Hari minggu datang lagi. Selepas je habis kerja, aku bergegas pulang sebab aku dah berjanji dengan adik aku (yang meminta tolong membelikan tiket untuk pulang ke Ipoh). Lepas aku memberikan tiket yang telah aku beli, aku balik ke rumah. Kemudiannya tidur sebentar sebelum bangun untuk berjumpa dengan Ijat dan Sue untuk menonton wayang. Pilihan tontonan minggu ini... The Chronicles of Narnia : Prince Caspian.
Kami sampai lebih kurang jam 6.45 petang di Pavillion. lepas aku bagi Ijat duit untuk beli tiket, kitaorang berpecah sebab ada masa lagi sejam sebelum kitaorang masuk panggung. Ijat katanya nak ke toilet. Memula tu tunggu la gak, tapi bila dah berjanggut tunggu dia (berak batu ke hape?), aku ngan Sue gi la berjalan ke Times, sebuah kedai buku.

Ramai nyer orang depan kaunter tiket GSC Pavillion nih.
Bila masa dah time, kitaorang pun masuk la dengan berbekalkan air coke sorang satu. Dalam panggung, sempat gak la snap 2-3 gambo sebelum wayang mula. Cerita tu berlangsung lebih kurang 2 jam 15 minit. Kitaorang keluar wayang lebih kurang jam 10.30 malam.
Dok bergambo dalam panggung. Tapi buka pun tak nampak!
Sue pula tak abis² men game!.
Yang kelakarnya bila abis tengok wayang dan menuju ke tempat Ijat parking kereta, kami masing² lupa kat mana kereta tu diletakkan. Berpusing² jugak la mencari. Tapi nasib baik la jumpa... Kalo idak, mau satu malam tu mencari kereta Sue kat situ...
Melilau mencarik kereta Sue.
Bila dah dapat trace, baru la lega sket ati.
Ni la tempat sebetulnya kitaorang parking...
Hehehehe... Jumpa gak kereta!
Sampai je ke GP, kitaorang lepak jap. Makan dan minum sebelum beredar pulang ke rumah masing². And that's it.
0 comments:
Post a Comment