Selamat bertunang buat Alang!

Hari yang ditunggu² oleh keluarga aku dah pun tiba. Hari ini (Ahad 6.7.2008) adalah merupakan hari rasmi pertunangan Alang dengan Siti. Jadi, ini adalah merupakan hari istimewa buat keluarga kami.

Aku bangun lewat hari ni. Lebih kurang jam 9.00 pagi selepas 2 kali dikejutkan oleh Mak. Biasalah, hari Ahad memang hari aku bangun lewat. Jadi selepas, bersiap², kami sekeluarga pun mula bertolak dari Ipoh ke Parit 7, Sungai Sumun, Perak di mana rumah Siti tunangan si Alang berada. Pakcik Bakar dan Makcik Melah, juga seorang jiran kami Makcik Zah turut mengikuti rombongan ini (terima kasih daun keladi).

Antara barangan hantaran dari pihak kami.

Aku sponsor yang ni. Ahaks!

Tepat jam 10 pagi mula bertolak ke Parit 7. Aku naik kereta bersama Alang dan Adik. Mak, Abah, Pakcik Bakar dan Makcik Melah pula satu van. Manakala Along, Gee, Syahirah dan Makcik Zah pula menaiki satu kereta. Perjalanan kami agak jauh, lebih kurang 100 kilometer lebih untuk sampai ke sana. Kami akan berhenti rehat sementara di rumah makcik aku, Makcik Tun (adik kepada Abah) dan Pakcik Takim untuk bersiap² sebelum kami ke rumah Siti dan keluarga. Mereka juga akan turut serta dalam rombongan ini.

Van Abah dari jauh.

Kereta Along waktu berhenti di traffik light.

Ni plak,van Abah waktu berhenti di traffik light. Hehehe...

Sampai saja di sana, kami berehat sebentar untuk makan, sembahyang dan membetulkan hantaran yang dibawa. Manakala Alang pula bersiap untuk memakai pakaian yang lebih kemas. Maklumlah, orang yang diraikan! :p

Along ngan Adik.

Sedang rehat dari perjalanan yang jauh di rumah Makcik Tun.

Alang sebelum bersiap.

Dah ensom dah!

Setelah semuanya teratur dan sedia. Kami pun mula bergerak ke rumah Siti. Sampai di sana kami membawa keluar semua hantaran dari kereta dan mula bergerak masuk ke rumah Siti. Sudah tersedia ramai orang yang terdiri dari kaum kerabatnya menunggu ketibaan kami. Penuh setiap genap ruang di rumah itu dengan sudara mara untuk menyaksikan acara rasmi pertunangan antara Alang dan Siti.

Acara dimulakan dengan pihak lelaki memberi ucapan dan memberitahu tujuan kedatangan rombongan ke rumah itu. Ini diikuti pula dengan ucapan dari pihak perempuan. Hantaran yang kami bawa diberikan kepada pihak perempuan sebagai tanda penerimaan pertunangan. Acara menyarung cincin pula diadakan oleh Mak kepada Siti sebagai bukti bahawa Siti telah ditunangkan dengan Alang. Bila semuanya selesai, satu tahlil ringkas diadakan dan kami semua dijamu makan sejurus selepas itu.

Keluar dari rumah Makcik Tun untuk bergerak ke Parit 7. Pokok tu interframe la pulak!

Sanak saudara dah ramai berkumpul di rumah Siti.

Aku dapat snap dari beranda jer. Sebab dah terlampau ramai dekat dalam.

Pakcik Takim memulakan acara.

Siti dicium oleh Mak selepas menyarung cincin pertunangan.

Alang yang dok diam di luar dan tengah berdebar².

Along yang kepanasan! Hahahaha...

Maka, rasmilah Siti dipertunangkan dengan Alang. Sedikit sebanyak jelas diwajah Alang kegembiraan selepas bertunang dengan Siti, hanya menunggu masa sahaja untuk diijabkabulkan.

Sessi bergambar diadakan kemudiannya. Gambar² di antara Alang dengan Siti, keluarga kami dan keluarga Siti dan bermacam² gambar lagi diambil sebagai kenang²an.

Satu perkara yang best dan memeranjatkan aku! Dalam banyak² hantaran balasan tu, terselit gak untuk aku satu! Hehehehe... Siap ada label lagi yang bertulis "Angah". Al-maklum la, langkah bendul! Kui kui kui kui!!!!

Alang, Siti, Mak Siti dan Mak.

Antara barang hantaran balasan.

Uik! Aku punya pun ada? Hehehehe...

Semuanya dah selesai!

Habis sahaja acara resmi itu, kami bertolak semula ke rumah Makcik Tun dan Pakcik Takim untuk berehat dan melihat barang² hantaran balasan daripada pihak keluarga Siti. Sejurus kemudian, kami bertolak semula ke Ipoh dan sampai pada waktu malamnya.

p/s: Selamat bertunang angah ucapkan kepada Alang dan Siti.

Journey back to hometown!

Lepas kerja kemas mengemas opis hari Sabtu hari tu, aku, Along ngan Gee dah bersiap sedia untuk bergerak pulang ke Ipoh. Minggu ni adalah hari special untuk kami sekeluarga di mana Alang akan melangsungkan pertunangan rasmi dengan Siti.

Tapi sebelum tu, kitaorang kena ambil Adik dulu kat Perhentian Pekeliling. Suppose Adik balik Ipoh pada hari Jumaat hari tu, tapi bas dari Jerantut ke Ipoh dah habis. Terpaksalah dia mengambil bas dari Jerantut ke KL dan kemudiannya mengikuti kami ke Ipoh pula. Bagus la dia ada. The more the merrier! Boleh aku bermain Metal Gear Solid : Portable Ops ngan dia. Hahahaha...

Perjalanan kami pun bermula lepas ambil Adik. Dia dulu drive sebab Along cakap dia tak larat nak bawak kereta. Tangan dia lenguh² dan sengal sebab gi gym hari tu. Aku pulak jadik co-pilot. Hehehehe... Macam biasa la!

Sronok la tu dapat bawak keta!

Dok blakang diam²!

Co-pilot tau amek gambo jer!

Then kami berhenti sekejap kat RnR Rawang untuk mengisi perut! Lapo giler waktu nih. Maklum la, tak ada menda masuk perut sejak dari pagi tadik. Waktu pada ketika tu pulak dah dekat 3.30 petang. Mana tak berkeroncong perut memasing...

Aku tak tau apa motip aku amek gambo nih!

Nasib baik la orang tak baper ramai kat sini!

Lepas habis makan, kitaorang pun menyambung balik perjalanan balik ke Ipoh. Waktu ni, Along dah take over balik pemanduan kereta. Masa ni la aku ngan Adik bertarung MGS:PO kat belakang. Hehehehe... Pertarungan berlangsung hampir 1 jam dengan aku yang selalu menang dan Adik asyik kena head-shot. Kui kui kui kui! Balik nanti, ko gi la praktis lagik Dik! :p

Sempat lagi aku snap time kitaorang tgh men MGS:PO.

Ni tak tau apa motif. Sebab tangan sengal atau tau aku nak amek gambar dia...

Smoking time! Huhuhuhu...

2 generasi, gumuk dan kerempeng!

Gambo kat luar!

Lewat jam 6.00 petang, barulah kami sampai ke Ipoh. Tapi Mak, Abah, Shahira ngan Alin tak der kat rumah sebab membeli barangan kat Giant. So, kitaorang masuk la rumah dulu untuk berehat. Esok adalah hari penting dan pemanduan yang jauh untuk dibuat. So, kena rehat cukup²...

Spring cleaning!

Hari Sabtu hari tu, kitaorang kena mengemas dan membersihkan opis. Semua gara² sistem 5S yang diimplementkan kat hospital. Nak tak nak, kena la ikut. Meja yang penuh dengan barang² peribadi seperti poster, patung² plushies, gambar², bunga dan sebagainya, kini hanya tinggal barangan asas sahaja. Di atas meja hanya tinggal telefon, rak, fail dan alatulis sahaja. Manakala di kaki pulak, yang dulu penuh dengan kasut dan selipar, kini semuanya kosong. Huhuhuhu... Dull giler tempat!

Tempat aku yang macam orang baru kerja. Heh heh heh!!!

Masing² tengah bizi mengemas meja memasing.

Adli tengah pilih antara menda² kerja dan sampah.

Azman yang tengah shred memenda dia yang dah menjadi sampah.

Banyak kan sampah? Hehehehe...

Kak June yang tengah mengemas tempat kerja dia.

Tempat Kak Shima yang paling serabut di office. Inilah yang dikatakan "Junk megnet".

Tapi, rasa²nya, tempat ni tak la selamanya macam ni aku rasa. Mungkin lepas 5S edit, tempat masing² akan dipenuhi kembali dengan barangan² peribadi. Hehehehe... Mana tak nya, kalo meja kosong macam budak baru masuk kerja, sungguhlaaaa busan! Hahahai!!!!

Merapek 2!

Ni adalah gambar² merapek di opis yang aku ambil ketika menunggu Adli. Kitaorang nak gi tengok Hancock waktu tu, tapi dia ada hal lak. So, kena la aku tunggu opis sampai kul 8 malam. Huhuhuhu. Ketika bosan menunggu tu, inilah hasil² gambar merapek yang aku ambil di opis...

3 in 1.

Telephone.

Sampul surat.

Keyboard.

Alatulis.

On paper.

Cubical.

View of office from outside the window?

Hallway.

Butang turun

Ermmmm... Bilik mayat!

Aku nyer bayang waktu tengah tunggu LRT pas tengok wayang.

Laughing Octopus...

Aku semalam ada memperkenalkan kepada korang tentang BB Unit ataupun Beauty and the Beast Unit/Corps, iaitu boss² yang perlu dilalui dan dikalahkan oleh Snake waktu bermain game Metal Gear Solid 4 : Guns of the Patriots.

BB Unit ni adalah satu unit di bawah seliaan Liquid Ocelot yang terdiri daripada 4 orang wanita² jelita (real model in real world) yang telah mengalamai Post Traumatic Stress Disorder kesan daripada peperangan. Ini menyebabkan mereka berpotensi untuk dieksploit melalui skil² mereka semasa perang. Although their damage minds give them a momentous edge in combat it is also their greatest weakness.


Laughing Octopus
Her suit is equipped with four prehensile tentacle arms powerful enough to crush a human to death. Evidenced by the picture to the right, her arms are equipped with sensory outputs at the end of each arm, giving her the ability to detect enemies from around corners or through other covert measures. Her tentacle arms are also her mode of transportation, enabling her to move through narrow spaces at unprecedented speeds. As evidenced by her name, she takes glee in her fits of violence, laughing maniacally and saying things like "Isn't this funny?" or "Laugh with me!" as she slaughters various militiamen effortlessly. Also through her namesake, she possesses the ability to blend in with her surroundings, possessing the same technology as Solid Snake's OctoCamo.

Ni adalah versi orang betul.

Ini adalah gambar² yang dapat aku tangkap selepas mengalahkan "Laughing Octopus" versi Beast dan kemudiannya menjadi "Laughing Beast" versi Human. Hohohoho... Lihatlah dunia!!!













p/s : Nanti aku postkan plak 3 lagi boss dalam BB Unit ni pas aku kalahkan derang.

Beauty and the Beast!


I love BB unit in MGS4. They all hot!

Nothing!

1st post in July! Tak ada apa² yang interesting lately. Nak merepot menda yang best² pon tak der. Sebab tu la tak der apa yang nak aku postkan! Pergi kerja balik kerja... Balik main game atau tengok movie, and then tido. Itu la kerja aku seharian. Nak merepot menda kat tempat kerja lak, pun sama gak. Tak der apa pun yang interesting...

Hmmmm...