@ KL Sogo

Smalam, secara spontan, rata² ahli Jaquezee berbuka di Sogo. Aku telah diberitahu oleh Mak Ngah bahawa dia dah mengajak semua ahli² Jaquezee untuk berbuka di sana bersama². Aku stuju jer. So, lepas kerja, terus aku bergerak ke Sogo dan kemudiannya berjumpa dengan the rest of the Jaquezeean.

Yang hadir tak lah semua, sekerat jer. Yang lain tengah kerja atau tak dapat info kot. Aku, Adi, Ijat, Mak Ngah, Lan, Shahrul, Man dan Yan... Hehu! nasib baiklah aku sampai cepat. Dapat gak ngecop meja sekangkang kera kat foodcourt tingkat 6 tu. Tapi, kami dapat berbuka dengan air saja, dan jugak popiah yang disponsor oleh Yan (masih bebanyak!)...

Habis berbuka, kitaorang gi shopping. Sampai la tutup Sogo tuh! Hehehu!...

Ni jer yang dapat dibuat berbuka. Tak sempat beli makanan sebab orang ramai nak mampos! Yang dalam kotak tu plak, popiah yang ditaja oleh Yan. Maceh!

Yan sengeh gembira dapat buka bersama² sekali lagi, walaupun dengan air dan popiah jer.

Lan dah tak tahan dengan godaan popiah... Muka gatal kucen! Hahaiii!!!...

Sebelah aku si Adi tu, nyembang tak hengat! Terbukak jer mulut. Aku plak kunun menten kool!

Bebudak lain bantai menyoping, kami bertiga dok luar kat blah tangga berasap!

0 comments: