Aku di office...

Since aku dah tak buat kerja luar, bertimbun kerja aku nak buat kat opis. Hehehehe... Banyak lagi blom siap. PC lak lom siap sampai lagik, terpaksa la pinjam orang sebelah nyer. Tapi tak per, pc aku kununnya akan sampai tak lama lagik.


Snap² waktu tengah keje. (^_')


Huhuhuhu... Bertimbun statement nak siapkan!

p/s: Aku sekarang ni dok tempat baru. Bertentangan dengan tempat duduk lama aku. OK la tuh! Orang baru dok tempat lama aku laks!

As promised! Picnic di PD.

Seperti yang telah dijanjikan ari tu, aku postkan apa yang berlaku sewaktu aku pergi berkelah di PD pada 1 Mei hari tu. Kami telah berkelah di Felda Resort yang agak privacy dari tempat² lain di PD. Tak ramai ahli Jaquezee lain yang ikut berkelah di PD ni sebab ramai yang bekerja...

So, kami semua yang pergi (Aku, Sue dan Ijat) bertolak dari Sentul pada jam 7.00 pagi lebih kurang selepas bersarapan dan minum pagi. Dan kemudiannya bergerak ke lebuhraya menuju ke Seremban.

Sebelum itu, kami menunggu kedatangan Man dan Yan yang bergerak dari rumahnya (yang tak jauh dari situ). Memang kami dah berjanji untuk tunggu di tol Sungai Besi sebab tak perlulah Man dan Yan turun ke Sentul dan kemudiannya berpatah balik. So, kami tunggu saja mereka berdua di sana.

Bila kami dah bergerak dari situ, kami berhenti pula di RnR Seremban untuk berjumpa dengan Lan dan Shahrul (and family). Tak tertinggal juga 3 ahli Jaquezee tak rasmi iaitu Ida, Ana dan Reza.

Ijat yang bersungguh² membawa kereta Sue.

Ni time bergerak kat lebuhraya. Lan yang amek gambar.

Sampai saja di Felda Resort, kami semua mulalah "bergotong-royong" menghampar tikar dan mengemas barang² peribadi kami di tempat yang strategik. Aku pulak, lepas habis bersiap², aku mula menukar pakaian untuk terjun ke laut...

Hahahaha... Akulah orang pertama yang masuk ke laut diikuti dengan ahli² Jaquezee yang lain. Sebenarnya derang ni menunggu jer sesapa masuk laut dulu, tapi malu. Aku pun, bila tengok tak der sesapa yang nak masuk laut, aku la terjun dulu. Hehehehe...

Selain aktiviti mandi-manda, ada gak la kitaorang buat aktiviti lain, macam main Uno, main cap kelicap (tak lama pun, ramai yang tak pandai main game ni...), berkayak, berpelampung, main pasir dan makan beramai². Ada gak la yang buat aktiviti membuat istana pasir yang akhirnya roboh ditelan ombak. Hehehehe...

Ana, Shahrul dan parents, yang kecik tu pulak anak sedara Shahrul.

Memasing tak sabar nak mandi dah.

Ni gambar waktu kitaorang baru sampai. Tengah excited.

Man, Yan dan aku dipukul ombak jahat. :p

Time ni tengah main Uno.

Ijat yang kunun jadik duyung, tapi bentuk cam dugong.

Apa hal la Ijat tu, tengah kentut dalam pasir ke apa ntah...

Istana pasir yang Man dan Lan buat. Hancur dipukul ombak kemudiannya...

Terasa macam nak kambus je Ijat ngan muka² dia skali.

Sue sonok berada di pantai...

Tengah best² berenang, alih² tengok jam dan nak pukul 4.30 petang. Amboi... lama betul kitaorang bermandi² bagai anak² dugong. (^_^) Jadi tengok hari yang dah semakin lewat, kami pun bersepakat untuk pulang semula ke KL. Jadi selepas mengemas semua, mandi dan membilas, kami pun bertolak semula ke KL. Sampai di KL lebih kurang jam 8.00 malam jugak la.

Waktu² cenggini, lepas masing² dah sampai rumah, masing² menghantar mesej memberitahu badan terasa penat giler. Lenguh la... Gatal la... Macam²! Hehehehe... Penangan berenang setelah sekian lama. Hehehehe... dan itu dikira ok lagi, tunggu la lepas bangun tido esoknya. Ada yang amek cuti sebab badan sakit². Hehehehe... Aku kena kerja, jadik tak dapat la nak merehatkan badan yang penat giler nih.

p/s: Kulit muka pulak macam udang kena bakar. Merah jerrr... Hahahaha...
p/ss: Semua gambar courtasy dari kamera Lan dan Shahrul. Aku sedut dari blog Jaquezee. Kamera aku kaput waktu nih.

Rumah along...

Semalam aku adik-beradik semua berkumpul kat rumah along sebab along ada buat makan². Since adik aku paling bongsu datang KL, ni la waktu nyer kite orang nak bersama. Kalau tak... Hari raya la jawabnya.

So, sebab adik bongsu aku tido rumah aku malam sebelumnya (sebab nak test drive PS3), ingat sebelum nak bertolak ke rumah along, nak singgah KLCC jap. Tapi kensel sebab adik bawah aku kata dia nak datang rumah aku dulu. So, bila semua dah ada kat rumah aku, kitaorang pun bergerak la rumah along dengan menaiki kereta Kenari adik bawah aku tu...

Test drive controller "sixaxis".

Sorang tengah surf internet, sorang tengah men game, sorang tgk sibuk amek gambo.

Dalam lift pun nak amek gambo gak! Hehehe...

Keter adik aku... Kenari RS.

Ni dalam keta dia. Heeee...

Dah sampai dah. Adik aku ni ntah bila dia snap gambo ni pun aku tak tau.

Along a.k.a tuan punya rumah.

Dah sampai rumah dia, apa lagik... Kitaorang terkam jer la apa yang kakak ipar aku masak. Then pas makan, aktiviti tengok rerun rancangan konsert AF, dan kemudiannya acara tidur petang...

Tepat jam 5.00 petang, kitaorang bertiga bergerak ke hentian bas Pekeliling. Tiket yang adik bongsu aku beli jam 5.30 petang, so sampai sana ngam² la... Then, lepas antar adik aku naik bas pulang ke Jerantut, adik bawah aku ni antar aku balik pulak. Tu jer la apa yang berlaku semalam. (^_^)

Titiwangsa...

Sebaik sahaja aku habis dari movie gathering di Time Square, aku terus bergegas ke Titiwangsa. Sepatutnya aku dah berada kat situ jam 5.30 petang. Tapi disebabkan wayang habis agak lambat dan kami yang mengadakan movie gathering tu ke food court untuk makan, maka aku bergerak ke Titiwangsa lebih kuran jam 6.30 petang. Sampai sahaja ke Titiwangsa lebih kurang dalam jam 7.15 malm.

Hari dah nak gelap dah waktu tu. Tapi sebab aku dah berjanji dengan adik aku, aku pergi jugak walaupun terlambat. Nasib baiklah abang aku ada untuk fetch dia di stesen bas di Perhentian Pekeliling.

Aku ke Titiwangsa sebab abang aku ada training bola tampar di situ. Dia bawak adik aku sekali sebab dekat rumah dia tak ada orang. Adik aku akan tidur di rumah aku pada hari ni. Esok dia akan balik ke Jerantut...

Eye of Malaysia pada waktu senja.




Gambar² pasukan bola tampar abang aku yang sedang training.

Aku tunggu sekejap di gelanggang bola tampar tu untuk melihat abang aku training. Tengok jer derang training, aku yang terasa kepenatan derang. Hehehehe... Terasa gak nak main cam derang, tapi memandangkan badan aku yang dah membuak² nih, rasa²nya aku tak dapat laaa nak catch-up stamina derang. Huhuhuhu...

Aku ngan adik bongso aku mula bergerak ke Menara Orkid dalam jam 8.15 malam. Tapi dalam perjalanan balik, nampak pulak ada laser show kat tasik. Aku pun apa lagik. Dah ada peluang macam ni, teruskan aje la menonton show tu. Sambil² tu sempat gak ambik gambar dekat dengan Eye of Malaysia. Nak naik tak dapat la rasanya sebab dah lewat... Adik aku pun tak der mood nak naik menda alah tu.

Aku dekat depan Eye of Malaysia.

Ni pulak adik aku bergambar depan Eye of Malaysia.

Interframe lagik sekali lagi.

Huhuhuhu... Tak dapat naik!


Ambik gambo sekali lagik!

Dalam kami tengah berjalan² kat are tu, abang aku telefon adik aku bertanyakan di mana kami berada. Dia dah habis latihan katanya. Hahahaha... Boleh la menumpang abang aku balik Menara Orkid. Tak payah nak berjalan. :p Dah puas berjalan, aku ngan adik aku terus pergi berjumpa dengan abang aku dan kemudiannya pulang ke rumah.

Play-Beyond.NET movie gathering...


Hari ni, lepas je habis kerja, aku terus bergegas pergi ke Time Square. Aku memang dah bulatkan awal² kat kalender aku yang hari ni ada movie gathering yang diadakan oleh komuniti Play-Beyond.NET. Movie yang dipilih untuk gathering ni adalah "Iron Man".

Aku dari dulu memang teringin nak menjoinkan diri ngan gath Play-Beyond.NET ni. Tapi tak berkesempatan. Cuma kali ni jer aku dapat menjoinkan diri. So, terasa best gak la dapat berjumpa ngan derang nih.

Antara yang hadir selain aku di gathering ni adalah:

- Ninja/Enal
- Big Boss
- ana
- momochi
- Mr.Shiney
- ayusmi
- evo & wife
- raoul
- i7
- myxery
- edv & fren
- corez
- feroz

So, kat bawah ni adalah gambar yang Ninja ambik lepas movie gath tu.








p/s: Semua gambar² ni aku sedut dari forum dan ianya kepunyaan Ninja.

Labour Day eve...

Malam hari pekerja, sepatutnya ada meeting kat GP. Meeting untuk tentukan aktiviti apa yang akan Jaquezeean buat pada cuti esok hari. Tapi disebabkan hanya aku, Man ngan Yan jer yang ada, maka meeting dipendekkan dengan memberitahu aktiviti yang akan dibuat dan persediaannya pada mereka berdua. Lan ngan Shahrul balik ke Pajam, Sue, Ijat, Bard, Mak Ngan, Adi ngan Lia pulak kerja.

So, disebabkan ramai yang tak der, Yan ngan Man mengajak aku untuk keluar malam. Man mengajak aku untuk menonton wayang... Iron Man. Okay gak. Aku pun tengah dok bosan kat rumah tak buat apa. So aku setuju je la. So, aku mewar²kan pada yang lain. Hanya Ijat ngan Sue je yang setuju untuk pergi. Maka lepas Ijat ngan Sue sampai (lepas habis kerja derang), kami pun bertolak ke Pavillion.

Yan tengah menggigit jari menunggu Ijat dan Sue sampai.

Ijat yang baru sampai.

Sempat snap gambo sendiri waktu tunggu Sue.

Keta Man yang aku snap waktu benti kat traffic light.

Sampai kat Pavillion, terus kitaorang gi beli tiket. Luckily, dapat jugak kiteorang beli 5 keping tiket. Walaupun kedudukannya tak begitu best (baris paling depan debab full house), tapi kami tak kisah sangat. Depan pun depan la. Janji dapat tengok.

Tiket yang kitaorang beli tu ditayangkan pada pukul 12.50 pagi sedangkan waktu kitaorang beli tiket tu 11.20 malam. Huih! Sejam lebih nak tunggu tu. Sebab tak tau nak buat apa, kami berlima berjalan² la di sekitar Pavillion tu tanpa arah tujuan. Inilah waktu²nya yang aku dan yang lain² rasa masa berjalan amat slow dari biasa. Huhuhuhu...

Dok main lif kat Pavillion.

Tapi lift tak sampai²! Bulat sungguh muka aku! Huhuhuhu...

Uik! Gelapnya, ni aku dah lupa kat mana...

Apa tah yang Man buat kat Ijat tu. Main nyorok² ngan Yan ke ape si Man tu.


Ntah ke cemana, kitaorang melepak la kat Cofee Bean yang dah nak dekat tutup. Pas mengorder, kitaorang dok la reramai sambil mengadap ice-blended (kecuali Ijat yang order Cappucino). Masa nak masuk wayang pun lambat lagik. 30 minit... Huhuhuhu... Nasib baik la boleh dok melepak kat Cofee Bean tu lelama. Tak payah la nak membuang masa yang ntahape² kat luar tu.

Aku amek ice-blended mocha jer.

Man ngan Yan menikmati ice-blended yang rasanya macam ubat.

Sue ngan ice-blended Black Forest dia.

Bila masa dah time, kitaorang pun masuk la ke dalam panggung untuk menonton wayang. Masuk jer kat situ, masing² mengeluh dengan kedudukan seat yang teramat dekat ngan screen. First class la katakan. Memang layanan maksimum diberikan. Hehehehe...

Citer Ironman yang di tonton tu memang besh. Memang aku akan tengok sekali lagi disebabkan kebestan filem tu. Bila keluar panggung jer, semua berpuas hati ngan ceritanya. Dan tak der gak rungutan mengenai sakit leher kerana menonton cerita tu... Time kitaorang keluar pangung, waktu pada ketika itu adalah 3.30 pagi. MasyaAllah. Lewatnya. Esok dah la nak kena bangun awal. Kul 6.00 pagi lak tu untuk ke PD. Sempat ke aku bangun. Huhuhuhu...


Keta Sue ngan Yan yang tersadai kat tempat kosong sebab kitaorang ajer yang tinggal.

Itulah aktiviti yang kitaorang buat pada malam hari pekerja. Esok lak, kitaorang ada aktiviti perkelahan kat Port Dickson dan menjoinkan diri dengan Lan dan Shahrul sekeluarga ke sana. Nanti aku report pasal masa kat sana lak ek. Tu pun kena tunggu gambar² dari Lan (kalo dia nak bagik la...). Aku nyer kamera tak der bateri lak masa kat PD tu... Apa² pun, tunggu jer la.

p/s: Nak tido!!! Ngantuk sudah!

Aktiviti cuti hari pekerja...

Pada cuti hari pekerja hari tu, banyak gak aktiviti yang aku buat ngan bebudak Jaquezee. Bermula dari malam hari pekerja tu, sehinggalah habis hari pekerja, aku sibuk ngan kengkawan Jaquezee.

Yang boleh aku reportkan kat sini adalah aktiviti malam hari pekerja tu. Banyak gambar² yang aku ambek ngan hp aku. Tapi semasa hari pekerja tu pulak, aku dengan sedihnya nak memberitahu bahawa hp aku abis bateri sebab aku terlupa nak mengcas baterinya. Hadula... Kenapa la aku lupa nak cas, kalo dak dah lama aku post menda tuh.

Tapi tak per. Bila aku dapat gambar² dari telefon Lan, aku postkan kat sini. Sementara tu, korang baca la dulu aktiviti malam hari pekerja tu yang akan aku post nanti ek. Nak kuwakan dulu gambo² dari telepon...

Kawan lama...

Lama sungguh aku tak bersembang dengan kawan aku dari MDC (Melayu.com) nih. Kalau bersembang dengan dia ni, sampai esok pun rasa²nya tak akan abis. Ada jer cerita yang nak disembangkan. But, nowdays, seems like most of my chatting and MDC forumnist ni yang hilang satu persatu. Ada yang dah kawen, ada yang senyap terus...

Agak lama jugak aku kenal ngan Pidah ni. Kalau tak silap aku, dari tahun 1999 sewaktu aku giler dengan MDC dan aktivitinya. Tolak campur, dah nak dekat 8 tahun jugak la. Tapi jumpa sekali sekala je since dia berpindah ke Penang. Kalau tak, mungkin gak la berjumpa tiap² bulan... Hehehehe...

Ari ni aku nyembang ngan dia kat YM. Tapi tak dapat nak nyembang lama sebab blackberry dia abis bateri. Sempat gak la aku mintak nombor tipun dia sebab no dia dah lama aku ilangkan semenjak tipun lama aku tu hilang...


Pompuan Pidah (2/5/2008 9:29:41 PM): Alamak.. Hp aku nak habih bateri aaaaaaa
Pompuan Pidah (2/5/2008 9:29:42 PM): Aalaa dah kaya
Ijann (2/5/2008 9:29:54 PM): ok...
Pompuan Pidah (2/5/2008 9:29:59 PM): Ko jek kedekut
Pompuan Pidah (2/5/2008 9:30:12 PM): Kalau aku ter'off', paham2 la ye
Ijann (2/5/2008 9:30:15 PM): nnti bebila pree, nmpak aku online ke... tegur la...
Ijann (2/5/2008 9:30:24 PM): aku jer tegur... huhu...
Ijann (2/5/2008 9:30:26 PM): :D
Pompuan Pidah (2/5/2008 9:31:45 PM): Aku jarang online
Ijann (2/5/2008 9:31:54 PM): bebila la...
Ijann (2/5/2008 9:31:58 PM): hehe...
Pompuan Pidah (2/5/2008 9:32:06 PM): Hp nih kekadang jek dpt kat aku
Pompuan Pidah (2/5/2008 9:32:07 PM): O
Pompuan Pidah (2/5/2008 9:32:14 PM): Ok.. Aku sure tegur
Pompuan Pidah (2/5/2008 9:32:23 PM): Nanti one day kita pi makan sushi nak?
Ijann (2/5/2008 9:32:24 PM): masuk la tenet kt umah
Ijann (2/5/2008 9:32:30 PM): bleh
Ijann (2/5/2008 9:32:35 PM): peberet aku tuh!
Pompuan Pidah (2/5/2008 9:32:41 PM): Boipren aku jauh... Susah beno nak kuar.
Ijann (2/5/2008 9:32:48 PM): boipren?
Ijann (2/5/2008 9:32:53 PM): sapa boipren ko?
Pompuan Pidah (2/5/2008 9:32:57 PM): Ya ka? Yeyeyeyeyee aku pun sama laa
Ijann (2/5/2008 9:33:01 PM): ni berita panas nih!
Ijann (2/5/2008 9:33:03 PM): :p
Pompuan Pidah (2/5/2008 9:33:16 PM): Ada laaa... Tapi dia jauh...
Pompuan Pidah (2/5/2008 9:33:32 PM): Alaaa ko tak penah citer pasal gilpren ko pun
Ijann (2/5/2008 9:33:43 PM): nak tau baca la blog!
Ijann (2/5/2008 9:33:46 PM): hehehe...
Ijann (2/5/2008 9:33:56 PM): nanti bebila ko turun KL, bagitau la...


Tu sebahagian la apa yang aku chat ngan Pidah. Yang lelain tu, tak yah la aku paste kat sini. Tengah best nyembang, HP blackbery dia abis beteri. Abis la sessi pengchatan aku ngan Pidah. Bebila nanti sambung lagi. Hehehehe...

p/s: Pidah! Kalo ko baca post nih, jangan lupa komen. Hak hak hak hak!!! :p