As promised! Picnic di PD.

Seperti yang telah dijanjikan ari tu, aku postkan apa yang berlaku sewaktu aku pergi berkelah di PD pada 1 Mei hari tu. Kami telah berkelah di Felda Resort yang agak privacy dari tempat² lain di PD. Tak ramai ahli Jaquezee lain yang ikut berkelah di PD ni sebab ramai yang bekerja...

So, kami semua yang pergi (Aku, Sue dan Ijat) bertolak dari Sentul pada jam 7.00 pagi lebih kurang selepas bersarapan dan minum pagi. Dan kemudiannya bergerak ke lebuhraya menuju ke Seremban.

Sebelum itu, kami menunggu kedatangan Man dan Yan yang bergerak dari rumahnya (yang tak jauh dari situ). Memang kami dah berjanji untuk tunggu di tol Sungai Besi sebab tak perlulah Man dan Yan turun ke Sentul dan kemudiannya berpatah balik. So, kami tunggu saja mereka berdua di sana.

Bila kami dah bergerak dari situ, kami berhenti pula di RnR Seremban untuk berjumpa dengan Lan dan Shahrul (and family). Tak tertinggal juga 3 ahli Jaquezee tak rasmi iaitu Ida, Ana dan Reza.

Ijat yang bersungguh² membawa kereta Sue.

Ni time bergerak kat lebuhraya. Lan yang amek gambar.

Sampai saja di Felda Resort, kami semua mulalah "bergotong-royong" menghampar tikar dan mengemas barang² peribadi kami di tempat yang strategik. Aku pulak, lepas habis bersiap², aku mula menukar pakaian untuk terjun ke laut...

Hahahaha... Akulah orang pertama yang masuk ke laut diikuti dengan ahli² Jaquezee yang lain. Sebenarnya derang ni menunggu jer sesapa masuk laut dulu, tapi malu. Aku pun, bila tengok tak der sesapa yang nak masuk laut, aku la terjun dulu. Hehehehe...

Selain aktiviti mandi-manda, ada gak la kitaorang buat aktiviti lain, macam main Uno, main cap kelicap (tak lama pun, ramai yang tak pandai main game ni...), berkayak, berpelampung, main pasir dan makan beramai². Ada gak la yang buat aktiviti membuat istana pasir yang akhirnya roboh ditelan ombak. Hehehehe...

Ana, Shahrul dan parents, yang kecik tu pulak anak sedara Shahrul.

Memasing tak sabar nak mandi dah.

Ni gambar waktu kitaorang baru sampai. Tengah excited.

Man, Yan dan aku dipukul ombak jahat. :p

Time ni tengah main Uno.

Ijat yang kunun jadik duyung, tapi bentuk cam dugong.

Apa hal la Ijat tu, tengah kentut dalam pasir ke apa ntah...

Istana pasir yang Man dan Lan buat. Hancur dipukul ombak kemudiannya...

Terasa macam nak kambus je Ijat ngan muka² dia skali.

Sue sonok berada di pantai...

Tengah best² berenang, alih² tengok jam dan nak pukul 4.30 petang. Amboi... lama betul kitaorang bermandi² bagai anak² dugong. (^_^) Jadi tengok hari yang dah semakin lewat, kami pun bersepakat untuk pulang semula ke KL. Jadi selepas mengemas semua, mandi dan membilas, kami pun bertolak semula ke KL. Sampai di KL lebih kurang jam 8.00 malam jugak la.

Waktu² cenggini, lepas masing² dah sampai rumah, masing² menghantar mesej memberitahu badan terasa penat giler. Lenguh la... Gatal la... Macam²! Hehehehe... Penangan berenang setelah sekian lama. Hehehehe... dan itu dikira ok lagi, tunggu la lepas bangun tido esoknya. Ada yang amek cuti sebab badan sakit². Hehehehe... Aku kena kerja, jadik tak dapat la nak merehatkan badan yang penat giler nih.

p/s: Kulit muka pulak macam udang kena bakar. Merah jerrr... Hahahaha...
p/ss: Semua gambar courtasy dari kamera Lan dan Shahrul. Aku sedut dari blog Jaquezee. Kamera aku kaput waktu nih.

3 comments:

Pdah said...

Ha?? cap kelicap??
memori siot .. lama giler tak main .. wakakakakaka ..

shalocks said...

nape x letak pic pose maut abg izan tu..sure ramai awek2 tergoda..hehehe..sesape nk tgk g kat blog jqz..

Ijann Hj. Marzuki said...

gambar tu terlalu seksi untuk diletakkan kat sini... Kikikiki...