Pertandingan Dekorasi Hari Raya...

Hari ni, aku dengan semua bebudak pejabat sibuk mendekorasi halaman depan pejabat kami untuk Pertandingan Dekorasi Hari Raya yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekriasi Hospital Pakar Ampang Puteri. Kesibukan semua bermula pada awal jam 8.30 pagi sehinggalah 12.30 tengahari tadi...

Mesyuarat awal untuk menghias unit kami ini telah dijalankan awal minggu lepas dengan briefing pagi dan kemudiannya mengatur kerja² sesama kami. Aku telah ditugaskan untuk melakarkan hiasan awal di atas kertas dan diajukan kepada semua ahli di dalam unit untuk persetujuan. (Huhuhu... Aku lupa nak ambik gambar lakaran aku tuh. Nanti aku hapdetkan gambar tu kat sini.)

Dan setelah dipersetujui ramai, kami memulakan mendekorate bahagian depan pejabat kami tadi. Dengan bertemakan "Hari Raya di Perkampungan Moden", dan dengan menggunakan bahan² terpakai dan recycle, tiada masalah untuk kami mendapatkan bahan untuk dijadikan asas utama dekorasi.

Antara bahan² terpakai yang digunakan adalah seperti kadbod, kertas surat khabar, daun kering, daun kelapa, ranting kayu, polisterin terpakai, kayu dan sebagainya... Namun, selepas jam 12.30 tengahari, kami terpaksa menangguhkan kerja² mendekorate kerana ada di antara kami (termasuk aku) yang terpaksa menghadiri sessi stock take. Kerja² akan bersambung esok...

Sedang melekatkan daun kelapa pada kadbod.

Kerja² mewarnakan "pagar" dijalankan oleh ahli² yang lain.

Pagar yang telah sedia dicat. "Tingkap" pulak baru jer siap dipotong.

Masih lagi berbincang tentang apa yang perlu ditambah.

"Tingkap" yang dah siap dicat dan dilekatkan. Awan larat dibuat oleh bos aku, En. Fendi. Nice!

Daun² kering yang sengaja ditabur di dalam kawasan ber"pagar" untuk menunjukkan suasana halaman.

Dekorasi yang baru siap dibuat. Tetapi masih belum 100% siap.

View di bahagian kanan.

Pintu masuk dengan owning dedaun kelapa.

Pokok bunga yang di"rembat". Bukannya apa, daripada diletak kat hentah memana, baik kitaorang guna.


So, siaplah apa yang perlu dilakukan pada hari ini. Esok, tugasan akan disambung semula dengan menambah apa yang dirancang di dalam lakaran awal. Jadik, tunggukan update terkini. Hehehehehuu...

Sahur...

Ni adalah antara gambar² terdahulu yang sempat dirakam tetapi tak sempat dipublish dalam blog. Antara gambar² semasa bersahur di Restoran Siti Zubaidah dan juga semasa di MacD Jalan Pahang.

Restoran Siti Zubaidah

Tengah clearkan baki bonus dalam Hotlink sebab semua sepakat tukar ke postpaid.

Muka gembira Sue sebab dah bertukar ke postpaid. Tiada lagi topup!

Lan tukang dalang yang meracun Jaquezeean untuk menukar ke postpaid.

Yan dan Man, "Kami dah bertukar! Anda bila lagi?"

Wajah² gembira setelah bertukar ke postpaid sambil bersahur di Restoran Siti Zubaidah...


Di McD Jalan Pahang

Lan dan Shahrul dengan fries mereka...

Mak Ngah pun gembira dapat nugget. Ijat masa ni blom balik berak lagik!

Memenda yang kitaorang mengtekedarah...

Fries yang dah di shake! Pedas nak mampos!

@ KL Sogo

Smalam, secara spontan, rata² ahli Jaquezee berbuka di Sogo. Aku telah diberitahu oleh Mak Ngah bahawa dia dah mengajak semua ahli² Jaquezee untuk berbuka di sana bersama². Aku stuju jer. So, lepas kerja, terus aku bergerak ke Sogo dan kemudiannya berjumpa dengan the rest of the Jaquezeean.

Yang hadir tak lah semua, sekerat jer. Yang lain tengah kerja atau tak dapat info kot. Aku, Adi, Ijat, Mak Ngah, Lan, Shahrul, Man dan Yan... Hehu! nasib baiklah aku sampai cepat. Dapat gak ngecop meja sekangkang kera kat foodcourt tingkat 6 tu. Tapi, kami dapat berbuka dengan air saja, dan jugak popiah yang disponsor oleh Yan (masih bebanyak!)...

Habis berbuka, kitaorang gi shopping. Sampai la tutup Sogo tuh! Hehehu!...

Ni jer yang dapat dibuat berbuka. Tak sempat beli makanan sebab orang ramai nak mampos! Yang dalam kotak tu plak, popiah yang ditaja oleh Yan. Maceh!

Yan sengeh gembira dapat buka bersama² sekali lagi, walaupun dengan air dan popiah jer.

Lan dah tak tahan dengan godaan popiah... Muka gatal kucen! Hahaiii!!!...

Sebelah aku si Adi tu, nyembang tak hengat! Terbukak jer mulut. Aku plak kunun menten kool!

Bebudak lain bantai menyoping, kami bertiga dok luar kat blah tangga berasap!

A picture to remember!

Once a friend, always stay friend!

Untuk adikku yang kian menua! Hehe!!!


Selamat Hari Jadik kepada Baby Brother aku yang disayangi; Maznifirdaus bin Haji Marzuki yang ke20 buat kali ketiganya. Her her her her!!! Semoga panjang umur dan murah rezeki!

p/s: Semoga kita perhubungan kita adik beradik semakin erat!

Majlis berbuka puasa MDC old timer! Hehehe...

Tadik aku baru saja menghadiri sessi berbuka puasa dengan ahli² lama MDC sekitar tahun 2001-2005. Ramai gak la yang hadir termasuk presiden lama dan baru MDC, dan jugak ahli² yang boleh dikatakan aktif ketika itu.

Aku tak tau la nak sebut cemana kedai makan yang kitaorang gi tadik. But, it was fun tho! Terungkap kembali cerita² lama yang masih lagi segar dalam ingatan. Sesekali bersama cenggini, semuanya tercerita dan berderailah helai tawa. Huhuhuhu... Malangnya, masa membataskan untuk lebih lama, dan kemudian selepas berbuka, kami semua terus pulang ke rumah masing².

Tapi sebelum pulang, sempat jugak la kami berborak sebentar di luar Sogo untuk berbincangkan hal-ehwal gathering MDC yang akan dibuat selepas hari raya nanti. Masih kasar lagi tentang apa yang hendak dibuat, tetapi plan sudahpun di atur... Hehehe... Aku ikut jer nanti! :)

Abe dan Jimi!

Sra ngan daughter.

Huhuhuhu... Anak Ery ngan Sra tak mo kat aku! Aku ibarat "monster" pada dia!

A happy family!

Bett dan Amoi!

Jimi budak baik!

Ja'a and family.

Time kitaorang gi berasap jap kat smoking area! Guly ngan Ja'a dalam pic.

Mardau dan Lisya.

Halaaaa... Ingat korang jer ada kamera? Aku pun ada! Kamera 1.5megapixel lagik tau!

Time minum² pas berbuka.

Abe yang sedang bermesra² dengan Ghost.

2 otai MDC; Guly ngan Mardau.

Baru dan lama. Presiden lama Pojie dan presiden baru Bett.

BK yang tengah beristirehat!

Abe dah nak balik...

Anak Ery yang tak mo diamek gambo. Hampeh!

Tapi berjaya jugak!

Ja'a and son! Hehu!

Apa la yang si Lisya tengah menungkan tuh!

Tengah dok berbincang tentang Gath Raya nanti.

Gambo curik si Mardau!

Dapat tau aku cuba curi gambo dia, terus dia keluarkan jurus² Naruto dia! Hiarghhhh!!!

Dok la situ Atuk! Jadik penyambut tetamu stesen LRT. Miahahahaha...

Dan berakhirlah sudah acara berbuka puasa untuk tahun ni. Tahun depan buat lagik ek!

Tak tau cemana solution!


Kehampehan komputer yang masih belum berjaya diselesaikan. Tak tau la apa cara lagi nak aku buat dengan pc nih. Memacam cara dah aku try buat supaya keadaan pc jadik baik macam biasa. Nak tau apa yang jadik ngan pc nih? Tiap kali on, sure dia akan mati dengan sendirinya dan merestart dirinya mengikut kesukaan hatinya... Hadula...

Sapa ada solution, mintak tulun!

Permanently deleted!

Huhuhuhu... Dengan ini, aku nak mengishtiharkan bahawa sister site blog aku nih yang dulunya dipanggil "Harian Ijann" telah pun aku delete secara "permanent". Bukannya apa, sebab aku dah tak ada masa terluang untuk menulis log harian. Sedangkan blog ni pun aku tak terhandle... (!) nak boh site baru lagi la aku tak dapek. Mintak maaflah bagi sesiapa yang dok terpikir ke mana menghilangnya Harian Ijann tu. Sorry to say, it got to go! Huhuhuhu...

Apa² pun, site ni still lagi menten! Hehehehe...

Shoubox!

Semenjak 2 menjak nih, ramai lak yang soh aku boh shoutbox kat blog aku nih. Senang kata derang nak anta mesej. Tak payah nak boh komen ker haper. So, aku dah boh dah shoutbox tu kat sini, boh ler apa menda yang korang nak cakap. Tapi kalo yang tak best, haku delete jer. Hohohoho...

Bad days!!!

Huhuhuhu... Dah lama betol tak buat post. Disebabkan terlalu banyak aktiviti yang hendak dilakukan, makanya aku telah tidak dapat nak meluangkan masa untuk mengepost sesuatu di dalam blog ini. Yelah! Mana tak nya, dah bulan puasa la katakan. Nak anjurkan itu, nak anjurkan ini... Nak tak nak, kenalah buat. Dah kerja. Pastu plak, banyak dengan kerja yang ala² berlambak delat opis nun. Kenalah buat² bizi.

Ntah cemana laks, aku kena demam lak tempohari. Lagi la tak dapat nak buat post. Terbabas jugak la puasa aku dua hari sebab demam tempohari. Tak dapat MC lak tuh! Hangin satu badan. Dok la aku kat opis dengan muke seberk macam ayam berak kapur. Dok kat meja asik nak lelap jer disebabkan minum ubat batuk. Aduiyaiiii...

Tapi sekarang dah okeh dah!... Boleh kot buat posting bebanyak! Doakan aku sihat selalu! :)

Urghh!!!

My body is exhausted! Why? I woke up at 6 am, went to work, did my job which did a lot of thinking infront of the screen, went back home, repair my friend's pc, then went down to GP and had my "break-fasting", went back home again to continue repairing the pc, got back to GP for my sahur and then again, continue repairing the pc until I done it. Then did some clean-up, and then on my way to dream land... well that was around 2.30 am, which I did not realized time passed by! 2.30 am to 6 am... Only 3 and half hour to get my sleep!

Then the routine continue... That is what happening lately! Not to complain, but I'm tired! Not enough sleep... Huhu...

No wonder Sunday is my "world sleeping day" for me!

Cruisin'


Lamanya rasanya tak buat post! Bukan apa... Rasa malas nak mengupdate begitu terasa dikala waktu berpuasa ni. Balik rumah pun dah kat 1-2 pagi. Maklumlah! Gi bersahur dengan bebudak Jaquezee.

Anyway! Aku jumpa balik lagu yang aku minat satu ketika dulu. Begitu soothing dan mellow! I love it soooo much! Enjoy it!

p/s: Later ya! I promise!

Berita tertunggak....


P1, THE FIRST IN MALAYSIA TO OFFER WiMAX SUBSCRIPTION NOW

KUALA LUMPUR - Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1), the first Malaysian WiMAX converged telco and subsidiary of Green Packet Berhad, today officially opened its doors for Malaysians to subscribe to its WiMAX services, branded as P1 W1MAX.

Yang Berhormat Dato’ Shaziman Abu Mansor, Minister of Energy, Water and Communications was there to officiate the historic accomplishment at the grand launch of P1 W1MAX services.

P1’s CEO Michael Lai said, "We are indeed proud of the fact that we have put Malaysia on the world map of WiMAX. Today, not only is P1 the first WiMAX operator in Malaysia to open for subscriptions, but we are also one of the first in the world to offer WiMAX service commercially. We believe that WiMAX will change the Malaysian broadband landscape and the way we live, learn, work and play, and lay the foundation towards achieving Malaysia’s National Broadband Plan and MyICMS 886 objectives because of the very strong proposition of the WiMAX eco-system known as the DNA- Device, Network and Applications are, all in place."

Lai also thanked the Malaysian government for having the foresight on the potential of WiMAX as a catalyst for the nation’s development, and being one of the first countries in the world to issue the WiMAX license as early as March 2007.

P1 today introduced two promotional packages to meet consumer and business needs. The promotion runs from 20 August to 30 September 2008.

Click here to view our launch promotions.

P1 W1MAX broadband is now available immediately in the following areas: KLCC, Golden Triangle, Pekeliling, Setapak, Gombak, Seri Rampai, Sentul, Pudu, selected areas in Subang Jaya, USJ 1, USJ 7 and Subang Hi-Tech area. P1’s deployment is supported by Intel, which recently invested RM50 million (approx. US$15m) in P1’s parent company, Green Packet Berhad.

In addition, by the end of 2008, P1 targets to extend its WiMAX broadband coverage to Petaling Jaya, Damansara, Klang and Port Klang and others within the Klang Valley; Johor Bahru; Kedah; Perak; Negeri Sembilan; Melaka and all major towns and cities in the West Coast of Peninsula Malaysia.

P1 made another historical milestone today having received the honorable status in the Malaysia Book of Records on two counts,

1. The First WiMAX Telco
2. The First 10 WiMAX subscribers

Ryaz Patel, Country Manager, Sales and Marketing, Intel Malaysia who attended P1’s grand launch today said, "This is a significant milestone in the growth of WiMAX globally. "IDC Malaysia indicated that notebook sales in Malaysia had continued to outpace desktops during 2008, with more than 1.3 million units sold – representing nearly 60 percent of the total available market in Malaysia. Intel believes the increasing availability of high-speed wireless broadband, such as P1’s 802.16e WiMAX network, will accelerate this trend towards adoption of mobile computing in Malaysia and beyond."

"The value proposition of 802.16e WiMAX is the Internet as it was meant to be: open, fast and mobile," Patel continued. "2008 is a milestone year for WiMAX, with more than 300 trials and commercial deployments underway worldwide. Intel will continue to support the growth of the WiMAX ecosystem in Asia," said Patel.

For more information about P1 W1MAX, please contact our customer careline at 1300 800 888 or log on to www.p1w1max.com

p/s: There you have it. I wasn't bluffing!

Lazy!~

Huhuhuhu... Kemalasan tahap memuncak! Aku terasa begitu malas untuk mengupdate blog sebab terlalu banyak komputer untuk diperbaiki. Yang terbaru, PC Man dan Yan. Dan seterusnya, mungkin aku tak ambil lagi dah. Aku dah nak bersara daripada arena membaiki pc nih. Hehehehe...

Tapi entah la. Kalau kerja aku yang akan datang berkisar kepada kerja² membaiki PC jugak, terpaksalah aku buat! Tapi itu pun mungkin setakat di ruangan kerja jer.

Hmmm... Hari ni cuti! So, level tahap kemalasan tu, mungkin 2 kali ganda kot. Hehehe... Terukkan aku nih! (^_^)v

Ramadhan datang lagi!!!

Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi dengan limpah rahmat yang diturunkan oleh Allah kepada seluruh alam. Sekali lagi kita semua dapat menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah, aku menyambut Ramadhan ini dalam keadaan diri yang masih sihat dan walafiat agar aku dapat menjalankan ibadat² dengan mudah.

Aku ingin mengucapkan kepada semua yang mengunjungi blog ijannslife, "Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa dengan sepenuh hati. InsyaAllah...