Itu batu busar ada duduk!

2-3 hari ni, aku rasa malas je nak update blog ni. Bukannya apa... Rasa macam semangat ni dah luntur sket dek bahana kepenatan melampau, dan jugak atas beberapa perkara yang terjadik dalam idup aku kebelakangan nih. Tapi, itu bukannya alasan orang cakap... Mungkin malas yang kuat bertakhta disanubari.

Bila dah bukak blog dan nak buat post terbaru, terasa kepala ni diblock dengan menda² yang menyusahkan. Pandang ajer la field yang kosong tanpa ada benda yang hendak ditulis... Tapi, bila waktu berjauhan dari komputer (misalnya waktu dalam tren atau bas), banyak pulak menda yang boleh dijadikan bahan. Bila dah mengadap... blank!

Warghhhh!!! Mari lah... mari lah...

Ngantuk lagi!

Kemengantukan melanda diri aku sekali lagi. Entah kenapa aku begitu kuat untuk menidurkan diri sekarang. Mungkin kerana terlalu penat atau pun aku tidak cukup tidur pada malamnya.

Aku ingatkan, penyakit satu ni dah pun berlalu dan tidak lagi akan berlaku, tetapi ianya berlaku juga. Tak kira masa dan tempat. Pantang saja ada tempat yang membosankan yang tidak dapat aku larikan diri, pasti aku akan terlentok dan seboleh²nya hendak terlelep...

Buuuuu... (T_T) Kenapalah mengantuk sangat ni???

TTDBID Part 10

I never travel alone all by myself. It would be great if I can do that some time in my life. I want to see things outside my own caccoon. To see other things with my own eyes...

Pernah jugak terfikir nak gi bercuti ke kepulauan yang jauh sikit dari hiruk pikuk bandar, lari dari kesibukan harian dengan kerja² yang sedikit pun tidak dapat menenangkan kusut di kepala. Terfikir untuk berehat jauh di atas bukit yang sejuk sambil menghirup udara pagi yang sejuk menggigit peparu yang semakin hitam dari asap rokok yang menghilangkan ketegangan...

Satu hari itu mungkin pasti... No! Bukan mungkin! Pasti!

No thanks!!!

Sedang aku hendak balik dari penat bekerja, aku dihubungi kawan lama. Katanya nak berjumpa sekejap dan meminta sedikit pertolongan. Sedikit pun aku tak kisah dan terus melupakan penat yang dirasakan dan pergi berjumpa dengannya. Mungkin permintaannya itu penting yang memerlukan aku untuk menolongnya. Manalah tahu sekiranya satu hari nanti aku pula yang memerlukan pertolongannya...

Kami berjumpa di stesen LRT Ampang di mana dia bekerja. Kami berdua pergilah ke kedai makan yang berhampiran untuk mendengar apakah pertolongan yang dia perlukan daripada aku. Masalahnya cukup senang, bukan mahu meminjam wang, bukan juga meminta nasihat percintaan. Cuma meminta pertolongan daripada aku untuk menjadi penjamin untuk pinjaman wang hendak dibuatnya. Aku senyum... Sedikit pun tidak terasa di hati untuk menolak permintaannya itu. Wang yang hendak dipinjamnya itu hendak digunakan sebagai modal untuk memulakan perniagaan. Pertolongan yang bagi aku tidak sukar untuk ditolongi...

Tetapi sebelum bersetuju, aku memberitahu kepadanya bahawa aku bersedia untuk menjadi penjamin (dengan beberapa syarat yang aku kenakan...) dan dengan jelas dan terang aku memberitahu, bukan dia orang pertama yang hendak menjadikan aku penjamin. Malah sebelum ini, aku juga menjadi penjamin bagi rakan setugas di pejabat. Samada pinjaman wang diluluskan atau tidak disebabkan hal itu, aku tidak dapat memberikan jawapan...

Dia kemudiannya memberitahu bahawa tidak menjadi masalah bagi hal itu kerana katanya dia mempunyai teman yang boleh membereskan hal² sedemikian. Dan dia hendak membawa aku berjumpa dengan temannya itu pada waktu itu juga. Dia sudah awal² mengajak temannya itu untuk datang berbincang akan pinjaman yang hendak dibuat. Waktu ini, kening aku sudah aku angkat sebelah...

Tiba waktunya teman kepada kawan aku ini sampai dan membawa kami ke satu tempat di tengah² bandar Kuala Lumpur. Aku hanya menuruti dan apabila sampai sahaja ke tempat yang hendak mereka tujui (yang aku fikirkan sebuah bank), aku pelik dengan keadaan tempat yang begitu ramai orang datang bertandang. Aku  telah dibawa ke sebuah pejabat jualan langsung yang agak baru bagi aku. Aku kemudiannya tersenyum simpul dan kemudian menyumpah seranah di dalam hati keadaan yang sedang berlaku! Rupa², kawan aku ni hendak membuat pinjaman bank semata² untuk mengikuti syarikat jualan langsung itu. Aku sedikit tersinggung dengan ketidakjujuran kawan aku ni.

Dengan sedikit ketidakrelaan hati, namun masih dengan senyuman di bibir (kerana aku tak mahu kawan aku berkecil hati!)... Aku mendengar "upline" kawan aku ni berceloteh pasal hal marketing plan, produk dan segala hal itu dan ini... Mengajak aku untuk "membuka" sedikit fikiran dan mata untuk melihat dunia yang serba moden dan serba meterialistik ini. Semuanya memerlukan wang, wang dan wang... Cara mudah untuk mendapat wang.

Dalam hati aku hanya mengeluh panjang. Kenapa aku selalu terjerat dengan hal² seperti ini. Kenapalah aku selalu dibelenggu dengan hal² untuk menjadi kaya dan senang lenang yang bagi aku entah bilanya akan kekal lama...

Pandangan aku pada dunia meterial amat berlainan dari mata orang lain. Suka berkejar sana sini untuk menjadi kaya cepat (dan kayap cepat). Bukan aku katakan wang itu tidak penting untuk survival hidup. Bukannya aku tidak mahu duduk senang lenang dengan apa yang dikehendaki senang untuk didapati. Bukannya aku tidak cemburu dengan mereka yang dapat mengecap kemewahan dengan cepat... Semuanya aku rasa. Semuanya aku ingin. Tapi aku ada keinginan lain. Keinginan aku untuk memuaskan apa yang aku hendak di dalam hati dengan cara aku sendiri. Bukan sebegini!

Aku tahu, untuk mendapatkan wang, bukan sesuatu yang mudah. Tapi aku hendak merasai proses kesusahan untuk mendapatkan wang...

Aku tahu bukan senang untuk menikmati kemewahan. Tapi aku hendak merasai nikmat kepayahan bersusah...

Aku sedikit pun tidak kisah dengan kemewahan orang lain kerana bagi aku kemewahan bukan tahap untuk mengukur kepuashatian...

Untuk kawan aku itu, aku tahu dia mungkin berkecil hati kerana selepas habis penerangan itu, aku menolak permintaannya. Bukan kerana aku tidak minat, bukan aku tidak mahu kelihatan berjaya dan bukan kerana aku tidak membuka fikiran, tetapi aku ada perancangan aku sendiri. Aku tak mahu mengejar kemewahan, aku hanya mahu berpuas hati dalam erti kata aku sendiri walaupun dengan bersusah payah!

Hmmmm... No thanks! Ini bukan yang aku cari.


Complete listing...

Hari ni, lengkaplah senarai blog adik beradik aku. Masing² kini sudah ada blog sendiri. Senanglah untuk aku melihat perkembangan adik beradik aku, yang dekat mahupun yang jauh. Memang payah untuk kami mendengar suara masing² di telefon, namun sekarang; sekadar membaca apa yang tertulis di blog cukuplah untuk mengetahui berita terkini mereka...

Link ada kat bawah nun. Hehehehe...

Hari sedih...

Tanggal 18hb Februari 2008, adalah merupakan hari sedih buat keluarga aku, dan juga sanak saudara yang dekat mahupun yang jauh. Nenda yang dikasihi telah pun pergi meninggalkan alam fana ini pada jam 4.30 pagi berikutan sakit yang dialaminya semenjak seminggu yang lepas...

Aku telah menerima panggilan daripada adik aku dan dia telah memberikan aku berita sedih itu pada jam 6.15 pagi ketika aku sedang bersiap² untuk pergi ke pejabat. Dan kemudian aku pula menghubungi abang aku mengenai berita itu...

Setelah memaklumkan berita tersebut, aku bersama² adik, abang dan kakak ipar aku memulakan perjalanan ke kampung untuk menghadiri pengebumian nenda kami. Tepat jam 12.30 petang, kami sampai ke maslid Parit Lima, Hutan Melintang dan kami dapati orang² kampung sudah pun bersiap sedia untuk menerima janazah yang dibawa daripada Hospital Besar Kuala Lumpur.

Jenazah sampai sekitar jam 1.00 petang dan kemudiannya dibawa masuk ke dalam masjid untuk disembahyangkan selepas solat Zuhur. Sebelum masuk waktu Zuhur, rata² yang datang melawat sedang membacakan surah Yassin untuk arwah. Dan selepas masuk solat Zuhur, hadirin kemudiannya bersolat Zuhur berjemaah dan kemudiannya diikuti pula dengan solat jenazah.

Selepas siap, jenazah dibiarkan seketika untuk ditatap buat kali terakhir kepada ahli² keluarga. Di kala ini, ramai yang menitiskan air mata kesedihan dari sanak saudara yang terdekat. Aku tidak terkecuali... Meleleh air mata ini sebak melihat tangisan mak yang begitu terasa kehilangannya. Hati terasa begitu meruntun melihat kujur tubuh nenda yang kelihatan tenang di rahap.

Jenazah selamat dikebumikan selepas solat Zuhur dan kami sanak saudara beredar dari tanah perkuburan Parit Lima dengan hati yang berat. Semoga arwah diletakkan bersama² orang² yang beriman dan beramal soleh...

Pada malamnya, satu majlis tahlil ringkas telah diadakan dengan menjemput jiran tetangga terdekat dan juga sahabat taulan arwah, sebelum kami beredar untuk pulang ke rumah masing². Yang tinggal di rumah arwah adalah emak, abah, makcik² serta pakcik² untuk melakukan beberapa tugas yang perlu diuruskan.

Al-Fatihah!...

Saturday Oh Saturday!!!...

Sabtu yang menakutkan. Sabtu yang menyeramkan... Itulah apa yang boleh aku describe kan mengenai hari Sabtu yang mempunyai meeting di pejabat. Bukannya apa, aku seram dengan apa yang akan diberitahu oleh orang atasan aku mengenai kerja² yang telah aku lakukan...

Dah hari ini ianya menjadi kenyataan. Aku bertubi² ditanya, dikomen, ditegur dan diperbetulkan oleh orang atasan aku mengenai performance aku. Heh heh heh heh... Memang semuanya betul. Semuanya benar² belaka. Aku perlu mempertingkatkan usaha aku untuk memperbaiki performance aku yang stagnent selama ini...

Aku tak marah, aku tak pun melenting. Aku perlu dengar semuanya untuk aku memperbaiki prestasi aku. Walaupun aku telah melakukannya dengan penuh baik (I think!), but I see that it is not enough to my superior... Now, time for me to work work work and work!

Ganbatte ne... Ijann!!! p(^_^)q

TTDBID Part 9

I do have a hobby. And it is reading! Love to read even when I at toilet. Hehehehe... for light reading gitu. (^_^!) But I think that is not enough. I want to have one more hobby that I can spend my free time doing it and enjoying it!

Penah juga terfikir nak buat jigsaw puzzle, buat model... terfikir juga nak buat cross-stich but that too girly la! Hehehehe... Gardening pun pernah gak terpikir but itu satu benda lain yang perlu aku buat, so that is not something that I can include sebagai hobby.

Selalu aku browse kat Kinokunia di bahagian hobby and interest. Selalu aku tengok benda² yang boleh aku jadikan sebagai panduan untuk hobi terbaru aku nanti. So, happy hobby hunting for me!...

The Fenrir...





Actually, Fenrir means wolf. But in my case, The Fenrir means a bike. An imaginary bike used by Cloud in Advent Children. It is a cool kind of ride and if it available in real life, I'm getting it for sure!

New books to read...



Buku² terbaru yang aku beli untuk santapan minda aku dikala aku bosan semasa di dalam LRT. Hehehehe...

Sekarang, aku sedang membaca buku bertajuk "Cinta Tunggal" dan buku ni boleh la aku ketegorikan sebagai buku untuk "light reading" sebab isi kandungan yang ringkas dan straight foreword. Tak perlu nak fikir² apa yang akan terjadi seterusnya untuk mengetahui kisah selanjutnya. Buku ni hampir habis aku baca dan bacaannya hanya aku buat ketika sedang menaiki LRT untuk pergi dan pulang ke rumah. Tiada langsung bacaan semasa di rumah. Mungkin esok atau lusa akan aku habiskan semasa di dalam LRT.

Manakala buku kedua yang aku beli petang tadi iaitu "Aliya Elyana" masih lagi belum sempat aku tengok isi kandungannya, tapi bolehlah aku ketegorikan juga sebagai buku "light reading". Mungkin aku akan baca habis buku ni dalam minggu depan selepas aku habis membaca "Cinta Tunggal". Pun untuk bahan bacaan di dalam LRT.

Kebelakangan ni, aku memang tak ada bahan untuk membaca. Ada gak terasa dalam hati yang teruja nak ke perpustakaan negara. Bukan apa, kawan aku dah suggest aku dari buang duit beli buku, baik pinjam je dari perpustakaan. Aku bukannya apa, aku suka beli dan buat koleksi. Tapi tengok la. Kalo rajin nanti, aku pergi la ke perpustakaan negara tu dan jadik ahli...

Sementara tu, baca dulu buku² ni. Yah hooo!!!

Aksi di ranjang... Eh! Office...







Aksi² di pejabat sebelum bermulanya waktu kerja. Hampehnyaaaa!!!

Tiga titik...

Adakalanya, susah apabila datangnya tiga titik pada baris ayat yang disangkakan sudah berakhir. Tertanya² sekiranya baris² ayat yang terhasil akan diikuti dengan satu titik sahaja yang bakal mengakhiri. Mungkin kepala tidak begitu pening untuk memikirkan apa yang perlu disambung, apa yang perlu ditambah, apa yang harus diubah dan apa yang harus dikekalkan... Bertambah celaru jika padanan ayat tidak lagi sesuai setelah penyambungannya selepas tiga titik itu.

Tiga titik... Pastinya akan berterusan sekiranya jalan cerita yang masih lagi kelam dan kabur, tergantung² tanpa penyudah dan ketiadaan  ilham untuk mengakhirinya. Namun, satu titik itu yang disangkakan sudah pun sampai penghujungnya, tidak mungkin akan bermakna sekiranya keseluruhan dianggap tidak begitu indah susunannya. Penuh dengan idea yang mati dan sudah lapuk, kembali membuka jalan kepada tiga titik untuk terus bersarang...

Pada aku, tiga titik ini adakalanya menyenangkan, kadang-kala ianya merentap akal dan fikiran semata² untuk mendekati satu titik itu.

p/s: Masih lagi dengan tiga titik...

Kemaruk!

Semalam aku kemaruk nak makan spagetti. Jenuh aku mencari tempat yang ada jual pasta, tapi tak ada. Jadi terpaksalah aku lunch dengan makanan Melayu biasa; nasi putih, lauk dan jugak sayur... And a typical teh o ais for me as usual... Dalam hati memang tak puas hati sebab tak dapat nak makan spagetti yang aku idamkan.

Oleh kerana kemaruk aku menjadi² seolah² aku ni macam pempuan yang mengandung tengah mengidam. So, selepas aku balik kerja semalam, terus aku pergi ke pasaraya yang berhampiran, terus aku bershopping-shoppan membeli barang² untuk memasak spagetti... Aku beli sebungkus spegetti, beli minched beef, minyak dan segala bahan yang boleh aku campak dalam kuali, then terus aku bayar, balik dan terus mengadap dapur untuk memasak speggetti yang aku kemarukkan itu!

Selepas jer memasak sos speggetti yang cenggitu² je rasanya tapi besh, aku terus rebus speggetti dalam periuk besar dan tunggu selama 20 menit sebelum aku dapat menikmati speggetti tu. Mak aih! Sampai menjilat siku aku makan menda tu. Abis ilang semua kemarukkan yang ada dalam diri sejak dari pagi tadik...

Sampailah masa untuk aku tidur, speggetti yang aku masak masih lagi banyak tak berusik. Masuk dalam fridge dan tak tau bila lagi akan aku jamah menda tu. Sebab dah terlampau kenyang!!! Huhuhuhu...

Moralnya: Jangan la ikut perasaan! Simpan jer kemaruk tu untuk esok pulak, mana tau boleh jumpa kedai pasta yang sedap... Tak ler membazir. Hahahaha!!! (^_^!)

TTDBID Part 8

I've always wanted to sleep under the starry sky, next to the beach... until morning. And then when I wake up, I can see the morning view, the sunrise... until my skin cannot get anymore vitamin c from it!!! Haaaahhhhhhhh... Such a blisssssssss...

Popstar romaji lyrics!!!

Jom nyanyi lagu Popstar bersama². Lagu oleh Ken Hirai!

Popstar

I wanna be a pop star
kimi wo motto muchuu ni sasete ageru kara ne
KIRAKIRA no pop star
hane wo hiroge mahou wo kakete ageyou kimi dake ni

kimi ni deaeta yorokobi to kimi ni aenai samishisa no
ryouhou wo te ni irete koi wa hashiridasu
sora mo tobenai boku dakedo kodoku wo utau yoru dakedo
sono hoho ni hohoemi wo ataerareta nara
hajimete kimi wo dakishimeta shunkan ni
kamisama ga boku ni kudashita shimei wa kimi dake no HI-RO-

*1 I wanna be a pop star
kimi wo motto muchuu ni sasete ageru kara ne
KIRAKIRA no pop star
hane wo hiroge mahou wo kakete ageyou

*2 I wanna be your pop star
kimi wo gyutto dakishimete ageru kara oide
KIRAKIRA no pop star
hane wo hiroge mahou wo kakete ageyou kimi dake ni

kakushite itai kurayami mo kimi wa sotto hiroiagete
taisetsu na boku nan da to dakishimete kureta
hikari e to tsudzuku michi wo aruite yukou
kizu kabau kono migite wa kimi to te wo tsunagu tame ni

You're gonna be my pop star
boku wo motto muchuu ni sasete yo hohoende
KIRAKIRA no pop star
sono hitomi de boku ni mahou wo kakete

You're my only pop star
boku wo gyutto dakishimetara mou hanasanai
KIRAKIRA no pop star
sono hitomi de boku ni mahou wo kakete imasugu ni

koi ni ochitara daremo ga dareka no pop star
kamisama ga boku ni kudashita shimei wa kimi dake no HI-RO-

*1, *2 repeat