Cameron Highland Trip - Day One


I'll be posting about Cameron Highland Trip on 3 parts, and this post will also be posted in Jaquezeean's Blog.

Note: This is not a final post. New pictures may be added later...


Hari Jumaat yang lalu, kesemua 12 orang (9 ahli Jaquezee dan 3 ahli jemputan) yang mengikuti trip ke Cameron Highland telah berkumpul di Green Park dengan beg dan bekalan masing². Masing² tengah excited nak memulakan perjalanan ke Cameron Highland (especially aku sebab inilah first time ke sana).

Antara mereka yang pergi adalah:

- Ijann
- Ijat
- Lan
- Shahrul
- Bard
- Sue
- Man
- Yan
- Mak Ngah
- Ida
- Ana
- Reza

Sambil menunggu yang lain² sampai terutamanya yang jauh (Lan, Yan dan Man), kami yang lain mula mengambil sarapan pagi untuk mengalas perut. Maklumlah perjalanan jauh. Comes prepare la.


(Sedang menunggu ahli² lain datang)

Bila Man, Yan dan Lan sampai, kami pun mulalah membuat sedikit kerja pengemasan untuk memuatkan barang² BBQ biar senang apabila sampai ke sana nanti. Kami mula pack ayam BBQ kami ke dalam kotak polisterin yang diisi dengan ais supaya ayam tidak busuk. Termasuk la jugak dengan nugget, kentang goreng, sosej dan sebagainya.


(Separuh daripada barang² yang kami bawa)


(Ijat sedang menyusun barang makanan di dalam kotak polysterin)

Bila semuanya sudah siap, maka kami mulakan pula mengemas barang² ke dalam kereta yang telah ditetapkan masing². Oleh kerana kami semua ada 12 orang, maka hanya 3 kereta sahaja yang kami gunakan. 4 orang setiap kereta, manakala pembahagian kereta adalah seperti berikut:

Kereta Lan:
- Lan
- Shahrul
- Ana
- Reza

Kereta Sue:
- Ijat
- Sue
- Mak Ngah
- Ida

Kereta Man:
- Man
- Yan
- Ijann
- Bard




Selepas semuanya beres, kami pun memulakan perjalanan ke Cameron Highland dengan hati yang girang (ala² sedang berlari ke arah cahaya matahari yang sedang tenggelam...). Lebih kurang dalam jam 9.00 pagi.

Berikut adalah off topik sekejap setelah direquest oleh Yan (huhu!):

Semasa Yan sedang makan bihun goreng di dalam bekas tapaunya, dia terjumpa kulit telur di dalam telur matanya). Berikut adalah gambar kulit telur tersebut!


(Nampak tak kulit telur tu?)

Perjalanan kami yang mengambil masa lebih kurang 3 jam ke Cameron Highland, terpaksa melalui dahulu negeri Perak, sebelum kami mengambil simpang di Tapah untuk meneruskan perjalanan ke Cameron Highland.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami berhenti dahulu untuk mengisi minyak, membeli air dan rokok dan kemudiannya meneruskan kembali perjalanan ke tempat tujuan.


(Jari aku menunjukkan kereta Lan)



Pendakian kereta ke Cameron Highland memang sedikit mencabar tubuh badan. Dengan keadaan jalan yang bengkang bengkok bak "ular kena pukul" :p, masing² mengadu sakit kepala dan pening². Nasib baik tak ada di antara kami yang berhenti untuk muntah (nasib baik prepare awal²).

Sepanjang perjalanan ke atas, dapatlah kami melihat pemandangan kampung orang² asli yang berada di pinggir² jalanraya yang kami lalui. Walaupun keadaan mereka kelihatan daif dan miskin, namun sangkaan kami semuanya meleset apabila melihat kebanyakan rumah mereka ada yang dilengkapi dengan Astro dan kemudahan lain. Kira mereka ni nampak moden sikitlah. Tak macam yang kita sangkakan selama ni.

Kami berhenti seketika apabila sampai di pertangahan puncak Cameron Highland. Lan yang merupakan kepala bagi trip ini, telah membawa kami melawat seketika kedai teh yang berlatar belakangkan ladang teh (sebagai prelude kepada apa yang akan kami lalui sepanjang trip ini nanti). Punyalah excited kami semua, sehinggakan kami semua sibuk mengambil gambar kenang²an di situ, padahal trip baru saja nak bermula, (sungguh tamak haloba semuanya!)




(Meneruskan kembali perjalanan.)

Kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland iaitu di Tanah Rata. Di sinilah kami akan sattle down untuk 2 malam berikutnya. Tempat yang dimaksudkan adalah sebuah banglow (English Cottage) di kawasan penyelidikan Mardi (yang juga merupakan kawasan rumah rehat di Tanah Rata).

Tapi, sebelum kami dapat menduduki rumah itu, kami pergi dahulu ke kawasan tempat makan bernama "Orchid Food Corner" tidak jauh dari kawasan English Cottage tersebut untuk makan tengahari. Apa yang menariknya di sini adalah, semua ahli² Jaquezee kelihatan begitu lapar sekali pada waktu ini. Semua ahli² (kecuali Bard) kelihatan mengambil makanan tengahari dengan berebut² seperti sudah tidak makan nasi selama seminggu. Ini dapat dibuktikan apabila setiap ahli yang makan hanya meninggalkan pinggan yang kosong dan licin...



(Pasangan dua sejoli)



Setelah semuanya kenyang, kami bergerak ke kawasan penjualan barang² cenderamata yang tidak jauh dari situ. Tapi tak ada sesiapa yang kelihatan berminat untuk membeli kerana dirasakan waktu terlalu awal untuk membeli segala cenderamata dari situ.

Apabila tiba masanya kami menduduki banglow yang kami sewa, masing² ghairah untuk melihat seisi kawasan dalam banglow tersebut. Masing² meluahkan rasa puas hati dengan banglow tersebut. Memang sebuah rumah yang cantik dan mewah.



(Dah sampai ke English Cottage)


(Bard bergaya di depan English Cottage)


(Ijann plak yang bergaya)



(All good!)

Apabila semuanya dah sattle, kami berehat sebentar di ruang tamu beramai². Ada yang terbaring, ada yang telentang, ada yang duduk mencangkung... Sambil melihat semula "Raja Lawak" semi-final. Masing² berderai hilai tawa menontong lawak² kat tv tu.


Suasana keadaan luar yang hening dan sunyi, ditambah pula dengan keadaan yang dingin menyebabkan masing² hanyut. Ada yang terlena, dan ada jugak yang keluar sebentar untuk melihat keadaan luar yang nyaman. Memang tidak dapat nak dinafikan bahawa keadaan di luar memang cantik dengan taman² pelbagai bunga berwarna-warni menghiasi sekeliling banglow. Ada juga kolam, air terjun dan air pancut di hadapan banglow.

Dan aku selaku reporter trip dan juga unofficial photographer, tak terlepas nak mengambil gambar keadaan sekeliling banglow itu. Antara gambar² yang dapat diambil adalah seperti yang berikut ini:




Aktiviti pertama yang kami buat adalah persediaan untuk BBQ pada malamnya. Lan, Man, Bard, Reza dan Ijat telah ditugaskan untuk menghidupkan bara arang. Manakala Shahrul, Mak Ngah, Sue, Yan, Ida dan Ana pula ditugaskan untuk menggoreng kentang, coleslow, nugget, air dan sebagainya sinonim dengan kerja² perempuan.

Apabila arang sudah menjadi bara, lelaki yang ditugaskan untuk memanggang ayam, ikan dan hotdog pun memulakan tugas mereka. Makan masa jugalah kerja² ni. Bermula dari jam 6.30 petang sehinggalah jam 8.30 malam.










Apabila semuanya tersedia, seorang demi seorang mula meninggalkan ruang dapur dan menuju bilik masing² untuk membersihkan diri. Sebaik sahaja semua siap membersihkan diri, maka acara makan pun bermula. In-conjunction dengan harijadi aku yang lepas, majlis makan² ini juga diadakan untuk celebrate harijadi aku yang ke-30 (Pueh ati korang? Ekekekeke...) Sebiji kek tiramisu yang aku beli dari "Secret Recipe", aku boh decoration "JQZ" diatasnya sebab aku nak celebrate sama dengan kengkawan Jaquezee yang lain.

Di waktu makan² diadakan, kami semua menonton beramai² pertandingan "Raja Lawak" akhir yang memang telah menjadi salah satu aktiviti yang dirancangkan. Siaran langsung yang ditayangkan di Astro menemukan Nabil sebagai pemenangnya; seperti mana yang telah kami jangkakan sebelum ini...

Makan dan makan dan makan lagi kemudiannya...



(Man membaca doa sebelum majlis bermula)





Berakhir sahaja Raja Lawak, maka berakhirlah aktiviti kami pada waktu ini. Masing² membersihkan meja dan lebihan makanan tadi. Ada yang telah tertidur kemudiannya, dan ada juga yang meneruskan aktiviti permainan kad terup.


Hari ini berakhir seperti yang telah dirancang. Masing² hendak menghabiskan hari ini dengan berehat sebelum bermula dengan aktiviti esok. Nak tau aktiviti apa yang kami lakukan, tunggu aje la esok bila aku postkan part 2 "Cameron Highland Trip - Day Two".

Bersambung...

Away...

I will be away for 3 days starting from tomorrow until Sunday. Maka tak adalah updates untuk blog aku selama 3 hari ni. Hehehehe...

Aku akan pergi bercuti ke Cameron Highland bersama² dengan kengkawan Jaquezee, setelah beberapa bulan plan untuk trip ni. Guess ini adalah trip terbesar yang pernah Jaquezeean buat setakat ni. Everyone is looking foreword for this trip especially for those who'd been buzy with work and personal matters. Aku pun excited sama nak pergi .Lagi pun aku mana pernah gi mana² vacation sebelum ni. 3 hari pun cukup la untuk unload semua beban yang ada kat kepala aku ni... Tambah pulak dengan kengkawan, sure seronok nanti!!!

So, kat sana nanti aku akan menyambut harijadi aku yang ke 25 yang ke-5 dengan kengkawan Jaquezee. Setelah aku postponekan sambutan harijadi aku pada Selasa yang lepas. So, kire macam kemuncak nyer la kat sana konon. Hehehehe...

Nanti aku akan tangkap gambar banyak² dan postkan acara pengholidayan aku kat Cameron Highland nanti kat sini. So stay tune! Hehehehe...

Till then, adios amigos!

All day long...

Tak ada apa yang aku buat untuk menyambut harijadi yang ke 25 ke 5 (Ehem ehem!!! 30). Hehehehe... Memang aku tak merancang untuk menyambutnya seperti yang telah difikirkan sebelum ni. Ini adalah kerana aku menanguhkannya sehingga 14 haribulan sewaktu aku dengan kengkawan Jaquezee bercuti di Cameron Highland nanti. Macam² yang telah kami rancangkan.

Dipagi harijadi aku, aku terlewat bangun untuk ke tempat kerja. Huhuhuhu... Aku tak bercadang untuk bercuti hari ini seperti yang aku lakukan pada harijadi yang sudah. Memang aku tak ada plan apa² pun. Bila terjaga saja dari tidur, aku tengok jam sudahpun menunjukkan pukul 7.05 pagi. Memang aku dah terlewat, terus aku bergegas ke bilik air dan mandi express, tukar kepada uniform dan kemudian bergegas ke stesen LRT. Nasib baik sempat!

Dalam LRT, aku sempat membaca mesej yang tak sempat aku baca malam tadi. Aku tertidur. Aku telah mendapat mesej daripada Alin, Adik (Terima kasih sebab ingat harijadi Angah! Angah terharu sangat²... Emmmm... Hadiah mana? Wakakakaka...), Shahrul, Lan, Sue dengan Lia (Thanks sebab ingat, tapi apsal la korang sebut ayat sakti tu! Huhuhuhu...)

Tapi orang pertama yang paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada aku adalah daripada favourite Girl aku yang call bila tepat jam 12.00 tengahmalam tadi. Siap buat countdown untuk aku menyambut usia aku yang ke... mmmm... 25 ke 5. Chet! Dia mengucapkan tahniah kepada aku terana menyertai kelab veteran! Warghhhh!!! Tidak!!!! Not that magic word! Ekekekeke...

Sampai di pejabat, aku disambut dengan ucapan selamat harijadi daripada Kak Shima. Dia menghulurkan hadiah kepada aku (seperti mana yang telah dijanjikanya. :p) Kemudian daripada yang lain²nya pula. Dan jam² aku yang berikutnya dipejabat berlangsung seperti hari² biasa. Cuma hari ni, ada mesyuarat tergempar sket yang bos buat (Best tol hadiah harijadi yang bos aku bagi! Huh!!!)

Dalam waktu mesyuarat ni, aku dapat panggilan pulak dari Mak ngan Along. Derang mengucapkan selamat harijadi kat aku pulak (Terima kasih sebab ingat! Huhuhuhu... Terharu! Terharu!). Tapi aku tak dapat cakap lama sebab tengah dalam meeting. Aku ambil panggilan ni pun kena keluar bilik meeting kejap.

Habis kerja, aku bergegas ke KLCC sebab aku dah berjanji untuk berjumpa dengan seseorang di sana. Seorang kawan yang telah lama aku kenal di YM, tetapi baru pertama kali kami hendak berjumpa. Aku tak dapat berjumpa lama dengan kawan aku ni sebab malamnya aku ada hal yang dibuat secara tiba². Jadi lebih kurang jam 7.15 malam, aku pun bergerak pulang ke rumah. (Thanks for the lovely gift! I'll cherish it much!)

Dalam perjalanan nak pulang, semasa dalam LRT, Abah pulak call. Abah pun ucap selamat harijadi kat aku (Hehehehe... Terharu sekali lagi!).

Sesudah sampai ke rumah dan menukar baju, aku turun ke Green Park, untuk meneman Kak Zie ke pasar Chow Kit. Kak Zie berjanji nak belanja aku makan. Huhuhuhu... Dia cakap dia terlupa hari ni harijadi aku, so dia cakap dia tak sempat nak bagi apa² hadiah. So dia hanya mampu membelanja aku makan je. Hehehehe... Aku tak kisah pun. Bukan hadiah yang aku nak pun. Asalkan dia ingat dah la. Harijadi aku yang dulu² pun masih lagi aku simpan, jadi kalau harijadi kali ni tak ada hadiah dari dia pun aku tak kisah. Asalkan aku dapat sambut harijadi dengan dia pun cukuplah.

Lepas aku berdinner ngan Kak Zie, kami pun pulang semula ke Green Park. Aku pulak berjumpa dengan bebudak Jaquezee. Memasing mengucapkan slamat harijadi yang ke-30 kat aku (Siot! Mereka semua telah menyebut ayat sakti itu di depan aku!) sambil ketawa berdekah². Hampressss!!! Then, derang memaklumkan kat aku yang esok ada meeting sekejap pasal pengholidayan ke Cameron Highland Jumaat nanti.

Lebih kurang jam 11.30 malam, aku meminta diri nak balik. Bukan apa, aku nak end kan harijadi aku sendirian kat rumah sengsorang. Bila sampai je kat bilik, aku terus buka pc dan kemudian mencari semula lagu "Lost my music", aku pasang kuat² sambil menyanyi sama lagu tu...

Lost my music

hoshizora miage watashi dake no hikari oshiete
anata wa ima doko de dare to iru no deshou?

Point out the light that belongs to me up in the starry sky.
Where are you now, who are you with?


tanoshiku shiteru koto omou to samishiku natte
issho ni mita CINEMA hitori kiri de nagasu

I feel lonely when I think of the fun we have,
I weep alone in the cinema we used to go to together.


daisuki na hito ga tooi
toosugite nakitaku naru no
ashita me ga sametara
hora kibou ga umareru kamo Good night!

The person I love is far away,
So far that I'm almost crying.
When I open my eyes and wake up tomorrow,
A new hope will perhaps be born, Good night!


I still I still I love you!
I'm waiting waiting forever
I still I still I love you!
tomoranai no yo Hi!!

I still I still I love you!
I'm waiting waiting forever
I still I still I love you!
I just can't stop! Hi!!


nemuri no fuchi de yume ga kureru omoide no One day
anata no kotoba niwa sukoshi uso ga atta

Deep in my sleep, my dream brings back memories of "One day".
There, I realized that your words contained a few lies.


hanasanai yo to kimi dake dato
dakishimeta noni
yakusoku fuwari to kurai yoru ni kieta

Though you said you wouldn't let go and that I was your one and only,
And though we embraced each other,
Those promises gently faded into the dark night.


daisuki na hito yo itsumo
itsumade mo sagashite shimau
kitto me ga sametemo
mada maboroshi wo kanjitai Morning

I will search for the person I love,
All the time until the end of time.
Even if I were to open my eyes and wake up,
I would keep longing for this illusion in the Morning.


I lost I lost I lost you!
You're making making my music
I lost I lost I lost you!
mou aenai no? No!

I lost I lost I lost you!
You're making making my music
I lost I lost I lost you!
We can't meet again? No!


daisuki na hito ga tooi
toosugite nakitaku naru no
ashita me ga sametara
hora kibou ga umareru kamo Good night!

The person I love is far away,
So far that I'm almost crying.
When I open my eyes and wake up tomorrow,
A new hope will perhaps be born, Good night!


daisuki na hito ga tooi
toosugite nakitaku naru no
kitto me ga sametemo
mada maboroshi wo kanjitai Morning

I will search for the person I love,
All the time until the end of time.
Even if I were to open my eyes and wake up,
I would keep longing for this illusion in the Morning.


I still I still I love you!
I'm waiting waiting forever
I still I still I love you!
tomoranai no yo
I still I still I love you!
I'm waiting waiting forever
I still I still I love you!
mata aeru yone? ne!!

I still I still I love you!
I'm waiting waiting forever
I still I still I love you!
I just can't stop! Hi!!
I still I still I love you!
I'm waiting waiting forever
I still I still I love you!
We will meet again, right? Right!!


p/s: Music ni ada aku provide kat link media belah kanan tu...

Aku berenti nyanyi sampailah tepat pukul 12.00 tengahmalam 12 haribulan Mac, 2008. Lepas je habis aku nyanyi lagu ni, tetiba terasa sayu kat hati aku. Tak tau kenapa. Mungkin sebab aku terasa aku bukan lagi seperti dulu...

But what the hell! As long I'm happy and pretending that I am still young. Heeee...

I had a good day today. Eventhough it was not perfect, but it was still a good day! A special day indeed!

25 yang ke-5...









I'm old but yet young at heart. Sort of! Hehehehe...

Aku sukakan usia 25 dan bagi aku, 25 merupakan umur paling senang bagi aku menikmati hidup. Terlalu banyak perkara yang berlaku ketika aku berumur 25 tahun...

Dan sekarang, at this very moment, aku sedang menyambut ulang tahun yang ke-5 usia aku 25 tahun. 11 Mac adalah tarikhnya. Mungkin bunyiknya sedikit pelik dan mungkin juga bunyiknya seolah² aku tidak mahu menerima kenyataan bahawa aku sudah pun berumur 3 dekad lamanya. (Ye la ye la... Aku dah 30 tahun!!!) Ada gak yang cakap aku ni poyo! Lantak la ko, janji aku bahagia! Tapi, aku tetap akan mengatakan bahawa aku berumur 25 yang ke-5 kepada sesiapa yang bertanyakan umur aku. Sekadar untuk mengingatkan aku bahawa hidup ini terlalu pendek untuk dinikmati dan terlalu singkat untuk diharungi. Kalau boleh aku ingin merasai semuanya...

Dan semakin banyak tambahan tahun yang ditambah pada umur kedua pada usia 25 tahun itu, semakin terasa sedih aku rasakan kerana terlalu banyak perkara yang masih lagi tertangguh untuk dilakukan. Semakin sukar untuk aku lakukan, semakin kuat tekad aku untuk melakukannya. Sungguh, aku rasa bagai semalam aku menjalani hidup di bangku sekolah dan sekarang, mengharungi payah jerih hidup di dunia realiti... Cuma satu khuatir yang masih membelenggu; jadikah aku seorang manusia?

Selamat ulang tahun ke 25 yang ke 5 (30) buat diri sendiri! (^_^!)

Ntah la, berapa banyak yang akan aku dengar ulangan baris² ayat itu nanti. Berapa ramai yang akan mengingatinya, dan berapa ramai yang akan meraikannya, aku sendiri tak tahu. Sungguh! Aku tidak peduli semua itu. Hanya yang penting adalah hadiah! Kakakaka... Tak lah! Apa yang penting pada aku hanyalah peringatan pada diri sendiri tentang berapa banyak yang telah aku pelajari selama nafas ini bergerak naik turun semenjak aku dilahirkan. Berapa banyak kesilapan yang telah aku sempurnakan, dan berapa banyak ibadah yang telah aku tunaikan. Adakah aku belajar dari apa yang aku lalui, dan sekiranya itu masih lagi tidak manjadikan aku "manusia", tak tau la aku apa aku sebenarnya...

p/s: Sedih masih lagi terasa sekelumit di hati ini!









(Wajah² orang tak tak mo ngaku tua! Hahaiii!!!)