Sakit hati di pagi hari...

Hmmmm... Busan sungguh la. Sekali lagi rumah aku tak ada air dan aku terpaksa meng"EL"kan diri. Kalau setakat tak ada elektrik aku tak kisah lagi. Ni air... Macam² benda yang boleh tertangguh disebabkan ketiadaan air nih. Tak boleh nak mandi, tak boleh nak gosok gigi... Yang penting sekali nak memerut.

Ni bukan la kali pertama atau kedua atau ketiga kalinya. Dah berpuluh² kali dah. Kalau tak ada airnya waktu petang atau diberi notis sebagai persediaan awal, tak kisah la. Ni pagi²! Waktu nak pergi kerja pulak tu. Ape ke he? Takkan la nak datang office dengan tak mandinya segala...

Kengkadang aku pelik, kenapa cuma 2-3 beris tingkat rumah aku saja yang tak ada air sedangkan tingkat² lain tak ada masalah pulak dengan bekalan air ni. Elektrik pun sama. Tingkat² yang lain selalunya tak ada masalah. Ni tingkat aku jer. Heran sungguh aku!

Apa² hal pun, sekarang ni aku cukup di dalam keadaan yang sungguh tidak selesa! Huhuhuhu... Terasa macam seminggu tak mandi walhal hanya beberapa jam saja...

0 comments: