa ingat lirik sebenar lagu tersebut, tetapi cukuplah sekadar (di pinggiran) hati dapat menyanyi serba sedikit...

Tapi apa yang penting, sesuatu yang amat menarik tentang Pahang adalah... orangnya!

Heee...

0 comments: