Rentetan kejadian aku tak boleh tidur malam tadi menyebabkan aku bersiap awal pagi tadi. Puas dah aku cuba nak lelapkan mata, pusing kiri kanan, pasang kipas tahap full blast... Tapi aku tetap tidur-tidur ayam. Malas hendak layan mata yang tak mahu tidur, lepas je berbunyi alarm yang pertama, terus aku bangun dari katil dan mandi.
Ni mungkin gara-gara aku melayan Home Sabtu yang lepas sehingga pagi sepi'ie dan terbawa-bawa sehingga pagi ni. Hadui... Sah aku akan tersengguk-sengguk dalam office nanti. Apa-apa pun, balik keje nanti, sah aku akan tertidur awal menggantikan tidur aku yang tak sempurna malam tadi...
P/s: Aku tak puas hati betul!
0 comments:
Post a Comment