Tak banyak...

Terasa macam bulan ni paling sikit aku buat post. Bukannya malas, tapi sebab terasa macam tak der bahan aku nak buboh. Last² yang aku boh hanyalah gambar dan jugak video. Nak aku buat mobile blogging pun, tak ada apa pun yang terasa menarik...

Cuma apa yang bakal menjadi menarik bagi aku hanyalah pada ketika hujung bulan ni nanti. Jumaat, Sabtu dan Ahad... Ketika tu lah aku rasa banyak perkara yang menarik akan berlaku. Yelah... In conjunction dengan perkahwinan Lan dan Shahrul, akiviti yang dah dirancang macam dah terlampau sarat. Bermula dengan hari Jumaat itu... Kemudian pada hari Sabtu selepas kerja, lalu ke hari Ahad, hari fokus utama aku dengan bebudak Jaquezee. Maklumlah, hari yang bakal berlaku nanti, bukannya berlaku setiap bulan, mungkin hanya sekali ini sahaja...

Mungkin tsk banyak yang akan aku post sehingga menjelang hari itu nanti...

0 comments: